RSS

kisah mereka-kisah kita..ini kisah kita bersama

23 Feb

“Jangan jaga tepi kain org”…”rasa macam nak join demo tapi buat apa nak sibuk2, itu bukannya negara aku”…

Dua kata-kata yang hinggap di telinga, daripada siapa, wallahu a’lam. Inilah realiti yang berlaku di kalangan sebilangan rakyat Malaysia. Semangat Nasionalisme telah berjaya ditanam dalam diri mereka dengan cemerlang sekali sehingga tidak mahu ambil peduli tentang perkara yang berlaku di luar negara apatah lagi ingin turut sama merasai keperitan mereka. Adakah ini generasi yang ingin kita bina? Adakah ini generasi yang akan kita wariskan segala perjuangan kita? Dan adakah ini generasi yang akan menyambung risalah kekasih kita, Muhammad saw?  Tepuk dada, timbal usaha..

Menyingkap peristiwa ketika Rasulullah bersabda bahawa semua orang Islam akan masuk ke dalam syurga kecuali “dia”, saidina Umar sangat bimbang seandainya orang yang dimaksudkan adalah beliau namun adakah kita meletakkan diri kita di zon yang selesa apabila mendengar hadith Rasulullah, ” sesiapa yang tidak mengambil berat tentang isu umat Islam maka dia bukan antara mereka?? Soalan untuk sama-sama kita jawab.

Selama ini, kita banyak  mendengar berita dan cerita tentang keperitan dan kesengsaraan mereka. Kita juga cuba untuk meletakkan diri kita di tempat mereka setiap kali membaca berita dan melihat gambar mereka. Kita juga turut bersemangat setiap kali mendengar laungan perjuangan mereka. Tahniah untuk mereka yang berjaya melaksanakan semua ini. Bagi yang belum, mulakanlah usaha ke arah itu. Bayangkan ayah, ibu dan adik-adik kita mati terkulai di hadapan kita, rumah kita dibom, mayat bergelimpangan di ruang pandangan, apakah kita setabah mereka?? Seandainya diri gagal untuk meletakkan dan merasa apa yang mereka rasa, tidak adakah mahupun sekelumit simpati terhadap saudara seagama kita? Sedangkan golongan yang bukan beragama Islam pun telah melakukan pelbagai usaha membantah “Kisah Gaza”, kita bagaimana?

big_well_stay

Tabahnya mereka….

Jiwa mereka diisi dengan roh-roh perjuangan;  perjuangan menegakkan sebuah tanah Islam. Ya, sememangnya itu tanah air mereka, tapi itu juga tanah air kita umat Islam seluruhnya. Bumi tempat Rasulullah dimikrajkan, kiblat pertama umat Islam dan banyak lagi. Adakah semua ini menidakkan bahawa Palestin itu turut sama milik kita? Justeru, sama-sama kita meletakkan sayang dan kasih kita kepada Palestin seperti kita menyayangi tanah air kita. Janganlah sampai kita tergolong antara orang yang akan memberi 1001 alasan kosong apabila ditanya oleh Allah tentang sumbangan kita terhadap tanah air Palestin kita kelak. Ingat, ” sekali ianya milik Islam, selamanya milik Islam “~Allahu akbar!!

Pastinya ramai yang sudah mempunyai kesedaran tentang realiti yang berlaku sekarang. Ingatlah bahawa realiti ini adalah sebuah hakikat. Sememangnya golongan kuffar telah digambarkan di dalm Quran sebagai kaum yang zalim, dan ini telah terbukti menerusi kisah-kisah sirah terdahulu dan kezaliman ini terbukti KINI. Namun tak kurang juga gambaran tentang orang-orang Islam, nasihat-nasihat dan panduan-panduan yang telah Allah gariskan tetapi hakikatnya umat Islam “kurang berjaya” meng”apply“kan semua ni dalam kehidupan seharian. Betul, ilusi yang haq akan dikalahkan oleh reliti yang batil. Inilah yang berlaku sekarang.

Rasanya, masing-masing berfikir cara-cara untuk menyumbang kepada saudara-saudara kita di Palestin. Bagi mereka yang bercita-cita untuk turut sama menyumbang tenaga, moga cita-cita anda termakbul satu hari nanti dan moga anda tergolong sebagai para syuhada’. Sementara itu, mari kongsi bersama usaha yang dapat kita lakukan;

  • sentiasa panjatkan doa, qunut nazilah, moga Allah membantu mereka.
  • sentiasa mengingatkan dan menyentuh isu Palestin dan umat Islam yang lain sesama kawan-kawan dan ahli keluarga
  • mengambil 5 minit tazkirah selepas solat untuk sama-sama update peristiwa yang berlaku setiap hari
  • istiqamah dengan BOIKOT. <ekonomi lemah, senjata kurang, kuffar tumbang, ameen>
  • mengambil masa dalam sehari untuk membaca berita mengenai Palestin
  • menyumbang wang, dan apa sahaja yang termampu untuk meringankan beban mereka
  • dan banyak lagi yang saya kira anda semua lebih arif.

457164252l

Yang penting bukan apa yang kita rancang semata-mata, tetapi bagaimana kita melaksanakan perancangan-perancangan itu. Moga usaha kita menjadi pemberat mizan di akhira kelak~wallhua’lam.

Nukilan perasaan buat ayah-ayahku, ibu-ibuku, abang-abangku, kakak-kakakku, adik-adikku dan saudara-maraku di Ghazzah

 
1 Comment

Posted by on February 23, 2009 in Present is the past

 

One response to “kisah mereka-kisah kita..ini kisah kita bersama

  1. alwardatulhamra

    March 4, 2009 at 6:00 pm

    salam, asa an tastamirri fi kitabatil maqalah ma tanfaul ummah….bittaufiq wat tafawwuq

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: