RSS

Bertindak Sebelum Terlambat

13 Jan

Pelik melihat umat Islam hari ini

katanya MUSLIM, tapi tak hiraukan saudara musliminnya

katanya MUSLIM, tapi malas mendoakan kesejahteraan umat Islam

katanya MUSLIM, tapi enak bergembira sedangkan muslim di Gaza menderita

katanya MUSLIM, tapi hanya menyaksikan ibu-ibu, ayah-ayah dan adik beradiknya diserang Zionis

katanya MUSLIM, tapi hanya melihat angka-angka kematian di Gaza bertambah setiap ketika

katanya MUSLIM, tapi tidak terdetik sekelumit rasa untuk mempertahankan Palestin

katanya MUSLIM, tapi tak mahu meninggalkan maksiat

katanya MUSLIM, tapi masih tak mahu bertaubat

Saudaraku, apa yang kita buat hari ini?

Menunggu kelahiran Umar Al-Khattab Junior?

atau Salahuddin Al-Ayyubi II?

menunggu malaikat turun ke bumi seperti di Badar?

atau tentera Allah burung Ababil seperti di Makkah??

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri…” (Ar-Ra’d:11)

Hayati kisah benar ini>>

Nabi Musa AS berada di satu negeri yang sangat kering kontang kerana hujan tidak turun dalam jangka waktu yang sangat lama, maka rakyat negeri itu risau kebuluran akan berlaku lalu meminta Nabi Musa AS melaksanakan solat sunat Istisqa’ (solat sunat meminta hujan turun).

Nabi Musa AS melaksanakan solat tersebut lalu mengangkat tangannya dan berdoa kepada Allah supaya menurunkan hujan. Tetapi doa baginda tidak diperkenankan. Nabi Musa berasa sangat hairan lalu bertanya kepada Allah SWT. Maka Allah SWT menjawab: “Sesungguhnya di kalangan kamu seorang hamba yang melakukan maksiat selama 40 tahun, Aku tidak akan turunkan hujan sehingga dia keluar dari kalangan kamu,”.

Mendengar jawapan dari Allah SWT, lantas Nabi Musa menyeru kaumnya dengan berkata, “Sesungguhnya di kalangan kamu ada seorang yang melakukan maksiat terhadap Allah, dah hujan tidak akan turun sehinggalah lelaki itu keluar dari kalangan kita,”.

Lelaki yang membuat maksiat itu menyedari bahawasanya dirinya yang dimaksudkan oleh Alah apabila dia melihat tiada seorang pun lelaki lain yang keluar dari kalangan mereka. Lelaki itu berkata, “Wahai Tuhan, jika aku keluar, maka akan terbongkarlah rahsia diriku, jika aku kekal di sini kaumku akan mati kehausan, Wahai Tuhan, lindungilah aku dan berilah keampunan kepadaku, aku bertaubat dari sekarang,”.

Dengan itu, turunlah hujan dari langit. Nabi Musa AS berkata, “Wahai Tuhan, sesungguhnya telah turun hujan walaupun tidak ada seorangpun yang keluar,”. Allah menyampaikan berita kepada Nabi Musa tentang taubat hambaNya yang melakukan maksiat itu dan berkata, “Telah turun hujan dengan taubat hamba-Ku yang telah membuat maksiat kepada-Ku,”

Jawab Nabi Musa AS: “Tunjukkan aku orangnya, wahai Tuhan, “. Maka Allah berkata, “Aku melindunginya ketika dia membuat maksiat kepada-Ku, adakah Aku akan bongkarkan setelah dia bertaubat?”.

Mungkin kerana maksiat kita, pertolongan Allah tidak kunjung tiba…

gaza

“Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Az-Zumar:53)

Bertindak sebelum terlambat.

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami

Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami

~mizstrawberry~strawberi

 
1 Comment

Posted by on January 13, 2009 in Wheel of life

 

One response to “Bertindak Sebelum Terlambat

  1. intermediate host

    January 13, 2009 at 12:15 pm

    terharu sungguh dgr cite cmtu…
    mmg kite patut belajar dr sejarah sebab itu sme bnde yg sudah n benar2 berlaku

    siapa lg nk amik iktibar klu bukan genrasi skrg mcm kita ni?

    ‘those who do not remember the past are condemmed to repeat it’………

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: