RSS

Siapa yang Menakutkan Siapa?

12 May

siapa

Subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar..Islam itu tertinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya

Satu akhbar Russia yang diterbitkan di Amerika ditarik balik pengeluarannya kerana seorang penulis yahudi telah membuat satu artikel mengenai kebenaran yang perlu mereka (Yahudi) terima. Berikut terjemahannya:

Sekiranya kita ke Gaza untuk membebaskan shalit (yang ditawan hamas sejak 2006). Kami pulang tanpanya.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghentikan roket-roket. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hampir tel aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghapuskan Hamas, sesungguhnya Hamas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menjajahnya, sesungguhnya telah kami sebut bahawa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan Gaza.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menunjukkan bahwa kita yang hebat, sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mempamerkan kekuatan kita, sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di tel aviv.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk membunuh pemimpin Hamas, sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan Hamas.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mendapat simpati dari dunia, sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita, sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang-pejuang hamas pada diri mereka.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita , sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah hizbullah dan tidak mencegah Hamas. Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin-pemimpin Hamas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dikalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang2 palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian.

Kita tidak pernah mendengar permintaan Hamas walau sekalipun untuk genjatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya “Siapa yang menakutkan siapa?” Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama Hamas. “Siapa yang menakutkan siapa ?”

mereka pilih satu antara dua..

mereka pilih satu antara dua..

Artikel ini dipetik daripada http://pembina.com.my/

Sumber asal : www.aqsatv.ps/arabic/index.asp

 

3 responses to “Siapa yang Menakutkan Siapa?

  1. mizstrawberry

    May 13, 2009 at 3:23 pm

    khaibar, khaibar ya yahud,
    jaisyu Muhammad saufa ya3ud!

     
  2. sinar

    May 13, 2009 at 7:07 pm

    sesunggunya kebenaran itu tak pernh tersembunyi..syukrn post ni benar2 menarik hati utk mencoret kalam disini..
    mga Allah permudahkn jalan ukhti2 di sini

     
    • damadelunas

      May 17, 2009 at 10:23 pm

      moga Allah permudahkan untuk kita semua🙂
      ameenn…

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: