RSS

Exam : Di manakah silapnya?

27 May

Aku melangkah keluar dari dewan exam. Mukaku muram mencuka. Aku agak terkilan kerana tidak dapat buat yang terbaik untuk kertas tadi. Banyak sangat kesalahan. Banyak sangat yang aku tidak tahu. Entah, tidak kutahu di mana silapnya. arghh.. tensionnya, jerit hati kecilku.

Ketika rakanku bertanya hal peperiksaanku, cepat sahaja aku menjawab, “susah sangat..semua soalan susah.” Aku tak yakin. Ya Allah, inilah silapku yang pertama. Tak pernah aku bersyukur dengan nikmatMu. Dalam banyak-banyak soalan takkan la satu pun aku tidak boleh jawab. Ampunkan aku kerana membelakangkan nikmatMu. Dan aku lebih melihat pada kecacatan, bukannya pada kesempurnaan. Apalah salahnya jika aku ucapkan alhamdulillah untuk soalan-soalan yang boleh dijawab. Bukannya susah. Memang aku tidak adil dalam menilai.

Pulang ke rumah terus aku menangis sedu sedan mengadu pada rakan-rakan. Risau mereka dibuatku. Aku lupa yang Kau sentiasa menanti pengaduan daripadaku. Sedangkan aku tahu, rakan-rakanku bukannya boleh menyelesaikan masalah. Bukannya aku tidak tahu Kau maha kuasa. Bukannya aku tidak tahu Kau boleh memberikanku keajaiban. Cuma aku yang tak yakin. Silap kedua.

Oh ya, baru aku teringat. Dulu Kau pernah bantu aku berjaya. Masa tu aku rasa susah sangat exam. Entah apa yang aku merepek dalam kertas tu. Usai exam terus aku bentang sejadah, mengadu dan memohon pertolongan dariMu. Aku menangis semahu-mahunya. Aku dah berusaha sungguh-sungguh namun tetap aku tak dapat menolak takdir dariMu. Ketika itu aku yakin bahawa Kau memandang pada usaha yang aku berikan bukannya pada apa yang aku jawab. Memang masa itu solat hajat, tahajud, quran dan lain-lain tak pernah aku lalaikan walaupun masa sangat suntuk menuntutku menghadap buku setiap masa. Dan akhirnya aku berjaya dengan cemerlang dalam exam itu.

Sekarang ni aku rasa aku tidak ada harapan lagi untuk berjaya. Aku lupa yang Kau pernah berkata, “la taqnatu min rahmatillah” (jangan berputus asa dari rahmat Allah) Ya. Aku pernah baca ayat itu. Tapi tak menusuk pun ke kalbuku. Aku silap dalam memandang hakikat peperiksaan. Aku rasa ia hanya urusan dunia.. Tiada langsung kaitan dengan Sang Pencipta. Silap ketiga. Mana pernah aku bersusah payah untuk bangun malam bertahajud padaMu? Atau mungkinkah aku bersedih kerana risau orang akan pandang rendah padaku nanti?

31991795820081l

Perlukah aku hanya duduk membaca buku siang malam? Atau perlukah aku solat, tahajud, dhuha, baca quran dan sebagainya sahaja?

Oh, janganlah men’sekular’kan benda ini. Bukankah berjaya dalam bidang masing-masing dituntut dalam Islam? Oleh itu, aku kena berjaya dalam kedua-duanya. Dunia dan akhirat. Setiap usaha (dalam belajar) adalah suatu bentuk taqwa kepada Allah. Jika dibuat dengan ikhlas kerana ingin mencari keredhaan Allah, memang sudah terjamin bagi aku ganjaran di sana. Terjamin!!!. Keputusan exam itu hanyalah suatu bentuk rezeki Allah di dunia ini. Lagipun, sudah menjadi sunnatullah, setiap yang berusaha itu pasti akan berjaya. Apa yang penting adalah keyakinan padaMu.

############################################

Study Taqwa/ibadat Ganjaran dunia Ganjaran akhirat
/ / / > X /
X X X X
/ X / @ X X
X / ? ?

Kebarangkalian yang keempat itu macam tidak logik. Sebab orang yang betul-betul beriman dan bertaqwa sepatutnya faham bahawa study itu adalah sebahagian daripada ibadat/taqwa kepada Allah. Mereka  belajar kerana sedar akan tanggungjawabnya kepada Allah, bukan hanya mengejar kejayaan dunia semata-mata. Dan mereka juga hanya mengharapkan keputusan yang diredhai Allah.

Ingat! Sesiapa yang mengejar akhirat pasti mendapat bahagiannya di dunia. tapi bagi mereka yang mengejar dunia pasti tidak mendapat ganjaran akhirat. Malah ganjarannya di dunia pun belum pasti lagi. Jika ada pun mungkin ia hanya satu bentuk istidraj supaya dia lebih jauh lagi daripada Allah. Ya Allah, peliharalah kami….

Apa yang perlu dibuat sekarang?

Marilah kita mula merancang untuk hari akhirat kita. Marilah didik diri menjadi hamba yang bertaqwa. Jadikan apa yang kita lakukan adalah sebagai saham akhirat. Jangan bersedih kecuali pada perkara yang merugikan kita di akhirat. Oleh itu, janganlah kecewa jika tidak dapat menjawab dengan baik walaupun telah berusaha dan bertawakal. Tetapi berkecewalah jika kita dapat menjawab dengan baik walaupun tidak langsung berusaha dan bertawakal. Wamal hayatuddunya illa mata3ul ghurur.

Takkan kita nak berlengah lagi dalam urusan merancang hari akhirat sedangkan kematian semakin menghampiri? Di manakah kita mahu tinggal di alam baqa’ sana? Bukannya keputusan yang cemerlang di dunia boleh menebus kebahagiaan di akhirat. Tidakkah kita terfikir? Itulah tempat kehidupan kekal kita. KEKAL ABADI. Cuba renung-renungkan.

Oleh itu, jangan bersedih andai engkau telah benar-benar berusaha dan bertawakal. Yakinlah padanya. YAKINLAH. Jangan ragu-ragukan hatimu pada kekuasaanNya. Ambillah kesempatan peperiksaan ini sebagai wasilah untuk meningkatkan taqwa padaNya. Ambil masa untuk fikirkan kebesaranNya. Jangan berat sebelah dalam menilai nikmat-nikmatNya. Sesugguhnya nikmat Allah itu tidak dapat dikira. betulkan niatmu. InsyaAllah bagimu ketenangan. Kenanglah ganjaran yang bakal didapati jika kita ikhlas. Kenangkanlah..Lagipun, kita kan masih punya masa untuk berdoa selagi result belum keluar?

Ingat! Taqwa bukanlah semata-mata study dan beribadat sahaja. Ia termasuklah dengan perhubungan dengan manusia lain, meninggalkan maksiat, meninggalkan perkara lagha, melayan tetamu, menolong rakan-rakan dan sebagainya yang berkaitan dengan Islam.

Marilah kita sama-sama sucikan hati. Jom berusaha membina taqwa sebab Allah janjikan jalan keluar bagi mereka yang bertaqwa. <waman yattaqillaha yaj3allahu makhraja>

Dan orang yang bertaqwalah yang tinggi kedudukannya di sisi Allah. <inna akramakum 3indallahi atqakum>

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami. Sesungguhnya kamilah  hamba-hambaMu yang melampaui batas. Janganlah Kau ambil nyawa kami kecuali dalam keadaan kami beriman padaMu. Ameen.

1048507oq0w82fcp9Rasa macam banyak lagi nak dikongsi kat sini. Tak puas dengan hanya menulis. Memang hikmah kejadianNya sangat besar. Memerlukan pemikiran yang mendalam. Dan setiap apa yang dirasa oleh setiap orang mungkin berlainan. Itulah hikmahNya. Cerita kat atas itu just intro je..mungkin ada kaitan dengan penulis, dan mungkin tidak…he3..tapi memang ia berlaku kan? Maaf jika tak tersampai maksud atau panjang sangat. Semoga Allah memelihara dan merahmati kita.

 

 

13 responses to “Exam : Di manakah silapnya?

  1. panna_sam

    May 27, 2009 at 7:10 pm

    salam

    terpukul dgn penyakit pertama.mmg btul,slalu pandang y xbes sket over all other of those y Allah da bg.mungkin kt situ Allah nak uji sjauh mane bnarnye ucapan doa kite ‘sesungguhnya aku bertawakal kpdMu’.

    terima kasih atas nasihat

    all d best (‘_’)v

    moga Allah berkati usaha2 n ilmu2 kit

     
  2. ba

    May 27, 2009 at 7:38 pm

    ws

    btol2. kita mmg dh byk pon tahu tentang teori2…tapi tinggal nak amal n lekatkan kat hati je…

    kadang-kadang kita sendiri lupa ttg apa yg kita doakan kat Allah. klu dh kate bertawakal, so kenalah terima apa yang Allah tetapkan kan?

    semoga Allah terus kuatkan hati2 kita

    ~terharu cik ketua kelas sudi mencemar duli ke blog ini🙂

     
  3. lyanna

    May 27, 2009 at 8:43 pm

    rase terpukul gak-dush3..

    macam seme dtujukan tuk aku..huu…~!

    *-*

    Allahummaghfirlana-Allahummaghfirlana-Allahummaghfirlana

     
  4. c's

    May 27, 2009 at 8:58 pm

    sumhow, we do know many, but we can’t afford to do most of dem..

    it’s how we improve ourselves..

    lest we forget.. n being tested n confronting circumstances since He wants us to be notified by those mistakes..

    thanx for sharing sis.. n bittaufiQ~

    =)

     
    • damadelunas

      May 28, 2009 at 2:58 pm

      =) c’s…
      sorry for the ‘invisible’ comment of yours.
      ur comment in our spam list…
      maybe due to this is your first comment😛 entahlah..tak faham jugak
      (tapi jgn takut nak leave ur comment pulak after this)

      ba,
      jazakillah for the entry…
      tulis je panjang pun…
      IA menyentuh hati-hati manusia kalau dia datang dari hati jugak.

      mistoberi,
      sy punye entry selama ni pendek je…
      tak reti buat panjang macam kome semua..
      haih..takut jgk…
      i’m not a good article writer…😛

      generally,
      its not the end of our world.
      ada banyak lagi ‘test’ besar utk kita hadapi.
      Sad/frustrated is normal.
      Tapi sabar pada detik pertama itu yang terbaik kan?
      Hati o hati…tenanglah wahai hati…kamu masih ada Dia di arasy sana.

      (untuk yang tertunggu-tunggu ukhti mhoneyz…doakanlah dia activated after exam,sepanjang cuti kita ni…banyak idea dia kumpul tu….tapi disebabkan ada masalah teknikal sikit, tu yang tak boleh nak post entry lagi setakat ni… the same goes to ukhti kulcha🙂 )

       
  5. nismahmubarakah

    May 27, 2009 at 10:02 pm

    “Allah didn’t promise that life would be that easy… But He did promise to be with you as long as we be”

    faiza saalaka 3ibadi 3anni fainni qorib……………..

     
  6. sinar

    May 27, 2009 at 10:31 pm

    realiti yg harus direnungi…
    melangkah dan terus melangkah..ayuh!!

     
  7. mizstrawberry

    May 27, 2009 at 11:47 pm

    yes3, mmg panjang… hmm siput da kembali aktif selepas parasitology exam, (xde soalan siput tadi.. :D)

    >yakin kepada Allah, kerana janji-Nya tak pernah dimungkiri<

     
  8. ba

    May 28, 2009 at 12:14 pm

    hehe
    to lyanna : cerita ni xditujukan specific kpd sesiapa….so, jgn rse terpukul ek..bkn tujuan nk memukul sesiapa pun..

    to misstroberi : mmg dh agk misstroberi yg akan komen klu post pnjg…he3..

    ‘ya Allah, ampunilah dosa2 kami…semoga ia tidak menjadi hijab kepada amaln2 kami’

     
  9. raihana

    May 28, 2009 at 9:33 pm

    salam siput n akhawat lain,
    meh turun riadhah sini esok…lepaskan tension study =)

     
  10. neonate

    May 31, 2009 at 12:10 pm

    salam sahabat dai malaysia
    lama interaktif yang menarik
    credit kepada yang menjadi tulang belakangnya.. jgk kepada tulang2 yang laen ^_^ yang turut membantu
    keep up the good work!

     
  11. neonate

    May 31, 2009 at 12:11 pm

    ops! salah eja tadi
    bukan dai, dari
    bukan lama, tapi laman
    huhu..

     
  12. k bat

    June 3, 2009 at 10:20 am

    salam siput (panjang sgt kalau nak tulis latin name).. alhamdulillah akak dah lepas exam2 nieh :>.. tapi posting nie membantu untuk menghadapi hari2 mendatang.. innana fil imtihan ad-daim!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: