RSS

kematian

15 Jun

Kematian. Hakikat itu cukup perit untuk ditelan. Namun, itu takdir Allah untuk saya dan kalian. Ini bukan kali pertama saya kehilangan seorang kawan. Masih teringat peristiwa pada tahun 1998. Saat rakyat Malaysia sedang sibuk menghayati acara-acara Sukan Komanwel ke-16 yang julung-julung kali diadakan di Malaysia, saya menerima satu panggilan telefon. Diringkaskan cerita, kawan saya Siti Munirah Samsudin telah pergi menemui Tuhannya. Katanya disebabkan serangan asthma.

Itu kawan saya sejak tadika. Saya sekelas dengannya sehingga Darjah 4. Lima tahun kami bersama, tak pernah saya bayangkan kematian akan memisahkan antara kami. Seingat saya itu kali pertama saya menerima berita kematian orang yang terdekat selain nenek yang meninggal ketika saya berumur 4 tahun (masih kecil, takde memory sangat). Terkejut hingga tak mampu berkata-kata. Hati kecil menafikan berita itu. Sehinggalah bermula sesi baru persekolahan pada tahun 1999 – Siti Munirah tiada lagi di kelas. Tiada lagi lukisan-lukisannya yang cantik dalam kelas Pendidikan Seni, tiada lagi cerpen-cerpennya yang panjang berjela dalam kelas Bahasa Melayu, tiada lagi suaranya bertanya guru dalam kelas Matematik. Tiada lagi sosok tubuh yang ‘comel’ itu berjalan-jalan di dalam kelas. Lama juga saya memujuk diri menerima kehilangan itu – hampir dua bulan.

Kali ini, sekali lagi saya dikejutkan dengan kematian. Seperti peristiwa lalu, ketika berita itu sampai ke corong telinga malam itu, hati saya berdoa supaya khabar itu silap. Namun, bila takdir Allah mendahului, tiada siapa yang dapat menghalang.

Menyorot kembali sirah Rasulullah SAW. Baginda juga diuji perkara yang sama. Anak yatim sejak lahir itu kehilangan ibu ketika berumur 6 tahun. Kematian datuk ketika 8 tahun. Malah pada Tahun ke-10 kenabian, 2 orang yang paling disayangi meninggalkan dunia yang fana ini – Saidatina Khadijah binti Kuwailid dan bapa saudaranya Abu Thalib. Sedangkan saat itu baginda sangat-sangat memerlukan sokongan mereka.

Bukankah Muhammad SAW itu kekasih-Nya? Maka, megapa diuji sedemikian rupa? Ya, tentu sebagai pengajaran kepada diri baginda, juga kepada umatnya yang mengaku pengikut baginda.

Kematian menyedarkan manusia bahawa dunia ini tiada apa-apa. Hanya sekadar ladang untuk bercucuk tanam. Hasilnya akan dapat dituai di akhirat sana. Itupun jika tanamannya baik, biji benihnya bermutu, tanahnya gembur, bajanya bagus serta tidak lupa disiram setiap hari. Kematian mengajar kita supaya tidak meletakkan dunia di hati. Kerana segala kelazatan di sini tidak kekal – bakal ditinggalkan ketika jasad dimasukkan ke dalam kubur. Kematian juga mengingatkan kita, manusia itu sifatnya lemah. Tidak mungkin sama sekali dapat menghalang perancangan Allah, walau betapa banyak harta yang dimiliki, walau betapa tinggi kedudukan dan pangkat, walau betapa mulia keturunannya di sisi manusia.

Pernah sekali seorang ukhti mengingatkan “ehna hena 3shan henaak” atau dalam bahasa melayunya, “kita berada di sini (dunia) untuk kembali ke sana (akhirat)” Ya, sering kita lupakan kehidupan di ‘sana’. Sehingga sanggup membuang-buang waktu di sini dengan maksiat kepada Allah.

Cukuplah mati itu sebagai peringatan, jadikan sebagai titik tolak untuk berubah ke arah yang lebih baik, menambah tekun dalam ibadah, sebelum sampai saat Izrail mencabut nyawa yang hanya pinjaman ini. Semoga menjadi hamba yang lebih taat. Demi kehidupan di ‘sana’ yang kekal abadi.

Astaghfirullahal azhim~

IMG_7508

Al-Fatihah untuk arwah, Doa untuk yang lain, semoga cepat sembuh, fizikal, mental, emosi dan spiritual.

>Untuk menyampaikan sumbangan kepda  pelajar yang terlibat dalam kemalangan 10 Jun lalu, sila rujuk entri sebelum ini.

 
2 Comments

Posted by on June 15, 2009 in Wheel of life

 

2 responses to “kematian

  1. along

    June 15, 2009 at 11:26 pm

    salam
    entri ini membuktikan bahwa ukhtiku ini kaya dgn perasaan..
    jazakillah utk perkongsian yg mmberi makna
    kehilangan itu sememangnya amat pedih tetapi manis kerana ia tanda Allah lebih sayang insan yg diambilNya
    dan Allah jua sayangkan kita, supaya kita tidak terlalu bergantung pd manusia dan banyakkan bergantung padaNya~muhasabah diri~
    pemergian Allahyarham Al-Fadhil Fathi Yakan dan Allahyarham Ammar sbg bukti perjuangan Islam bkn di tgn mereka tp kita semua perlu meneruskannya..

     
    • mizstrawberry

      June 16, 2009 at 7:10 pm

      along dearie~
      kadangkala perasaan itu tak terlafaz dengan kata-kata,
      juga tak diterjemah dengan butir-butir mutiara dari lacrimal gland ini

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: