RSS

sabar and shukur

30 May

bismillahirrahmanirrahim…

Bersiar-siar di youtube tadi menemukan ana dengan sebuah nasyid yang cukup mendidik jiwa; membangkitkan diri yang kian alpa. Musim exam sememangnya musim beramal, musim untuk menguji sejauh mana ilmu yang kita kaut dan tadah selama ini dipraktikkan dalam kehidupan menjadi ibadah manifestasi perhambaan pada yang Maha Mencipta. Selama kurang lebih 7 bulan kita mengikuti “perkumpulan”, kelas2 pengajian, mendengar tazkirah dan di musim hibernasi inilah seharusnya kita memaksimumkan masa-masa yang ada untuk mempraktikkannya. Lebih-lebih lagi setelah melepasi beberapa paper, emosi kian diuji, kesabaran kian teruji, tetapi yakinlah bahawa tiap apa yang Allah jadikan itu tidak sia-sia.

“Sabar itu adalah pada detik yang pertama”.

Ya, itulah sabar yang sebenar, yang Rasulullah ajar kita, sabar dikala detik pertama kita menerima ujian, sabar ketika detik pertama syaitan membisikkan hasutan dan sekarang boleh kita katakan sabar dikala detik pertama membaca soalan yang “tidak dimimpikan”. Di saat itu, bermulalah sabar seorang hamba, banyakkan berzikir supaya tidak tergolong dalam hamba yang putus asa; ini baru ujian dunia, moga Allah melancarkan jawapan kita apabila di soal di dalam kubur kelak, langkahkan kaki keluar dewan dengan ucapan syukur kerana Allah masih sayangkan kita (masih ada soalan yang mampu dijawab, masih ada oksigen untuk terus disedut, masih ada tenaga untuk pulang ke rumah dan terus sujud merintih padaNya); moga nanti Allah permudahkan langkah-langkah kita melintasi titian sirat.

Usaplah air mata yang menitis kerana memikirkan soalan yang sukar dijawab tetapi biarlah air mata itu terus menitis seandainya ujian ini menyedarkan kekhilafan diri. Serahkan segalanya pada Allah kerana Dia lebih tahu dan sangat arif tentang apa yang terbaik buat kita hambaNya yang hina ini, menangislah, mengadulah semahu-mahunya kerana Dia Maha Mendengar, Dia mendengar tiap rintihan kita, Dia amat menyayangi kita, lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri maka yakinlah pada Dia. Bukan Allah tidak tahu usaha kita selama ini, bukan Allah tidak tahu jam-jam yang kita korbankan dari terus meniti mimpi, bukan Allah tidak tahu waktu-waktu yang kita manfaatkan dengan membaca kitabNya berbanding segelintir yang memilih untuk menonton hiburan malah Allah tahu lebih daripada itu, Allah tahu bagaimana kita manfaatkan tiap “heart beat” kita-untukNya atau tidak…tetapi sahabat2 Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, mungkin Allah tangguhkan pemberianNya terhadap kita di saat-saat yang kita lebih memerlukan, mungkin juga Allah mahu kita terus memohon pada Dia kerana Dia amat suka mendengar permohonan hambaNya yang hakikatnya sering melupakan Dia. Kekadang kita hanya meminta di saat kita terluka, kita hanya mengingatiNya di saat kita berduka tetapi Dia mengingati kita di tiap saat~Allahu Akbar. Yang paling penting, biarlah usaha2 ini menjadi hujah buat kita di akhirat kelak kerana dunia ini hanya tempat menanam hasil~tuaiannya di akhirat kelak. Bukankah syurga lebih berharga daripada mumtaz di dunia? Bukankah mumtaz di sisi Allah lebih berharga berbanding di sisi manusia?

Seandainya kita masih mempersoalkan ujian Allah, istighfarlah.. Dia memberi lebih banyak, Dia mengingati lebih banyak, Dia menjadikan penyelesaian lebih banyak daripada masalah, Dia menjadikan tiap penyakit itu ubat, dan Dia juga menjadikan tiap masalah itu jalan penyelesaian, setitis nikmatNya pada kita tidak dapat dibalas walau dengan ibadah yang menggunung, kerana itulah Rasulullah sendiri sering bangun malam tanda syukur atas nikmatNya apatah lagi kita yang banyak melakukan dosa. Apakah nikmat Allah ke atas kita dibalas dengan maksiat terhadapNya~nauzubillah min zalik..usah putus asa dengan ujian, gandakan tawakkal~hasbunallah wa ni’mal wakeel”,”Cukuplah Allah bagi kami dan Dialah sebaik-baik pengurus”..ayat yang sering kita dengar dan baca tetapi di mana penghayatan kita? sejauh mana kita betul-betul berserah pada Allah seandainya masih terdapat keluhan-keluhan yang berbisik dalam hati. Justeru ilmu sabar dan syukur itu butuhkan amalan bukan sekadar di atas kertas atau di dalam fikiran wahai diri dan sahabat sekalian..

Begitu juga seandainya Allah memberi nikmat kelancaran dalam menjawab, juga satu ujian buat kita sahabat; samada kita tergolong dalam kalangan hamba yang bersyukur atau hamba yang kufur. Moga nikmat itu bukanlah satu istidraj buat kita. Ucaplah puji-pujian buatNya kerana kejayaan itu bukanlah hasil usaha kita tetapi kerana kasih sayangNya, dan alangkah indahnya seandainya kejayaan ini turut diiringi kejayaan di akhirat kelak. Usah terbuai dengan nikmat yang sementara kerana belum tentu nikmat yang kekal – syurga Firdausi menjadi milik abadi kita. Semua kita di sisi Allah sama sahaja, kerana kelak yang akan dipersembahkan di hadapan Allah adalah iman kita bukanlah natijah peperiksaan kita, moga iman ini sentiasa bertambah di musim peperiksaan supaya semua kita memperoleh mumtaz di hadapan Allah kelak dan itulah saat yang paling berharga.

usaha+doa+tawakal

usaha+doa+tawakal

Katakankanlah (wahai Muhammad): tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan) itu maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang beriman itu bertawakkal (At-Taubah:51)

Oleh itu, sama-samalah kita bersyukur terhadap apa yang Allah beri. Allah beri lebih daripada apa yang kita minta; Allah beri kita kejayaan di suatu masa dahulu, Allah beri kita sahabat2 yang boleh menasihati kita, Allah beri kita harta untuk kita terus bersedekah di jalanNya, Allah beri kita masa untuk terus mengingatiNya cuma atas kita untuk memberi hak pada yang sepatutnya atau tidak, dan yang penting Allah beri kita kalam-kalamNya untuk terus berbicara denganNya, Allah beri kita rasulNya untuk terus dicontohi segenap perbuatannya. Ambillah pelajaran pada tiap apa yang berlaku dalam hidup kita, sebagai contoh di saat kita terlewat pergi ke kelas lalu hampir dilanggar teksi, maka dimarahi oleh pemandu teksi, apakah kita perlu menyalahkan pemandu itu, atau kita yang “terkocoh-kocoh” ini harus dipersalahkan, atau kedua-duanya turut sama bersalah.. maka, ambillah pengajaran, janganlah terus melenting jika sesuatu berlaku dalam perjalanan hidup kita kerana semua itu adalah pelajaran buat kita. Begitu juga dengan ujian, ambillah pelajaran darinya, syukurilah tiap nikmat yang diberi dan koreksilah kelemahan diri agar diperbaiki. Mungkin dalam perjalanan pulang, kita bertemu dengan peminta-peminta sedekah, maka ringankanlah tangan untuk memberi, insyaAllah boleh meredakan hati kerana tiap apa yang Allah beri itu bukanlah untuk diri kita sendiri2. Jika diri banyak leka dari mengingatiNya maka kembalilah padaNya dengan tidak membiarkan waktu-waktu berlalu selain dari mengingatiNya, Dia sentiasa bersama kita cuma atas kita untuk terus kembali padaNya atau alpa dengan nikmat kurniaanNya (apapon semua miliknya,buatlah apapon,semuanya Dia yang beri). Jika pernah mengeluh, mohonlah ampun padaNya, kerana Dia Maha Pengampun dan jika menginginkan pendengar yang setia, adulah padaNya, Dia bukan sekadar mendengar malah memujuk kita jika kita benar-benar berserah padaNya.

Berserahlah pada Allah, bertawakkallah pada Dia insyaAllah akan ada jalan keluar bagi mereka yang bertawakkal dalam erti kata, menjadi hamba yang paling yakin dengan doa dan paling redha dengan ketentuanNya. Akhirnya, hayatilah, renungilah nasyid ini, moga bersama menjadi hamba yang bersyukur.

~just reach into your heart and Allah is always there~ you are never alone ~

dan Allahlah sebaik-baik penolong..

adulah, tangislah semahunya padaNya kerana Dia pendengar yang Maha Setia..

 
3 Comments

Posted by on May 30, 2009 in Sharing is caring

 

3 responses to “sabar and shukur

  1. atie~

    May 30, 2009 at 5:39 am

    🙂

    the song is cute

     
  2. (^0^)

    May 30, 2009 at 1:33 pm

    misstroberi said:

    waa…dlm taknak2 anta post pon blh tulih spanjang ni…syabas2

    jazakilah ataz perkongsian

     
  3. mizstrawberry

    May 31, 2009 at 10:01 pm

    salam.
    https://antaradua.wordpress.com/2009/01/20/erti-syukur/
    >sape tak prnh baca lagi, silakan baca
    >sape yg da baca, tapi nk baca skali lagi pn boleh🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: