[Kesungguhan MEREKA....]
*DISEMBER 2008-JANUARI 2009:
Awal 08: Persiapan
Akhir Dis 08: SERANG!!!
*FEBRUARI 2009:
Post mortem:
“Tak boleh jadi,kita mesti tebus balik kekalahan ini!!!”
*JANUARI 2010
Khamis (7/1)
Jet pejuang regim Zionis melancarkan beberapa siri serangan terhadap semenanjung Gaza
Sabtu (9/1)
Pasukan Israel telah menyelesaikan latihan ketenteraan berskala
bagi mempersiapkan pasukan untuk
serangan ketenteraan terhadap Jalur Gaza.
[Kesibukan KALIAN....]
DISEMBER-JANUARI 2009:
“Alamak macam mana ni,exam dah dekat,silibus tak habis lagi,yang nak kena study pun banyak…”
*FEBRUARI 09:
Tahun lepas dah tour Jordon ,tahun ni nak jalan kat Turki pulak la, murah lak tu,apa la sangat ~2000LE dgn duit yang still ada kat dalam bank…
*JANUARI 10
Emm thn ni nak tour mana pulak ek?
Jordon √
Syria √
Lubnan √
Turki √
Europe???
[Dan KAMI ....]

* DISEMBER-JANUARI 2009:
Lebih kurang 50 hari kami hidup di dalam kepungan..
Lapar…
Gelap-gelita…
Sejuk menggigil…
Sukar sungguh suasana yang meneyelubungi kami ketika itu..

Akhir Disember 09 - Januari 09
BOOM!!!!
Bumi kami cuba dijajah!!
Hampir 1400 rakyat kami yang tidak berdosa
terkorban…
Hampir seluruh rumah-rumah dan sekolah kami hancur binasa…
Dan kini, TEMBOK BESI!!
“Hadiah” tahun baru khas buat kami…
Ikhlas dari saudara yang kami rasakan paling hampir dengan bumi ini..
Bukan tidak menghargai,
namun hadiah itu semakin mencemari sumber air utama kami,
memutuskan laluan utama untuk kami untuk mendapatkan keperluan-keperluan hidup
bagi memastikan kami masih boleh menghirup nafas,
berjuang dan berkorban segala-galanya
sedaya upaya kami
agar bumi ini tidak dijajahi…
buat saudara seakidah kami yang lain,
usahlah pedulikan kami,
Keadaan kami hanya akan menganggu fokus kalian untuk menghadapi peperiksaan yang mendekat,
menambah beban masalah kalian yang sedia ada,
Isu kami ini amat terlalu remeh untuk kalian ikuti dari hari ke hari berbanding isi-isu yang dipaparkan di akhbar-akhbar,
Hal ehwal kami di bumi ini juga jauh lebih kecil berbanding perancangan kalian untuk melancong, berjalan-jalan menikmati bumi Allah yang sangat indah ini,
Kesusahan dan kepayahan kami untuk meneruskan kehidupan tidaklah sebesar keperluan kalian untuk berbelanja menambah koleksi pakaian dan menikmati hidangan-hidangan kegemaran kalian,
Kematian,kemusnahan,pencabulan,perampasan hak kami adalah suatu perkara yang lumrah bagi kami,penghuni bumi yang diperangi ,
Teruskanlah kehidupan kalian seperti sedia kala,
Biarkanlah kami menentukan nasib perjuangan ini,
Hingga kami menang atau syahid dalam pertarungan ini,
Kami langsung tidak mengharapkan simpati kalian,
Kerana kami amat yakin dengan janji Tuhan
Bahawa kemenangan PASTI akan berpihak kepada kami,
Cuma kami bimbang pada kalian,
pabila dipertemukan semula di Hari Perhitungan nanti
Di depan Tuhan yang Maha Adil lagi Saksama,
Kamu tidak punya jawapan dan juga alasan
atas apa yang kalian telah lakukan terhadap kami
di dunia suatu ketika dahulu…
~Sekadar renungan bersama~
…Wallahulmusta3an…
Rujukan: http://palestinkini.info/
-nismahmubarakah-






laila_annafisah
January 12, 2010 at 12:53 pm
salam..artikel ni memang best..sungguh2 beri kesedaran.jzkk
fye_flowright
January 16, 2010 at 9:58 am
rabbina yuqowwikum ya filastiniyyin!~
salam imtihan untuk akhwt sme!
proper planning prevents poor performances
q(^_^)p
susi
January 29, 2010 at 4:01 pm
*likes this*
sgt