Posted by: mhoneyz | October 31, 2009

Khulasoh Kelas Sirah ‘Ala Khuto al-Habib

m7

Nabi S.A.W dan kabilah-kabilah –ikuti percubaan Rasulullah dalam mendapatkan perlindungan dari 26 kabilah..

Tahun ke-10 kenabian menyaksikan pelbagai peristiwa penting yang berlaku dalam kehidupan insan tercinta, baginda Rasulullah S.A.W. Pada tahun tersebut, dua orang pendamping baginda yang paling setia iaitu Saidatina Khadijah dan Abu Talib telah pergi meninggalkan baginda buat selama-lamanya. Bagaikan kehilangan tempat bersandar kerana kedua-dua penyokong daripada dalam dan luar telah tiada, namun kesemua itu bukanlah penyebab untuk baginda berputus asa dan menghentikan dakwah yang suci ini kerana Baginda S.A.W menyedari hakikat ujian yang diturunkan oleh Allah kepada baginda, Rasul yang terakhir, yang memikul segala beban dan amanah dalam memastikan risalah suci ini terus bertahan di atas muka bumi ini. Beruntunglah Kekasih Allah tersebut kerana tarbiyah rabbani yang didatangkan khas dari Rabbul Jalil sesungguhnya mengangkat martabat baginda sebagai insan yang paling mulia di langit dan di bumi..

Read More…

Posted by: damadelunas | October 26, 2009

Life is a ‘Duty’

Posted by: damadelunas | October 16, 2009

Seerah Lessons

iklan kelas

Mari bersama kita menelusuri,

Jalan yang ditempuh para nabi,

Nabi Ibrahim dibakar,

Nabi Ayyub diuji,

Anak-anak Nabi Nuh ditelenggami air,

Dan jalan ini juga,

Muhammad S.A.W lalui,

Kepada kita ia diwarisi.

Semua akhawat dijemput hadir.

post scripture:  Sila rujuk pada iklan bercetak/ hubungi mana-mana ahli beit Khaulah sendiri atau senior yang lain-lain untuk peta ke Beit Khaulah.

Posted by: antaradua | October 9, 2009

3 jam di Masjid Rab’ah

Tahun 4 di Cairo University bermula dengan Forensic Medicine. Hari ini lecture berkisar tentang death, diagnosis of death, sudden death dan car accidents. Menarik! Terasa dekatnya sang doktor ini dengan alam yang satu lagi. Lantas teringatkan memori di Masjid Rab’ah di bulan Ramadhan lalu.

Niat di hati ingin solat zuhur dan berehat sebentar sebelum ke temu janji yang dirancang. Namun Allah bagi rehat yang bukan sia-sia. Tatkala kaki menapak anak-anak tangga ke musolla sayyidat, mata disajikan dengan wanita-wanita yang turun dengan mata merah dan berair. Macam dah boleh jangka sesuatu. Sebab masjid ni memang selalu solatkan jenazah sebab letaknya sangat hampir dengan Hospital Rab’ah. Biasa saje, tak rasa ape-ape, sekadar mendoakan si mati.

Gambar hiasan. Masjid Al-Azhar

 Terus ke atas, berwudhuk dan bersolat. Sejurus selesai, ada pengumuman untuk bersama-sama solatkan jenazah yang baru tiba. Read More…

Posted by: damadelunas | September 19, 2009

Eid Mubarak

17-happy-eid

Kullu sanah waantum Ilallahi aqrab


Maaf zahir batin.

Selamat Hari Raya Eid al-Fitr.

Semoga terus istiqamah dalam beramal.

:)


Ikhlas daripada kami,

Krew Antara Dua

:D

Posted by: biomphalarialexanderina | September 4, 2009

Khutbah Rasulullah Menyambut Ramadhan

 

Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah dengann membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam yang paling utama.

                Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan olehNya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca KitabNya.

                Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari qiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan miskin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Read More…

Posted by: biomphalarialexanderina | September 4, 2009

Kata Orang, Masa Muda Cuma Sekali, so..jom kita enjoy….!!!

 Ramadhan  menjengah kembali seperti tahun-tahun sebelumnya. Sudah tiga tahun berturut-turut saya meraikan Ramadhan di Mesir  bersama-sama sahabat seperjuangan yang tercinta. Seronok sehingga tak terkata. Setiap tahun ada sahaja pengalaman baru yang kami rasa. Walaupun aktiviti nampak serupa, tapi semuanya mempunyai kelainan masing-masing.

Bermulanya Ramadhan, otak saya terus mengenang kembali memori Ramadhan di sana. Memang boleh focus seratus-peratus beribadat. Tiada sesiapa pun yang ganggu. Malah rakan-rakan saling memberi semangat untuk memantapkan ibadat.

Lain pula ceritanya di Malaysia. Read More…

Posted by: biomphalarialexanderina | September 4, 2009

RAMADHAN MADRASAH TARBIYAH

 

937567373l

Ini merupakan kali pertama saya menyambut Ramadhan di Malaysia setelah 3 tahun menyambutnya di Mesir. Fuh…mencabar betul. Kenapa?.Sebab Ramadhan di Malaysia jaaaauuuuuh berbeza berbanding Mesir. Banyak betul dugaannya. Dengan rancangan TV yang pelbagai, makanan yang beraneka macam, karenah adik-adik yang meragam…aduih, semua itu bisa menghancurkan semangat Ramadhan ini andai tak di ‘handle’ dengan betul.Semua pun tahu yang Ramadhan di Mesir memang betul-betul menyediakan madrasah tarbiyah yang terbaik untuk kita. Ia betul-betul membantu memantapkan rohani dan jasmani kita.

Bahasa mudahnya, ‘basah betul’. Saat ini, memang saya betul-betul rindukan madrasah Ramadhan di sana. Rindu teramat sangat…

Masakan tidak, tiap kali solat di masjidnya, tak sah kalau tak mengalir air mata, tak sah kalau tak basah sejadah…walaupun dulu-dulu tak faham sangat bahasa arab, tapi tetap terasa zuq di hati tatkala mendengar imam sayu membaca surah serta doa qunut yang panjang berjela-jela..

Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar  makmum teresak-esak mengaminkan bacaan imam dan sangat bersungguh-sungguh beribadat. Saya jamin, sesiapa yang tak faham maksud ayat quran yang dibaca pun akan turut terasa keharuannya. Biarpun imam menghabiskan bacaan sejuzuk semalam, rasa letih langsung tiada!

Paling yang tak dapat saya lupakan, tahun lepas pada malam terakhir Ramadhan, Read More…

Posted by: niskala | August 21, 2009

Hikayat Kak Yatt dan Ben

Suatu hari, Kak Dumyaty a.k.a Yatt pulang ke kampung setelah sekian lama meninggalkan tanah air. Dia pulang dengan bangga bersama segulung ijazah. Dia gembira bertemu keluarga terutama adiknya Ben-kun yang masih kecil berumur 4 tahun. Malam itu, sebelum tidur kak Yatt berpesan pada Ben-kun…

Kak Yatt: Nanti dah besar Ben kena jadi macam kak Yatt tau, belajar sampai masuk U. Kalau boleh pergi la luar negara. (Hnss,,hnss,,)

Ben-kun: Baik!

Kak Yatt: Ok dah. Jom tidur, baca doa dulu. (Heh,,Reti ke budak kecik ni baca doa tidur..)

Ben-kun: Ok!

باسمك ربي وضعت جنبي وبك أرفعه فإن أمسك نفسي فارحمها وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين

[In your name, my God, I put my side and in your name I raise it, so if you hold my soul (for death) have mercy upon it, and if you send it back, save it with what you save your virtuous slaves with] Kakak baca la pulak.

Kak Yatt: Err,, xpela kan adik dah baca.. (Malu ak.. Dengan nama Allah aku dihidupkan dan dimatikan,aku retila.. Wuwuwu..)

T_T


Keesokan harinya..

Kak Yatt: Ok adik, jom kita lukis gambar beruang, dulu kakak memang hebat melukis, cikgu kat tadika selalu puji lukisan kakak cantik.

Ben-kun: Macammana?? Ajarlah Ben.

Kak Yatt: Ok macam ni.. Bulat kecil, bulat kecil, bulatla besar… Sayang mama, sayang papa, sayang semua.. (Sambil menyanyi dan melukis gambar beruang di atas kertas)

Ben-kun: Salah la kak.. Sepatutnya, sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang semua…

Kakak: (Dush2x! Wuwuwu…)

Akibat terlampau malu dengan adiknya, kak Dumyaty telah melarikan diri ke Antartika dan meluahkan perasaannya pada beruang kutub.

Jangan tinggal puasa tau..

Jangan tinggal puasa tau..

Pengajaran:

1. Kadang2 kanak2 mengajar kita banyak perkara.

2. Upgrade lah doa kita selalu, kalau komputer selalu kita upgrade, macammana dengan ibadah harian?

Selamat melipat gandakan amal ibadah.

Ramadan kareem =)

Posted by: mizstrawberry | August 20, 2009

الشيخ والقطار

بسم الله الحمن الرحيم

دخل شيخ كبير جميل الوجه وقور الى قطار حاملا معه حقيبته, ولم يكن يكن قد حجز مقعدا في عربة محددة, فاستأذن من ركاب العربة الأولى في القطار أن يستضيفوه, وكان ركاب هذه العربة من الشباب المرح, فقالوا له : أنت شيخ كبير ولا نريدك أن تفسد علينا جو المرح والمتعة الذي نعيشه

فتركهم الشيخ وذهب للعربة الثانية, فوجد مجموعة أخرى من الشباب منهمكين في القراءة والمذاكرة, فطلب منهم نفس الطلب, لكنهم اعترضوا بحجة أنه سيشغلهم ولن يستطيعوا التركيز فيما يقومون به

فذهب الشيخ للعربة الثالثة, فوجد مجموعة التجار منهمكين في حسابات أرباحهم وأموالهم, وقالوا للشيخ : ليس لدينا وقت لاستضافتك

وأخيرا وجد الشيخ أسرة هادءة يظهر على أفرادها الصلاح, فقبلوا استضافة الشيخ معهم, ورحبوا به وقدموا له الطعام والحلوى, وحملوا حقيبته توقيرا له, فما كان من الشيخ إلا أن فتح حقيبته وأخرج لكل فرد من الأسرة هدايا ثمينة لم يكونوا يتوقعونها

وفي نهاية الرحلة, وعندما وصل القطار لمحطة الأخيرة كانت المفاجأة

كان ملك البلاد في انتظار الشيخ الوقور لإستقباله والترحيب به وأمر الملك أن ينزل الشيخ في قصره, فوافق الشيخ بعد أن طلب من الملك أن يصطحب معه هذه الأسرة الطيبة التي أحسنت استضافته, فوافق الملك ومنحهم قصرا يسكنون فيه جزاء فعلهم مع الشيخ, فسرت الأسرة سرور شديدا, بينما ندم ركاب العربات الأخرى الذين رفضوا استضافه الشيخ 

أيها الإخوة والأخوات.. هذه بالضبط قصتنا مع شهر رمضان, هنا من يحس استقبال الشهر, وهناك من يسئ استقباله, فأيهما تحبون أن تكونوا؟

هذه القصة ليست من عندي, بل أخذت في كتاب

 وأهنءكم بقدوم شهر رمضان, كل عام وأنتم بخير

 

Older Posts »

Categories