RSS

Al-Mu’allim

05 Mar

Al-Mu’allim = The teacher = guru

Entri ini bukanlah untuk menceritakan kisah hidup guru kelas saya semasa sekolah rendah mahupun sekolah menengah, bukan juga tentang guru yang bergelar “pensyarah” atau “lecturer” di universiti. Tetapi untuk mengingatkan diri sendiri dan pembaca tentang guru kepada umat akhir zaman, penutup kepada sekalian nabi, Muhammad SAW.

Kelahirannya pada Rabiul Awwal Tahun Gajah membawa rahmat kepada sekalian alam. Dengan sifat amanahnya, baginda telah menyampaikan berita gembira dan peringatan dari Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Dengan akhlaknya yang mulia, baginda telah menunjukkan qudwah hasanah (contoh teladan yang baik kepada kita. Kerana kasih dan sayang kepada umatnya, tanggung jawab untuk menyampaikan risalah telah baginda tunaikan, sehingga kita hari ini dapat mengenal islam dan iman, Allah dan Rasul, pahala dan dosa, syurga dan neraka.

Sempena kedatangan maulidurrasul tahun 1430 Hijrah ini, cuba jawab soalan-soalan berikut:

1. Bilakah tarikh lahir Rasulullah SAW?

2. Siapakah nama ibu dan bapa Nabi Muhammad SAW?

3. Siapakah isteri baginda yang pertama dan berapa orang anak baginda dari isteri pertama?

4. Di manakah turunnya wahyu pertama kepada baginda dan berapakah umur baginda ketika turunnya wahyu pertama itu?

5. Bilakah Rasulullah SAW mengerjakan haji selepas penghijrahan baginda dan para sahabat ke Madinah?

6. Berapa lamakah dakwah baginda di Makkah? di Madinah?

7. Siapakah yang menemani baginda semasa berhijrah ke Madinah?

8. Bilakah Rasulullah SAW wafat? Di manakah maqam baginda ?

Mungkin soalan-soalan ini nampak mudah berbanding soalan anatomy, physiology, parasitology mahupun pathology. Namun, sedikit sebanyak kita sudah cuba mengulangi sirah Junjungan Besar kita yang telah dipelajari semasa di sekolah dahulu. Tujuan saya melontarkan soalan ini bukanlah untuk menguji long-term memory pembaca, tapi  diharap dapat menjadi penolak untuk kita sama-sama mengkaji perjalanan hidup Kekasih Allah ini dan berusaha mencontohi baginda.

Shollu ‘alannabi! (Berselawatlah ke atas nabi)

Allahumma sholli ‘ala sayyidina Muhammad

 
1 Comment

Posted by on March 5, 2009 in Sharing is caring

 

One response to “Al-Mu’allim

  1. anjang

    March 8, 2009 at 7:00 am

    salam alang!kabare???

     

Leave a comment