RSS

rintihan untuk kita peduli

24 Jan

Subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar~mengiringi sujud syukur kita atas keputusan yang diambil oleh pejuang-pejuang Islam di Palestin. Kemenangan yang wajib disyukuri setelah Islam mengalahkan “tentera parasit Israel” buat kali kedua setelah dikalahkan oleh Lubnan beberapa tahun yang lalu. Israel gagal memenuhi matlamat mereka buat kali kedua, semangat saudara-saudara kita, semangat pejuang-pejuang Islam masih tegar dan bulat  untuk terus menentang musuh, semangat kita bagaimana? Adakah KFC, Mc Donalds, Starbucks sudah mula dibanjiri semula oleh umat Islam yang beberapa hari lalu berkobar-kobar melaungkan semangat perjuangan~moganya tidak. Teruskan menentang mereka yang sememangnya jelas menjadi musuh kita-umat Islam!! Teringat analisa yang dibuat oleh bekas Menteri Pertahanan Israel menyatakan bahawa salah satu antara sebab kekalahan umat Islam ini ialah tidak belajar dari sejarah. So, tragedi yang berlaku lebih 20 hari sejak 27  Disember 2008 yang lalu telah menjadi sejarah, lakukan sesuatu supaya pelan-pelan dan perancangan-perancangan ke arah kemenangan Islam terus dilakukan. Doa yang dipanjatkan tidak memberi erti sekiranya tidak didahului dengan usaha sehabis daya.  Sekiranya kita berjaya untuk tidak membeli barangan buatan kuffar laknatullah selama 20 hari, apa salahnya sekiranya kita teruskan untuk lagi 20 tahun, 30 tahun dan selama-lamanya, moga akhirnya kebergantungan kita kepada mereka ( seperti senjata, dan lain-lain ) akan menjadi “zero”.

Situasi yang tak patut dicontohi

A : B, jom ikut aku pegi demo malam ni, save Gaza kat Stadium Melawati

B: Emm, aku rasa macam nak pegi tapi malaslah. Aku ngantuk. Lagipun aku malas nak jadi orang yg suka menyibuk, tu bukan negara aku pon.

Adakah kita pernah berhadapan dengan situasi di atas?Doanya moga pembaca sentiasa tergolong sebagai si A. Sekiranya pernah terdetik seperti yang terdetik di hati dan bibir si B, muhasabahlah kembali diri kita sebagai orang Islam. Seandainya di akhirat nanti Rasulullah boleh mengatakan bahawa baginda telah menyampaikan semuanya dan Allahlah saksi baginda, perkembangan Islam di Rom dan Parsi menjadi bukti dakwah dan perjuangan menyampaikan Islam oleh Saidina Umar, apakah alasan kita? Apakah sumbangan kita terhadap Islam? Apakah hidup kita hanya belajar, berkahwin, melahirkan zuriat, bekerja dan akhirnya disemadikan di dalam bumi….~fikirkan sejenak. Oleh itu, janganlah mengatakan diri ini tidak mampu selagi kita tidak mencuba sehabis daya. Usahlah merintih dan mengeluh kerana ngantukmu, kerana ada lagi rintihan yang perlu kita ambil perhatian kerana rintihan mereka, ialah rintihan insan-insan yang mulia di sisi Allah~moga kepekaan kita kepada rintihan mereka dan tindakan susulan yang bakal dilaksanakan akan meletakkan diri kita bersama-sama dengan mereka dan para syuhada yang lain. Tiada yang lebih mulia melain hidup sebagai mujahid Allah atau sebagai syahid di sisiNya. Mujahadahlah dalam bidang kita masing-masing di samping tidak lupa kepada mereka.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

big_interfada

Dengarlah rintihan syuhada-syuhada Allah yang hidup mereka hanya diperuntukkan untuk berjuang atas jalanNya.

Kita masih ingat bagaimana ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003 . Berikut sedutan ucapan asy Syahid :

“Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah ,tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu utk ke mana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku.. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan? Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami. “

Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin pula :

“ Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!”.

Ayuhlah  bangkit. Benar bahawa kepenatan dan keletihan kita hanya sedikit berbanding rakan-rakan HAMAS di Palestin. Benar kepenatan ini tidak memberi sebarang erti jika dibandingkan dengan peluh ayah yang menitik mendukung mayat anak yang ditembak di hadapan mata, tidak ternilai dek peluh seorang ibu mengandung yang menyelamatkan diri dan kandungan daripada sasaran musuh Allah. Maka tunggu apa lagi …..Bangkitlah saudara-saudara seIslamku yang kusayangi kerana Allah~~

p/s: Saudaraku sekalian, sumbangkanlah sesuatu untuk saudara Islam kita di Gaza, Palestin kerana sesungguhnya itulah maruah Islam yg kita anuti selama ini. Tidakkah kalian merasa tercalarnya hati dan terhinanya maruah sebagai seorang muslim apabila melihat tembakan yang menghancurkan wajah dan anggota mereka setiap kali melihat berita di kaca tv dan di dada akhbar…ataupun sibuk dengan tugas harian sehingga tidak mengambil peduli langsung tentang mereka. Ketahuilah wahai kalian, saudaraku di Gaza pasti akan mendakwa setiap muslim (semua muslim yg pernah mendengar kesengsaraan warga Palestin) di akhirat akibat kelesuan kalian sendiri kerana tidak membela mereka ketika di dunia. Pastinya mereka tidak akan melepaskan kalian semua di akhirat walaupun ketika itu mereka telah dibariskan dengan Syuhada di padang Mahsyar kerana menegakkan agama Allah…PASTI. …WAJIB. ..TIDAK ADA KEMUNGKINAN LANGSUNG…TIDAK ADA PELUANG DAN KALIAN LANGSUNG TIDAK BERPELUANG UNTUK MEMBELA DIRI KETIKA ITU SEDANG MEREKA TERSENYUM DI PINTU SYURGA MELIHAT KALIAN MENUNGGU SIKSAAN YG TIADA KEMUNGKINAN BERAPA LAMA SELAGI MEREKA TIDAK MEREDHAI ATAU MENGAMPUNKAN KELESUAN KALIAN MELIHAT MEREKA DI SIKSA, DINODAI, DITINDAS, DICEDERAKAN, DICERAIKAN JASAD MEREKA SATU PERSATU…

INGATLAH..!APAKAH SUMBANGAN KALIAN….APAKAH YG KALIAN SUMBANGKAN UNTUK MEREKA..ATAU KALIAN BANYAK MEMBANTU MUSUH MEREKA WALAUPUN DALAM KEADAAN KALIAN SEDARI????

BANTULAH MEREKA DENGAN APA YG KALIAN MAMPU DENGAN USAHA2 YG SEDIKIT UNTUK MENJADI HUJAH PEMBELAAN DIRI KALIAN DI AKHIRAT…SAMADA :-

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya.. Disamping itu, belajarlah bersungguh-sungguh dalam bidang yang kamu ceburi. Lahirkan dan cetuskanlah idea-idea, penemuan dan penciptaan terbaru agar tiada lagi kebergantungan kita terhadap barangan buatan mereka.


2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu di Mesir, kadang-kadang mencecah bawah 10 degree.  Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam. Lebih-lebih lagi mereka amat memerlukan bantuan kewangan untuk membaik pulih rumah-rumah, sekolah-sekolah dan bangunan-bangunan kerajaan yang melebihi 2 Bilion. Dalam puluhan dan ratusan ringgit yang kita ada, pasti ada rezeki yang Allah tentukan untuk mereka. Ingatlah, kita hanya perantara.

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis : Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh. Jika tidak mampu untuk berceramah, jadilah orang yang mendengar ceramah.

8 ) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka.  Berhentilah membeli dan melanggan barang-barang buatan mereka.

” OUR ACTION PLAN”

” TERUSKAN BERAMAL KERANA ALLAH”

 
Leave a comment

Posted by on January 24, 2009 in Present is the past

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: