RSS

Tinggalkan wasiat!

27 Jun

Assalamualaikum. Keif hal?

Alhamdulillah…. Laka asy-syukr Ya Rabb.😀

First equations.

Solat = Tiang agama

Agama = Islam

Islam = Hidup

Solat = Hidup

Tak solat = Tak hidup = Mati = Mayat hidup…?


Second equations.

Syirik = Menyekutukan Allah

Menyekutukan = Ada yang lebih utama dari Allah

Melengahkan solat = Mengutamakan kerja lain selain Allah

Mengutamakan kerja lain = CD, videos, games, books, worldly affairs.

Melengahkan solat = Syirik…?


Satu peringatan buat diri yang seringkali, banyak kali lupa.

Alkisah sebenar, nak berkongsi ‘10 wasiat Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna’. Memandangkan kami tak attach secara ‘permanent’ lagi wasiat ni pada blog ni. (nanti siapa-siapa rajin tolong attach, lekat pakai gam gajah kat blog ni ek…🙂 )

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Qur’an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fushah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syiar-syiar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.


Wasiat = Wajib ditunaikan selagi mana tidak dalam perkara kemungkaran.

(Saya tak berniat untuk menghukum dan memberikan hukum. Kalau salah tolong betulkan. Ini cuma cetusan minda. Dah lama tak buat equations semenjak ambil bidang bukan math ni. Ter’belajar’ buat equations dari ‘somebody’ pulak. Dah lama jugak tak menulis kat sini. Tengah panaskan enjin ni… sama-sama doakan.)

post scripture : AYUH,TINGKATKAN PRESTASI IMAN SAMA-SAMA!

05ANT-11152-icebergs

(Mahu iman sekeras ice berg yang boleh tenggelamkan Titanic, sama-sama tenggelamkan bahtera ‘kekufuran’ di muka bumi Allah)


 
1 Comment

Posted by on June 27, 2009 in Sharing is caring, Wheel of life

 

One response to “Tinggalkan wasiat!

  1. farawlah

    June 28, 2009 at 5:12 pm

    equations… again??
    kamu memang suka equations ye sekarang ni😀

    yes, sama2 tingkatkan prestasi!!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: