RSS

Teh 0, Susu @ Teh susu?

14 Feb

Menurut Syed Qutb, “Maka orang yang mengenali Jahiliyah, dialah orang yang dapat memahami nilai Islam dan dialah yang sangat menghargai rahmat Allah yang terdapat dalam Islam dan nikmat Allah yang terlaksana dengan Islam.”

Mungkin anda terfikir sebegini, “Aku sudah betul-betul mengenali Islam, tak mungkin aku masih lagi terperangkap dengan agenda-agenda jahiliyah.”

Tahniah jika anda berpendapat sedemikian..tapi, cuba anda teliti kembali rutin harian anda, atau tindak-tanduk anda, adakah anda pasti yang semuanya bebas dari ciri-ciri jahiliyah?

jahiliyyah

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana saya hidup di kalangan masyarakat yang  jauh dari sikap jahiliyah. Namun, kadang-kadang ada juga rasa terkilan di dalam diri ini kerana terdapat antara mereka yang tanpa disedari, mempunyai hati yang masih lagi tunduk pada sebahagian daripada sikap jahiliyah ini. Contohnya : hedonisme yang diperkenalkan oleh musuh Islam; atau bahasa mudahnya, movies, games, lagu dan yang sewaktu dengannya.

Ya, saya tahu, manusia bukanlah perfect atau maksum seperti Rasulullah s.a.w…oleh sebab itulah, suka saya mengingatkan diri ini dan para pembaca untuk mengenali kembali apa itu JAHILIYYAH dan sentiasalah berhati-hati dengan musuh umat Islam ini.

Bukankah kita mahu jadi yang terbaik untuk Allah?

 

RENUNGKAN SEJENAK……

 

Situasi A

Ali dan Abu mempunyai hobi yang sama. Mereka gemar bermain PS3 pada masa lapang. Mereka selalu bermain bersama-sama selepas solat zohor berjemaah di rumah sehingga sebelum masuk waktu maghrib. Kemudian, mereka akan solat asar berjemaah dan tunggu seketika untuk solat maghrib. Mereka tidak pernah mengabaikan tuntutan solat berjemaah.

Situasi B

Nurul dan Abu sudah lama berkenalan dan berjanji akan mendirikan rumah tangga selepas tamat belajar 5 tahun lagi. Mereka sentiasa mengimpikan sebuah kehidupan rumah tangga yang penuh keimanan dan ketaqwaan serta diredhai Allah. Oleh sebab itu, mereka sering mengejutkan antara satu sama lain untuk bangun qiam bersama-sama serta akan mengingatkan tentang dosa. Abu tidak pernah menyentuh Nurul jika mereka keluar berdua bersama-sama.

Situasi C

Ali selalu menonton drama Korea sehingga larut malam. Kemudian, dia akan mendirikan solat tahajud sebelum tidur. Kebiasaannya, Ali akan bangun sedikit lewat untuk solat subuh kerana terlajak tidur dek keletihan bersengkang mata sepanjang malam.

Apakah tujuan saya lontarkan ketiga-tiga situasi ini?

Cuba teliti kembali, Ali, Abu dan Nurul secara kasarnya mempunyai ciri-ciri individu muslim yang unggul. Malangnya , ciri-ciri ini telah dicemari oleh sedikit unsur jahiliyah yang tanpa disedari sedikit sebanyak merosakkan amal mereka. Dan kesilapan inilah yang kita tak nampak dan sering lakukan dalam kehidupan sehari-hari.

Menurut hemat anda, adakah individu muslim seperti ini akan merealisasikan impian membina semula sejarah kegemilangan Islam tidak lama dahulu? Adakah mereka mampu menjadi jundu-jundu Allah yang berjihad di atas jalanNya?

Memang Sultan Muhammad Al-Fateh tidak pernah meninggalkan qiam, tapi baginda juga tidak pernah leka dengan movie atau game atau hedonisme yang melampau. Justeru, adakah kita hanya mahu mencontohi sebahagian darinya?

Ambillah Islam secara total dan berusahalah beramal dengannya…

 

 

"wahai orang-orang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.."

"wahai orang-orang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.."

Untuk membina sebuah daulah Islamiyah kembali, tidak boleh tidak untuk semua umat Islam membuang segala bentuk jahiliyah yang masih lagi sebati dalam jiwa mereka. Sememangnya Islam dan Jahiliyah tidak boleh dicampur adukkan sama sekali. Marilah kita sama-sama bermujahadah untuk meninggalkan sekecil-kecil jahiliyah dalam diri agar kita sama-sama dapat menikmati iman yang suci, seputih susu. Jangan mudah tunduk dengan perang saraf yang dilancarkan kaum laknatullah yang ingin menjatuhkan nilai-nilai murni Islam. Ayuh kembalikan kembali khilafah kita…Allahuakbar!!!

ciri-ciri individu muslim
ciri-ciri individu muslim

Kaitan dengan tajuk?

Teh 0 : jahiliyah

Susu : keimanan dan ketaqwaan

Teh susu? : (tepuk dada, tanya iman)

Minuman manakah yang menjadi pilihan anda?

 
7 Comments

Posted by on February 14, 2009 in Sharing is caring

 

7 responses to “Teh 0, Susu @ Teh susu?

  1. jalan lurus

    February 14, 2009 at 5:51 pm

    Moga Allah kurnia kekuatan kepada kita utk tinggalkan segala jahiliyah maksiat kecil n besar… Moga jg, dosa-dosa kita tidak menjadi hijab kpd pertolongan Allah kpd ummat Islam..

     
  2. atie~

    February 19, 2009 at 1:21 am

    Salam

    susu=keimanan dan ketaqwaan
    alamak..realitinya, sy x minatla susu.hehe

    hm..mmg betulla, sbnrnye diri sndiri pn masih ade kelemahan mcm ni.
    agak susah. er, or shud i say, sangat susah?.
    hmm

    tapi Rasulullah ade jugak berpesan sedikit yg berterusan lebih baik dari banyak yang berputus-putus.

    So, kena sentiasa ada usaha untuk memperbaiki diri, cuma jangan terlalu memaksa diri sehingga up to one point, kite rasa jemu untuk beribadah. tu salah jugak.

    So kenali Islam, dan kemampuan diri masing2.

    Allahua’lam

     
    • mizstrawberry

      February 20, 2009 at 9:05 pm

      cakap pasal kemampuan diri, mmg Allah tak memberatkan seseorang hamba tu dgn something yang dia tak mampu nak tanggung, but then, manusia ni ilmunya terbatas, meaning we dont even know setakat mana kemampuan kita sendiri, ada mende yg kita rasa tak mampu buat dulu2, skrg dah pro… jadi yang penting give ur best effort utk tinggal jahiliyah, usaha sekuat-kuatnya, n of course with doa n tawakkal

       
  3. brummies gurl~

    February 23, 2009 at 8:54 pm

    salam sarah..
    mintk izin amik post ni utk di emelkn kpd kawan2 kt uk ni…tq

    ezzati~

     
  4. sarachan

    February 24, 2009 at 3:59 pm

    oh amekla
    penulisnye mesti bg kan? kan? kan?

     
  5. ba

    February 24, 2009 at 7:15 pm

    sila2……tq atas sokongan

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: