RSS

selesema

04 May

Baru lepas membaca tentang Orthomyxoviruses sambil bersarapan pagi, teringat pula tentang virus Influenza A (H1N1) yang lebih famous dengan nama virus Selesema Babi / Swine Flu / Influenza Al-khanazeer ketika mula merebaknya wabak tersebut. Namun, bermula 30 April 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara rasminya menamakan wabak ini sebagai wabak Influenza A (H1N1).

Influenza bermusim (seasonal influenza) epidemik berlaku setiap tahun dan 3 hingga 5 juta manusia dijangkiti virus ini (yearly) dan sering membawa maut. Namun begitu, Influenza bermusim ini boleh dirawat dengan vaksin menyebabkan penyakit ini lebih mudah dikawal. Tidak seperti seasonal influenza, virus Influenza A (H1N1) ini adalah virus baru yang menyebabkan pendemik (epidemik yang melibatkan seluruh dunia) dan populasi manusia rata-rata tidak mempunyai imuniti terhadap virus ini.

Bagaimana virus ini muncul tiba-tiba?

Allah SWT menciptakan virus Influenza A ini dengan gen yang mempunyai banyak bahagian (segmented). Oleh itu, percampuan antara gen boleh berlaku apabila sesuatu sel dijangkiti oleh 2 virus yang berbeza jenisnya pada satu masa yang sama. Percampuran gen (gene reassortment) ini menghasilkan virus influenza yang baru. In this case, virus Influenza A ( H1N1).

Bagaimana virus ini merebak?

Manusia boleh dijangkiti oleh virus ini melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1). Virus ini boleh berjangkit dari manusia ke manusia lain. Apabila orang yang dijangkiti virus ini batuk atau bersin, titisan air dari batuk dan bersin itu mungkin mengenai tangan mereka, jatuh di atas mana-mana permukaan atau tersebar ke udara. Sesiapa yang menyedut udara yang mempunyai titisan air tersebut boleh dijangkiti virus ini. Begitu juga dengan sesiapa yang menyentuh tangan atau mana-mana permukaan yang telah dicemari oleh titisan air tesebut.

Tahap amaran wabak telah ditingkatkan dari fasa 4 ke fasa 5 oleh WHO pada 29 April 2009, silalah belek-belek carta di bawah ini untuk memahami apakah makna fasa-fasa tahap amaran wabak ini, kalau rajin sikit, klik sini dan juga sini. Wabak ini merebak dengan cepat. Sehingga entri ini ditulis, 20 negara telah melaporkan 985 kes jangkitan virus Influenza A (H1N1). But on the positive side, dunia lebih bersedia untuk menghadapinya setelah berlaku wabak selesema burung tidak lama dahulu.

 flu

Tidak ada vaksin buat masa sekarang kerana seperti saya terangkan di atas, virus ini adalah virus yang baru, and it’s not easy to produce a vaccine. Proses ini mungkin mengambil masa 5 hingga 6 bulan.

 So, what do we do?

Hurmm.. let’s see… as prevention in better than cure, practising general preventive measures should be useful, right?

  • Basuh tangan dengan air dan sabun dengan kerap
  • Jangan dekat dengan orang yang nampak macam tak sihat, selesema atau batuk
  • Kalau jaga orang sakit, pakailah topeng muka (mask, bukan maskara) untuk menutup mulut dan hidung
  • Kalau rasa tak sihat, demam panas, sakit tekak – sila dapatkan rawatan dengan segera, dan jangan berjalan-jalan di luar sambil menyebarkan virus kepada orang ramai

Setakat ini, tiada kes Influenza A (H1N1) dilaporkan di Malaysia mahupun Mesir, Alhamdulillah… Sebagai langkah berjaga-jaga, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan bagi memantau situasi wabak Selesema A(H1N1). Mesir pula lain ceritanya, kerajaan telah mengarahkan lebih 300, 000 babi di seluruh Mesir dibunuh walaupun langkah itu mendapat kritikan dari WHO. Semalam berlaku pertelingkahan antara pihak polis dan penternak babi yang mengakibatkan kecederaan 12 orang dan penangkapan 14 orang lain. Tak pernah tahu ada begitu banyak khanazeer di Mesir ni..

Qaddarallahu ma shaa’.. Besarnya kuasa Allah SWT, hanya dengan pertukaran gen satu virus (which can’t even be seen) – satu dunia huru-hara. Semoga kita semua terpelihara.

Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. maka ia terus menjadi. (Yaasin:82)

Maaf jika tulisan ini tidak difahami dan membosankan

Wazhunna bihi khairan wa saamih nasijahu

Glosari

  1. Epidemik : wabak
  2. Pandemik : wabak besar, epidemik yang melibatkan seluruh dunia (can’t find more appropriate word to translate this)

Sumber:

http://www.who.int

http://www.moh.gov.my

http://www.thedailynewsegypt.com

Essential Medical Microbiology and Immunology

 

6 responses to “selesema

  1. lyanna

    May 4, 2009 at 3:27 pm

    patutlaa macam nak telan buku microbs td…
    mengkaji upenye..

    hehhe..

    jzkk..

    Jauhkan kami n keluarga n negara daripada virus ini YaAllah..

     
    • mizstrawberry

      May 4, 2009 at 3:29 pm

      yela, mengkaji sambil study, baru best🙂

       
  2. raihana

    May 4, 2009 at 8:57 pm

    mizstrawberry, jazakillah khairan atas bantuan..
    Moga Allah berkati, redhai dan mudahkan urusan nti..Esok kan exam? Dapatkan full marks, k? Allah yusahhil

     
    • mizstrawberry

      May 6, 2009 at 7:38 pm

      waiyyaki, thanks for the doa

       
  3. amar

    May 9, 2009 at 8:59 pm

    hihi..nilah kali prtama bca brita ilmiah yg tdak membosankan..
    xsangka ad bnyak khinzir jgaa org bela kt mesir nih..
    insyaAllah kta sama2 usahakan mngelakkan dr H1N1 nih..(wlaupun sdg selesema sket2)…
    Rabbana yusahhil kpda mizstarwberi dn sluruh pembaca tuk sgala cabng dugaan yg tlah dttapkan oleh Allah kpda kta…^^

     
  4. Yusri Arif

    May 25, 2009 at 4:10 pm

    Tahniah kerana prihatin.

    Sepatutnya ku sedar lebih awal artikel nih~

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: