RSS

HATI, Kebaikan dan Dosa

11 Jan

anatomi_hati

Saya pernah ditanya oleh seseorang, “Macammana nak jadi baik..?”

Gulp..persoalan ini benar2 membuat diri saya tergamam dan tak tahu nak jawab apa ketika itu kerana saya sendiri belum layak lagi untuk dikategorikan sebagai “baik” tapi saya cuma katakan kepadanya, jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia. Melalui reaksi beliau saya tahu beliau masih belum berpuas hati.

Sebelum kita mengetahui cara-cara nak jadi baik eloklah terlebih dahulu kita tahu apakah definisi baik itu sendiri. Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W mafhumnya:

Daripada an-Nawwas bin Sam’an r.a, daripada Nabi S.A.W, Baginda bersabda: “Kebaikan itu adalah akhlak yang baik. Dosa ialah sesuatu yang menimbulkan rasa tidak selesa dalam jiwa kamu dan kamu tidak suka diketahui oleh orang lain.” (Riwayat Muslim)

Dalam hadith lain pula ada disebutkan,mafhumnya:

Daripada Wabishoh bin Ma’bad r.a., beliau berkata: Saya menemui Nabi S.A.W lalu baginda bersabda: “Awak datang untuk bertanya tentang kebaikan( al-birr)?” “Ya,” jawab saya. Nabi Bersabda: “Tanyalah hatimu sendiri; kebaikan ialah sesuatu yang jiwa tenteram dan hati tenang dengannya, dosa ialah sesuatu yang menimbulkan perasaan tidak selesa dalam jiwa dan terasa ragu-ragu dalam dada walaupun orang ramai memberi awak fatwa dan mereka memberi awak fatwa.”

Dalam kedua-dua hadith ini kita dapat lihat betapa pentingnya peranan hati. Selain menjadi tempat menyimpan glycogen, menyahtoksifikasikan (betul ke ni?) bahan terbuang dan sebagainya bak kata pensyarah saya, “Liver is a sacrifying organ”, hati juga merupakan organ yang mendorong kita melakukan amal kebaikan ataupun kejahatan. Bergantung pada kesucian hati tersebut sepertimana yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)


Berbalik kepada persoalan baik tadi berdasarkan hadith, RasulullahS.A.W menafsirkan baik sebagai “akhlak yang baik” dan pada hadith kedua Rasulullah S.A.W menyebut “sesuatu yang jiwa tenteram dan hati tenang dengannya”. Perbezaan dalam menafsirkan baik ini adalah kerana ia dimaksudkan berdasarkan salah satu daripada dua sudut pandangan:

1. Kebaikan dengan maksud membuat kebaikan kepada semua makhluk walaupun ia hanyalah sekadar seekor pepijat yang membiak di katil anda, apatah lagi membuat kebaikan kepada ibu bapa, ianya sangat dituntut dalam Islam. Maka secara umumnya kebaikan di sini kita menjaga hubungan baik sesama makhluk.

2. Kebaikan membawa maksud melakukan ketaatan zahir dan batin sepertimana dalam firman Allah S.W.T  dalam Surah Al-Baqarah:

لَّيۡسَ ٱلۡبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ قِبَلَ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَلَـٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ

وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ وَٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلنَّبِيِّـۧنَ وَءَاتَى ٱلۡمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ

وَٱلسَّآٮِٕلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّڪَوٰةَ وَٱلۡمُوفُونَ بِعَهۡدِهِمۡ إِذَا عَـٰهَدُواْ‌ۖ وَٱلصَّـٰبِرِينَ فِى

(ٱلۡبَأۡسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلۡبَأۡسِ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُتَّقُونَ (١٧٧

Terjemahan: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa. / (177)


Nampaknya jawapan saya masih belum lagi menepati skema jawapan kepada persoalan bagaimana nak jadi baik. Hindari dosa, jaga hati kerana dosa menggelapkan hati. Macammana pula nak tau dosa? Tanda dosa ada dua:

1. Tanda dalaman. Rasa gelisah, tak selesa, risau, benci dan seumpamanya dalam jiwa.(sepertimana yang disebut dalam hadith)

2. Tanda luaran. Rasa benci sekiranya diketahui oleh orang lain. Benci di sini mestilah berunsur ‘agama’,bukan benci2 yang biasa.

Jadi mekanisma yang dapat dilihat di sini,

Hati bersih–> dorong buat kebaikan–> jadi baik

Hati kotor –> dorong buat maksiat –> jadi tak baik


Maklumat tambahan sekadar perkongsian, kerana saya tidak mahu ada yang menyalahgunakan hadith ini untuk kepentingan peribadi. Dalam hadith kedua di atas, Rasulullah S.A.W menyerahkan kepada daya kesedaran hati Wabishoh dalam mengenali kebaikan dan dosa kerana baginda tahu beliau mampu mengenalinya melalui kesedaran hati beliau. Kesedaran ini bergantung kepada orang yang mempunyai kefahaman yang mendalam, kecerdikan yang tinggi dan hatinya suci dan bersih. Adapun orang yang daya kefahamannya lemah dan sentiasa melazimi diri dengan dosa, maka Baginda tidak akan memberi jawapan sedemikian. Orang tersebut akan diberi jawapan secara terperinci berkenaan sesuatu larangan syara’ yang dia perlukan.

Oleh itu, untuk menjadi baik maka marilah sama-sama kita rawat hati kita supaya apa yang terzahir pada luaran lahir daripada kebenaran iman yang memancar di hati kita. Wallahu a’lam

p.s: “Don’t judge a book by is cover” dah tak valid. hehehe

Sumber rujukan: Rehab
~mizmanners~

 
6 Comments

Posted by on January 11, 2009 in Sharing is caring

 

6 responses to “HATI, Kebaikan dan Dosa

  1. sapo-sapo

    January 11, 2009 at 10:03 am

    bermula dengan keazaman untuk berubah, perubahan pun datang. Jika tidak berazam, akan berubah? Wallahua’lam

     
  2. mizmanners

    January 12, 2009 at 7:48 am

    betol sapo-sapo

     
  3. fItRiNa

    January 12, 2009 at 10:46 am

    sgt tertarik dgn en3 ni. thnx mizmanners for this thoughtful en3…

    p/s: ya bintul Amran, hehe…
    insyaAllah akn di updte blognye…
    sdg mencari susunan ayat2 yg sesuai…
    doakn ak ye =)
    tgh imtihan kn?
    bittaufiq wannajah ya ukhti..

     
  4. sarachan

    January 12, 2009 at 10:53 am

    Fyt,
    doakan kami d cni yek!

     
  5. fItRiNa

    January 12, 2009 at 12:53 pm

    insyaAllah….
    senantiasa teman….
    =)

     
  6. Gduta

    November 19, 2009 at 9:46 am

    Surah Al Ahzab
    4. Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya,…ila akhir ayat.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: