RSS

Author Archives: mizstrawberry

Intifadhah ke-3?

Semasa berehat selepas riadhah, kami membincangkan tentang Kempen Intifadhah ke-3 yang bermula hari ini. Seorang ukhti tiba-tiba berkata, “Orang lain dah sibuk-sibuk nak bebaskan Palestin, kita ni tak ambil tahu pun..”

Medan Tahrir bakal menyaksikan satu lagi sejarah besar selepas Revolusi 25 Januari. Kenapa 15 Mei dipilih sebagai tarikh Intifadhah ke-3?

Video Solat Subuh di Medan Tahrir pagi tadi

Di sini saya kongsikan artikel tentang Palestin yang dipetik dari http://zainurrashid.com/. Semoga bermanfaat.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian  antarabangsa.

 Holocaust


Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin. Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun  dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel  yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

63 tahun An Nakbah

Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

Rejim Zionis terus melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telah pun merampas dan menguasai lebih 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa.

Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis  menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 63 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman  yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Sambutan 63 Tahun kelahiran Israel


Hari Ahad ini, 15 hb Mei 2011 adalah tahun ke 63 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.

Sebenarnya banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita  akhiri era sombong mereka itu.


1-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan perkembangan di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan Hamas-Fatah dan fraksi Palestin yang lain.

2-Tumbangnya Mubarak dan persetujuan Kerajaan Semestara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara kekal.

3-Kesediaan barisan pemuda di Bumi Anbiya melancarkan Intiadah ke 3 dengan pempuran yang lebih dahsyat.

4-Berkurangannya kedatangan pendatang Yahudi ke Palestin. malahan lebih 700 ribu Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 9 tahun yan lalu

5-Generasi muda Israel tidak beriman dan tidak berminat denan agenda Zionis apatah lagi berjuang untuknya.

6-Pertambahan penduduk Palestin di Gaza, West Bank & Palestine-1948 jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi. Ini merupakan projek bom demografi yang menakutkan zionis untuk angka masa panjang

7-Ekonomi Israel semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini.

8-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.

Dan sebenarnya banyak lagi petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis bakal berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini. Pastikan bahawa anda tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.

Kita berjumpa di Al Aqsa nanti

Salam perjuangan

Dr Z

sumber:

Dr.Zainur Rashid Zainuddin
Perunding Aman Palestin

http://zainurrashid.com/?p=103

 
3 Comments

Posted by on May 13, 2011 in Present is the past

 

Perkongsian

Assalamualaikum wbt

Sedikit perkongsian berita dari Mesir:

Awal tahun baru ini masyarakat dunia terutamanya Mesir dikejutkan dengan berita pengeboman sebuah gereja di Iskandariah. Ramai yang tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Berita ini mendapat liputan yang sangat meluas sehinggakan saya mendapat banyak SMS dari ahli keluarga di Malaysia yang bimbangkan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di sini. Sedangkan ramai pelajar Malaysia mungkin tidak pun mengambil tahu tentang peristiwa tersebut (barangkali kerana musim peperiksaan semakin hampir).

Sebagai muslim, sudah tentu kita tidak sama sekali menyetujui perbuatan yang mengancam keselamatan umum seperti ini. Pengeboman ini telah menyebabkan kematian 21 orang dan dikaitkan dengan gerakan Al-Qaeda.

Peristiwa pergaduhan antara kaum seperti ini menguji sensitiviti umat Islam. Mungkin ada persamaannya dengan isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia.

Namun, seminggu selepas itu muncul pula berita kematian seorang muslim, Sayyid Bilal,31 dalam tahanan pihak keselamatan Mesir ketika masih dalam sesi soal siasat berkemungkinan berhubung kes pengeboman gereja tersebut. Beliau diberitakan meninggal dunia setelah diseksa dalam tahanan. Ahli keluarga beliau mendapati tubuh badan mangsa dipenuhi kesan-kesan seksaan. Bukan itu sahaja, ahli keluarga mangsa diancam untuk tidak membesar-besarkan peristiwa ini. Mereka juga diarahkan untuk menarik balik tuduhan terhadap pegawai polis yang terlibat.

Baca berita di sini

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

* Mungkin perlu lebih mengambil tahu tentang isu-isu ummah ini, ada penambahan, anyone?

** Kepada yang akan menghadapi peperiksaan, syiddu helku!! Semoga kesungguhan kalian dikira oleh Allah SWT.

 
Leave a comment

Posted by on January 12, 2011 in Present is the past

 

Self-Check

Sedarlah Insan

by Shoutul Amal

Duhai insan sedarlah dirimu

Ke mana akan pergi selepas hidup ini

Sudahkah bersedia dirimu ke sana

Membawa amal mulia atau dosa-dosa

Chorus:

Di sana tangisan tiada guna

Rayuan tiada diterima

Jasad kesakitan menangung azab

Atas perbuatan hidup di dunia

Di sana tempat kita kembali

Hamba yang berdosa akan dihukumi

Hamba yang mulia akan dirahmati

Sebagai anugerah dari Ilahi

Lirik: Rosnah Ahmad

Lagu: Rosnah Ahmad.

Solo: Mohd Sobri Abdullah

Album : Amal Kerana Allah

Self-check di pagi tahun baru, ie; muhasabah diri

Learn from the past, plan for the future,

Semoga setiap nafas dalam ketaatan kepada-Nya.

 
Leave a comment

Posted by on January 1, 2011 in Classical Way

 

Di Dalam Mudarrag

Di Dalam Mudarrag I

“If you answer like this, you will FAIL!”

“By the way, why do I keep telling you that you’ll fail if you do anything wrong?
Because if you know that something will make you fail, you’ll not do them in the exam, then you’ll succeed.”
(au kama qol…)

Ya, sebab tu perlu kenal JAHILIYYAH. Untuk elakkan diri dari terjebak ke dalamnya.

Perlu kenal nafsu ammarah dan syaitan, termasuk cara kerja mereka. Mudah-mudahan tak terpedaya.

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (As-Syams : 7-10)

 

New Kasr El-Ainy Teaching Hospital

 

Di Dalam Mudarrag II

(ketawa secara tidak sengaja apabila mendengar perbualan rakan-rakan arab di sebelah)

M : You understand what we are saying?
Me : Well, a little bit
M : We were talking about you (Malaysian) all the time with loud voices, and you hear us?
Me : smile~ :D
M : We thought that you didn’t understand Arabic~
Me : (kadang-kadang pun kita buat macam tu juga depan orang Arab)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain ….. (Al-Hujuraat : 11)

*Mudarrag / mudarraj : bilik kuliah; dipanggil mudarraj kerana susunan tempat duduknya yang bertingkat-tingkat

~mizstrawberry~


 
2 Comments

Posted by on December 29, 2010 in Dunia Perubatan, Wheel of life

 

Majlis Ramah Mesra

 
2 Comments

Posted by on October 24, 2010 in Iklaneka

 

Hari Akademik 2010

Semua siswa-siswi dijemput hadir

 
Leave a comment

Posted by on October 20, 2010 in Iklaneka

 

Tags:

Reminiscing

Satu hari di hari raya,

“You must be the best doctor,

study really hard,

so that the world will realize how much they need you,

not just to add to the number of doctors only!”

kata makcik itu dengan muka yang serius ketika kami sedang menunggu juadah hari raya disediakan olehnya.

(bukankah itu yang kita fahami? perlu menjadi pakar dalam bidang sendiri..)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kemudian,

“Mental power or physical power is more important?

Lion and human,

which one is in the cage?”

Persoalan yang dia timbulkan dijawab dengan soalan juga

(tiket masuk hadiqah hayawanaat dah mahal)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada satu hari yang lain, Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on September 24, 2010 in Sharing is caring

 

Ahlan!

Countdown to Ramadhan

0 Days 14 hours 22:28 minutes

~Allahumma ballighna Ramadhan~

Begitulah bacaan Countdown yang telah ditempelkan di sidebar blog ini hampir 2 bulan lalu.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menconteng sesuatu tentang Ramadhan di sini (walau pun sebenarnya tengah sibuk mengemas rumah). Sebab apa? Tak mahu ketinggalan memulakan hari-hari dalam bulan Ramadhan dengan menyeru manusia ke arah kebaikan. Semoga menjadi motivasi kepada diri saya sendiri dan mana tahu, kalau ada yang tergerak hati untuk beramal selepas membaca contengan yang tak seberapa ini, masuk juga sahamnya pada saya ~ameen~

Istimewanya Ramadhan

Sesungguhnya Ramadhan adalah hadiah dari Allah kepada ummat Muhammad S.A.W. Supaya kita dapat memanjangkan umur kita yang pendek dan melipatgandakan pahala amalan soleh. Bukan itu sahaja, Allah SWT juga membantu hamba-hamba-Nya melakukan ketaatan pada bulan ini. Bagaimana? Dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan semua sayaitan diikat. Hadiah bonus juga menanti mu’min yang bersungguh-sungguh mengejarnya; Lailatul qadr. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. 1000 bulan = 83 tahun 4 bulan, umur kita pun mungkin tak sempat mencecah 83.

Rebutlah peluang setahun sekali ini kerana mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Sementara masih bernafas, nadi masih berdenyut, jantung masih berfungsi, sendi-sendi masih bebas bergerak, marilah kita sama-sama berusaha memenuhi Ramadhan kali ini dengan ketaatan kepada Allah supaya lebih bermakna. Takkan disia-siakan hadiah dari Allah begitu saja? Boleh jadi pada Ramadhan akan datang, muscles kita sudah reput di dalam kubur.

Para sahabat ridhwanullahi alaihim ajmaien apabila melihat anak bulan Ramadhan, bergegas ke masjid-masjid, menyibukkan diri mereka dengan solat, puasa, tarawih, tilawah, qiyamullail, sedekah, zikir dan lain-lain. Kita pula? Apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh puasa, bergegas ke bazar-bazar dan pasaraya, menyibukkan diri membeli-belah –  baju raya, kasut raya, kuih raya dan lain-lain. Bukan tak boleh, tapi kalau sejak hari pertama lagi asyik memikirkan tentang Hari Raya sahaja, di manakah terbuangnya Ramadahan kita?

Beberapa jam lagi Ramadhan akan tiba, sambutlah tetamu mulia ini dengan cara yang selayaknya, walau di mana anda berada. Semoga kita tak menjadi golongan yang rugi.

Ahlan Ya Ramadhan!

 
 

Berbohong di Hadapan Dunia

Bismillahirrahmanirrahim

Ingin berkongsi artikel ini dengan para pembaca.

Apa pengajarannya? fikir-fikirkan..

Kebohongan Konferensi Pers Menlu Israel Tentang Penyerangan Armada Kemanusiaan

Selasa, 01/06/2010 16:46 WIB

Tidak mungkin seseorang bisa tenang ketika berbicara tentang kebohongan. Kebohongan hari ini (disebut Hasbara, dan dari sekarang, ketika orang Israel berbohong, hasbara adalah konjugasi yang tepat) lebih beracun daripada biasanya. Inilah komentar dan konferensi dari Menteri Luar Negeri Israel dari Rabin Red.

Selamat pagi, semua orang. Saya mau melaporkan pagi ini bahwa armada kebencian dan kekerasan yang mendukung teror Hamas sudah sangat keterlaluan dan ini sudah direncanakan.

Israel berbohong sejak permulaan. Mereka memilih Hamas dan “teror” tepat di baris pertama. Itulah yang lolos ke kantor berita internasional, dan kemudian menjadi inti pernyataan yang dibuat sebelumnya pada hari itu oleh berbagai politisi yang tiba-tiba marah di seluruh dunia. Tentu saja armada itu direncanakan, bagaimana hal itu bisa salah?

Israel menyesal atas meninggalnya beberapa orang, dan telah melakukan segala sesuatu untuk menghindari hal ini.

Frase ini selalu diulang pada banyak kesempatan, dan mungkin Israel akan memiliki hak cipta di dalamnya dan mendapatkan royalti di setiap kata itu.

Bantuan kemanusiaan yang dimaksud sama sekali bukan untuk tujuan kemanusiaan.

Bukan? Apakah Israel berpikir bahwa sekarang warga Gaza akan mulai melakukan bisnis industri pesawat terbang dan roket? Bahkan Israel memastikan setiap hari bahwa warga Palestina menggantungkan hidupnya hanya dengan kecerdasan mereka sendiri dan terowongan-terowongan. Bagaimana mungkin ini bukan bantuan kemanusiaan?

Setiap hari, kami melakukan itu. Kami meminta mereka untuk mengirimkan bantuan ini melalui jalur yang sah, apakah itu PBB, apakah itu Palang Merah, apakah itu orang-orang kita, tetapi tidak berhasil.

Dunia harus tahu, bahwa semua institusi yang disebutkan oleh Israel itu telah diminta dan meminta selama bertahun-tahun, dengan kata-kata, “buka penyeberangan sialan itu! Angkat pengepungan sialan itu! Bebaskan warga Gaza dari penjara Anda!”

Pada kenyataannya, mereka menyebut hal itu sebagai kampanye kemanusiaan, tetapi mereka mengatakan berulang kali bahwa maksud dan tujuan mereka adalah untuk menghentikan blokade, blokade maritim, di Gaza. Blokade maritim di Gaza sangat legal dan dibenarkan oleh teror yang dilakukan Hamas di Gaza.

Sangat legal? Seperti dalam hukum apa? Hukum internasional?

Membiarkan kapal ini ke Gaza dengan cara ilegal, pada kenyataannya akan membuka koridor penyelundupan senjata dan teroris ke Gaza, dengan hasil yang tak dapat dielakkan ribuan kematian warga sipil dan kekerasan di seluruh wilayah tersebut.

Tidak ada yang membenarkan penolakan bahan konstruksi, makanan, obat-obatan, perlengkapan sekolah, pakaian, bensin, popok, balsam, sabun, kursi roda …. Segala sesuatu yang membuat hidup menjadi mungkin. Apakah semua barang-barang itu akan membahayakan?

Setelah peringatan ini diulang dan tidak digubris oleh mereka, kami memberitahu mereka bahwa mereka tidak diizinkan untuk masuk blokade, sesuai dengan hukum maritim kami, kami berhak untuk melakukan itu.

Tidak di perairan internasional! Bahkan Israel menambahkan beberapa detail ‘menarik’ seperti “orang-orang di perahu melantunkan lagu-lagu anti-Semit.”

Sayangnya, mereka tidak mengindahkan peringatan dari pasukan kami pagi ini secara damai. Tidak ada negara berdaulat akan menoleransi kekerasan ini terhadap penduduk sipil. Dan kami di Israel hari ini meminta semua pihak yang relevan dan semua negara yang relevan untuk bekerja sama dalam menenangkan situasi ini. Terima kasih banyak.

Yang tidak tenang adalah Israel karena telah membunuh para aktivis dan warga sipil dengan darah dingin, dan ini hanya akan membawa lebih banyak kerusuhan. Anda telah meruntuhkan kemarahan dunia ke atas bahu Anda. Yah, dalam beberapa hari ke depan, semuanya akan segera dilupakan. Ada Piala Dunia yang akan jadi bahan perbincangan dan “sengketa” baru. (sa/ptt)

Sumber : Di Sini

Wallahul musta3an, KEEP PRAYING!

 

kepada yang tersayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kehadapan ukhti yang disayangi,

 Semoga selalu dalam lindungan Allah hendaknya.

Hati ini turut bersedih mendengar rintihan ukhti.

Benar, yang namanya manusia itu senang terlupa, selalu tersalah, sering terlalai,

tapi tentu ukhti pernah mendengar bicara Pencipta Syurga dan Neraka :

dan sesiapa Yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (An-Nisa’ :110)

Ini kan janji Yang Maha Mengasihani.

Malah Dia juga telah berkata:

dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina (Ghaafir:60)

Janji Allah itu kan pasti,

Ya, malulah dengan Allah kerana melakukan dosa,

tapi malu itu tidak sampai membuatmu putus asa dengan-Nya,

kerana pasti lidahmu pernah juga mengulang-ulang ayat ini:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (Az-Zumar:53)

Ukhti yang dikasihi,

Mengapa biarkan diri diulit nikmat dunia yang sekelumit cuma,

sedangkan balasannya api yang menyala-nyala di akhirat sana?

Sertakanlah permohonan ampunmu itu dengan taubat nasuha,

Berhati-hati agar tidak tersungkur ke dalam lubang yang sama lagi,

Ya, mujahadah itu susah..

kerana itu balasannya Jannah.

Iringilah taubatmu dengan titisan air mata penyesalan,

juga ruku’ dan sujud di sepertiga malam,

Lazimi juga doa yang diajar oleh Junjungan Besar SAW :

اللهم مغفرتك أوسع لي من ذنوبي ، ورحمتك أرجى عندي من عملي

Berbaik sangkalah dengan Yang Maha Pengampun,

Maaf jika warkah ini masih belum bisa merawat lara di hatimu,

bukankah penawar terbaik itu dari Rabbil ‘Alamin?

maka mintalah hanya kepada-Nya.

Salam Mujahadah.

http://www.trekearth.com/gallery/photo1042544.htm

~buat teman yang sentiasa di ingatan: mari sama-sama berusaha mencapai redha-Nya, semoga kita bertemu di Jannatil Firdaus Al-a’la. ameen~

 
3 Comments

Posted by on May 31, 2010 in Classical Way

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.