- kejadian hujan yang hebat, penciptanya tentu lebih hebat
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah SWT yang menggerakkan jari-jemari ini untuk menaip.
Sebelum bercakap tentang makan, saya ingin mengajak pembaca menghayati firman Allah SWT di bawah ini satu-persatu:

Surah 'Abasa : 24-32
24. (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami mentadbirkannya):

Tiap-tiap hari kita makan. Makan nasi, fatiroh, roti, biskut, burger, kusyari, mahlabiah dan lain-lain lagi. Pernahkah terfikir dari mana datangnya makanan-makanan itu? Teringatkah kita dengan kuasa yang mentadbir alam ini termasuk kejadian makanan?
25. Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan Dengan curahan Yang menakjubkan.
Kalau hujan semua orang suka. Kenapa? Tanam-tanaman dapat air, haiwan ternakan dapat minum, tanah yang kering boleh jadi subur, dan kalau di tempat yang tinggi Indeks Pencemaran Udara macam Kaherah ni atmosfera jadi lebih bersih dari sebelumnya, terasa kurang sesak nafas bila menyedut udara luar selepas hujan
Bukankah hujan itu kejadian yang menakjubkan? (Teringat waktu belajar proses kejadian hujan di sekolah rendah..)
26. kemudian Kami belah-belahkan bumi Dengan belahan Yang sesuai Dengan tumbuh-tumbuhan, - 27. lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
sawah padi yang terbentang luas Lalu keluarlah biji-bijian beras, gandum, oat, barli, jagung dan lain-lain. Selepas dituai kita ambil dan masak, buat nasi goreng, nasi minyak, nasi terbalik, roti fino, roti croissant, roti kering, kek, cekodok dan baaaanyak lagi. Kalau tiada biji-bijian ini, dari manakah kita nak ambil sumber karbohaidrat?
Siapakah yang mentakdirkan biji benih yang ditanam dalam tanah itu bertumbuh menjadi pucuk, punya batang, daun dan bunga? Siapakah yang menetapkan hukum bahawa pucuk akan tumbuh ke atas membelah tanah?
28. dan buah anggur serta sayur-sayuran,


Segala macam anggur, yang besar, kecil, kenit-kenit. Warnanya pula hijau, merah, ungu, hitam…. Sayur-sayuran pun macam-macam, ada yang berdaun hijau seperti sawi, kangkung dan bayam, ada yang menyerupai buah seperti timun, tomato dan lobak, ada yang macam polypoid fungating mass of tumour; cauliflower (bak kata professors of Pathology
). Semuanya sumber vitamin yang penting untuk kesihatan.
29. dan zaitun serta pohon-pohon kurma,
Buah zaitun dan kurma yang penuh dengan khasiat.

zaitun = olive
30. dan taman-taman Yang menghijau subur,
Taman-taman, dusun-dusun dan ladang-ladang penuh dengan pelbagai tumbuhan. Bila tiba masanya, dapatlah hasilnya dipetik, dijual, dimakan atau disimpan.
31. dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput,

Makan buah-buahan juga bagus, dapat serat dan vitamin. Perhatikan buah-buahan yang bergayut-gayut di dahan-dahan pokok, atau yang kemas tersusun di kedai-kedai buah, juga yang tergantung di kedai-kedia asir. Pisang, limau, strawberi, peach, tembikai susu, mangga, manggis, epal, betik dan banyak lagi. Apabila tiba musimnya, berbuahlah pokok-pokok di dusun. Adakah ini kebetulan?

Rumput-rumput di padang pun ada gunanya. Lembu, kambing dan kerbau makan rumput lalu membesar dengan sihat dan gemuk. Lalu dapatlah manusia ambil muscles, cartilages & bones untuk dimasak. Dari haiwan ternakan juga kita dapat susu, boleh buat mahlabiah, ruz billaban, om ali dan sebagainya, boleh juga diminum begitu saja. Sumber kalsium yang baik untuk menjamin pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat, mengelakkan osteoperosis terutamanya di kalangan wanita.
32. untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
Untuk siapa semua nikmat ini? Untuk sesiapa yang bergelar manusia, dan haiwan ternakan mereka. Allah telah mengatur segala-galanya, dari penurunan hujan sehinggalah makanan disuap ke dalam mulut kita, kemudia diproses dalam sistem pencernaan yang sangat hebat, khasiat-khasiat disimpan dalam badan dan digunakan manakala bahan-bahan yang berbahaya dikeluarkan dari badan. Bagaimana jika Allah menahan hujan dari membasahi bumi? Apa yang akan terjadi jika benih yang ditanam tidak keluar menjadi pucuk? Bagaimana jika sawah-sawah dan ladang-ladang tidak mengeluarkan hasil?
Berbicara soal makanan sahaja telah jelas besarnya kuasa Allah SWT. Dan jelas juga kelemahan makhluk yang bernama manusia. Tidak mampu mencipta walau sehelai daun, walau seekor lalat;
“Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya Dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka Yang kamu seru dan sembah, Yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat Walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah Yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah Yang diminta (daripada menunaikannya).” (Al-Hajj:73)
Subhanallah, subhanallah, subhanallah
Maka adakah layak bagi manusia untuk tidak mentaati-Nya? Adakah kita hanya MAKAN dari nikmat-Nya and do nothing for Him?
Seminar Perubatan

baru je go through ayat2 nih balik….subnaAllah… best la bila dah insert gambar2 skali…
By: rifahthetwin on March 29, 2009
at 11:13 pm
Salam.. nk pinjam satu gambar (sawah padi) nk letak kat blog bleh x?
By: Fuad on September 1, 2009
at 5:14 am