RSS

kenangan

26 Apr

 Hari ni nak cerita pasal baju sekolah 

Teringat zaman sekolah dulu-dulu.

Baju saya dulu warna putih…ha3..semua orang pun tahu…maksudnya dulu-dulu saya bukanlah seorang pengawas-macam mizstrawberi kita tuh

 

Dulu pergi sekolah naik basikal ramai-ramai dengan kawan. Seronok. Rindunya nak ulang balik kenangan itu.

 Tapi satu je masalahnya bila naik basikal ni-baju cepat sangat kotor.

Tambah pula baju warna putih

Susah betul nak jaga

Ingat lagi mak pesan, ‘balik sekolah je terus cuci baju. Berus kuat –kuat. Biar tanggal semua kotoran tu’

Baik mak~

 

Ni nak buat survey sikit..

Sila keluar kan pen dan kertas dan tulis nombor pilihan anda

Bersedia? Here we go!!

 

SOALAN PERTAMA

Berapakah kekerapan anda membasuh baju sekolah?

  1. setiap hari tak kira sama ada kotor atau tidak
  2. apabila kotor sahaja
  3. ikut mood
  4. apabila disuruh
  5. apabila ramai kawan-kawan(di asrama) basuh baju
  6. seminggu sekali
  7. apabila terdapat kotoran yang degil sahaja baru baju itu dibasuh
  8. apabila baju dah kotor sangat sampai dihurung musca domestica (lalat)
  9. ataupun…anda pakai sahaja baju itu sampai kotor(sangat) dan diganti dengan baju yang baru

 

 

SOALAN KEDUA

Apakah teknik yang anda gunakan untuk membersihkan baju?

  1. menepuk kotoran dengan tangan dan meniup debu-debu yang hinggap
  2. mencuci tempat kotoran dengan sedikit air-sekadarnya sahaja
  3. mencelup air ke dalam air sabun(tanpa diberus)
  4. memberus baju dengan air paip
  5. memberus baju dengan air sabun
  6. cara 4+5+Clorox+nila ujala+iron dengan selicin-licinnya

 

 

SOALAN KETIGA

Bagaimanakah anda menjaga/maintain kebersihan baju sekolah?

  1. basuh sekerap yang mungkin
  2. mengelakkan tempat-tempat yang kotor e.g selut, parit, tanah dsb
  3. memarahi dan mengelak rakan-rakan yang suka mengotorkan baju anda
  4. Clorox dan nila selalu
  5. berkawan dengan rakan-rakan yang pandai menjaga kebersihan baju
  6. atau anda seorang yang tak kisah pun sama ada baju kotor atau tidak…yang penting anda bahagia

 

Alhamdulillah. Selesai pon

Apa kata………. survey??

Berpuas hati?

 

Sekarang kita tukar pula bentuk soalan

 

Gantikan semua soalan di atas ke dalam konteks menjaga kebersihan hati

 (dan tukar semua kenyataan kepada yang berkaitan/ bersesuaian  dengan hati)

 

******************************

 

Keputusan?

 

 

 

hati yang kotorhati yang suci

perbezaan hati yang kotor dan suci-gambar hiasan

 

 

TEPUK DADA TANYA IMAN…of course la

 

Sifat hati kita ni tidak ubah seperti sehelai baju sekolah yang berwarna putih

Hati kita cepat sangat dikotori

Setiap hari hati akan bertambah kotorannya

Kalau si pemakai hati itu tidak cakna dengan kotoran hatinya,

Lambat laun mesti dia tidak perasan lagi bahawa hatinya itu telah kotor

Kotoran yang degil yang dah sebati dengan hati pun susah sangat nak ditanggalkan

 

Begitu juga halnya kaedah membersihkan hati

Bukannya sekadar menyatakan di bibir, ‘oh…aku dah menyesal’

Malah ia lebih menuntut kepada air mata kekesalan yang mendalam, nekad yang bersungguh serta usaha yang jitu  untuk menyucikan hati daripada maksiat.

 

Hati yang tersangat kotor tidak boleh ditukar ganti dengan yang masih baru dan bersih….walaupun anda cuba untuk menjalani liver implantation

Namun ia pasti mempunyai peluang untuk kembali suci jika si pemakainya berusaha bersungguh-sungguh mengubah sikap ‘pengotornya’ itu

 

 

MAHUKAH KITA BERJUMPA DENGAN PEMILIK SEBENAR HATI INI DALAM KEADAAN IANYA TERSANGAT-SANGAT SUPER DUPER KOTOR? 

Eeeii gelinya…

 

“Ya Allah aturkanlah pertemuan kami denganMu dalam keadaan hati dan jiwa ini benar-benar suci dengan cahaya rahmatMu!!”

 

ameeen

 
6 Comments

Posted by on April 26, 2009 in Sharing is caring

 

6 responses to “kenangan

  1. mizstrawberry

    April 27, 2009 at 12:40 am

    saya pakai baju putih jugak laa..

     
  2. zawani

    April 27, 2009 at 3:41 am

    loved d analogy!!!

    terhenyak dgn post ini..

    wahai diri, muhasabahlah sblm tiba saat diri dihisab~

     
  3. lyanna

    April 27, 2009 at 1:55 pm

    ooo..pengawas skolah miss stroberi pakai baju kaler putih eh..sama aa dgn saya..

    Ya Allah,jagalah hati ku~~!

     
  4. raihana

    April 28, 2009 at 3:56 pm

    akhawat yg dikasihi…
    buat yg terbaik utk exam..
    doa kami sentiasa mengiring

     
  5. mizstrawberry

    April 28, 2009 at 6:42 pm

    jazakunnallah khairan kathira,
    allahummaj’alna minannajihin
    fiddunya wal akhirah
    ameen~

     
  6. damadelunas

    April 30, 2009 at 11:49 pm

    cantik la heart yg mcm gula2 tu…
    oppss…lari tajuk pulak..

    thanx cik ba..=)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: