Posted by: niskala | August 21, 2009

Hikayat Kak Yatt dan Ben

Suatu hari, Kak Dumyaty a.k.a Yatt pulang ke kampung setelah sekian lama meninggalkan tanah air. Dia pulang dengan bangga bersama segulung ijazah. Dia gembira bertemu keluarga terutama adiknya Ben-kun yang masih kecil berumur 4 tahun. Malam itu, sebelum tidur kak Yatt berpesan pada Ben-kun…

Kak Yatt: Nanti dah besar Ben kena jadi macam kak Yatt tau, belajar sampai masuk U. Kalau boleh pergi la luar negara. (Hnss,,hnss,,)

Ben-kun: Baik!

Kak Yatt: Ok dah. Jom tidur, baca doa dulu. (Heh,,Reti ke budak kecik ni baca doa tidur..)

Ben-kun: Ok!

باسمك ربي وضعت جنبي وبك أرفعه فإن أمسك نفسي فارحمها وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين

[In your name, my God, I put my side and in your name I raise it, so if you hold my soul (for death) have mercy upon it, and if you send it back, save it with what you save your virtuous slaves with] Kakak baca la pulak.

Kak Yatt: Err,, xpela kan adik dah baca.. (Malu ak.. Dengan nama Allah aku dihidupkan dan dimatikan,aku retila.. Wuwuwu..)

T_T


Keesokan harinya..

Kak Yatt: Ok adik, jom kita lukis gambar beruang, dulu kakak memang hebat melukis, cikgu kat tadika selalu puji lukisan kakak cantik.

Ben-kun: Macammana?? Ajarlah Ben.

Kak Yatt: Ok macam ni.. Bulat kecil, bulat kecil, bulatla besar… Sayang mama, sayang papa, sayang semua.. (Sambil menyanyi dan melukis gambar beruang di atas kertas)

Ben-kun: Salah la kak.. Sepatutnya, sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang semua…

Kakak: (Dush2x! Wuwuwu…)

Akibat terlampau malu dengan adiknya, kak Dumyaty telah melarikan diri ke Antartika dan meluahkan perasaannya pada beruang kutub.

Jangan tinggal puasa tau..

Jangan tinggal puasa tau..

Pengajaran:

1. Kadang2 kanak2 mengajar kita banyak perkara.

2. Upgrade lah doa kita selalu, kalau komputer selalu kita upgrade, macammana dengan ibadah harian?

Selamat melipat gandakan amal ibadah.

Ramadan kareem =)


Responses

  1. Ahlan ya Ramadhan.
    Selamat mengejar lailatulqadr juga.
    Allahumma ballighna lailatalqadr<—betulkan baris kalo salah :D
    (aisey,ni mesti suka mkn choc spread dumyaty ni)

    • if i’m not mistaken, choc spread tu namanya domty…

      selamat menyambut rambhan al-mubarak
      semoga lebih baik dari tahun-tahun lepas :)

  2. ramadhan kareem.

    kanak2-jujur.jujur dalam mengemukan pendapat.apa yang kanak2 cakap-itu adalah kebenaran-kerana mereka tak tahu berbohong

  3. Salam ramadhan…Allah yubarik fikum.. nickname2 tu stay gitu ker? kot2 la ada yang nk tukar nickname based on 4th year punyer subjek..heheh
    jomla ke http://www.myreflexarc.blogspot.com (tumpang yer akak2)

  4. damadelunes: Amiin. smg ini ramadhan terbaek sepanjang hayat. Selamat bertempur di medan pen dan kertas.

    cikfarawlah: he2,, x ingat ke kedai kek kat manial, ngan kedai antara 2mahligai. =pp

    lyanna: betul2,, kdg2 diri sendiri jd malu ngan kanak2 sbb rasa diorg lg pandai T_T

    puteri: He2, yg tu kena tanya tuan punya badan kot. selamat memanfaatkn setiap detik Ramadhan =)

  5. salam…
    terSeronok pulak tengok gambaq 2 kanak2 tu..
    salam ramadhan..
    jom upgrade iman..masuk gear 3 pulak…! =D

    • Inshallah,, skrg gear3 jap g jom pecut =)

  6. ;)

  7. salam ramadhan dari pelajar di bumi eire.. blog hopping.. rajin2, meh laa lompat2 ke blog hamba.. :)


Leave a response

Your response:

Categories