RSS

Mari Mengaut Keuntungan

30 Jun

Zaman ini kita lihat orang ramai sibuk berbisnes. Franchise nya, retail, wholesale, semua sibuk mempromosikan  produk masing-masing. Saya pernah juga menceburkan diri dalam MLM (Multi Level Marketing). Yang ‘upline’ sibuk me‘recruit’ orang ramai menjadi ‘downline’ mereka supaya nanti bila bilangan downlines bertambah maka bertambahlah income. Apa-apa jenis bisnes pun semua sibuk merayu pelanggan agar membeli produk atau menceburkan diri dalam perniagaan mereka, supaya sama-sama mendapat UNTUNG.

mencari perniagaan yang menguntungkan?
mencari perniagaan yang menguntungkan?

Saya bukanlah mahu mempromosikan MLM mahupun jenis perniagaan yang lain, tapi saya cuma terfikir alangkah baiknya jika kita mengajak orang lain kepada satu perniagaan yang jauh lebih baik daripada segala jenis bisnes yang terdapat di muka bumi. Sebuah perniagaan yang di ‘offer’ oleh Yang Maha Super Kaya di alam semesta.  Perniagaan yang bakal menjauhkan kita daripada kepanasan api neraka serta azab seksa yang maha dahsyat.

Firman Allah dalam surah As-Saff(terjemahannya): “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Modalnya semua sudah disediakan.  Allah berikan kita kehidupan kerana Dia mahukan kita berniaga. Ya, berniaga! Dia juga berikan kita kesihatan, akal fikiran, ilmu, rezeki dan banyak lagi yang telah kita dapat. Itu semua modalnya. Nah, sekarang semua sudah cukup. Apa yang perlu kita buat?

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah As-Soff:11)

Itu sajakah? Beriman kepadaNya juga RasulNya, membela dan menegakkan agamanya dengan harta dan diri. Nampak seperti  mudah dan sedikit pula permintaan Yang Maha Super Kaya ini. Tetapi mengapakah tidak ramai yang menceburkan diri dalam perniagaan seperti ini? Kerana ia tidak semudah yang disangka. Perlukan pengorbanan, perlu mengerah seluruh tubuh serta keringat. Hanya ahli perniagaan yang teguh iman serta keyakinannya sahaja yang mampu berjaya dalam arus perniagaan ini.

Mahukan ganjaran? Memang sudah dijanjikan. Yang Maha Super Kaya di alam semesta menjanjikan ganjaran yang tidak boleh ditandingi oleh dunia dan seisinya.

FirmanNya lagi: (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. (Surah As-Soff: 12)

Tak cukup lagi? Nah, ada lagi ganjaran lumayan.

“Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (Surah As-Soff: 13)

Wah! Memang lumayan sungguh ganjarannya. Tunggu apa lagi? Modal sudah dapat (sudahlah modal pun kita tak mampu sediakan sendiri, ganjaran pula sudah disediakan, MALU SUNGGUH!), kita cuma perlu bekerja sahaja. Sekarang, Mari bekerja. ilal amal!

 

 

 

ilal 3mal!!

ilal 3mal!!

 

Orang mukmin adalah ahli perniagaan, yang mengajak manusia kepada Allah. Setiap kata-katanya memberi manfaat kepada manusia. Mahukah kita terima tawaran hebat dari Allah ini? Sudah tentu! Tetapi jika kita tidak mahu melakukannya, ia sedikitpun tidak memudaratkan Allah. Jika kita lakukan apa yang disuruh sekalipun, juga  tidak memberi  manfaat kepada Allah. Kerana apa? Kerana kita yang perlukan Dia,  kita yang perlu kepada perniagaanNya, dan kita yang merindukan syurgaNya.

Mari kita singkap sejarah ahli perniagaan yang sudah Berjaya.

Saidina Abu Bakar As-siddiq. Pernah Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya,” Jika ditimbang iman Saidina Abu Bakr dengan sekalian ummat, nescaya berat lagi iman Saidina Abu Bakr”. Kerana apa?

Rasulullah s.a.w dengan sabdanya ” Islam tertegak di atas harta Khadijah r.a dan pengorbanan Saidina Abu bakr r.a.” Selepas keislaman Abu Bakr, beliau terus berdakwah dan dapat mengislamkan beberapa orang sahabat yang agung (As-Sabiqun Awwalun) termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Auf, Zubir AiAwwam Saad bin Waqqas dan ramai lagi. Bayangkanlah sahabat pada zaman Rasulullah walaupun di awal perlantikan Rasulullah sebagai Rasul, mereka hanya tahu kalimah “La ilaha illa Allah, Muhammad Rasulullah”, tetapi  kerana keimanan dan keyakinan mereka dengan kalimah tersebut, mereka terus sahaja bergerak menyebarkan Islam tanpa menunggu arahan.

Rasulullah s.a.w  pernah bersabda: “Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu”

Lihatlah, kerana itulah iman dan amalan para sahabat terdahulu berlipat ganda. Kerana amal mereka di dunia dahulu, pahala dan ganjaran yang tidak putus-putus sampai kepada mereka. Apabila kita menyampaikan sesuatu ilmu (yang memberi manfaat) kepada seseorang dan dia mengamalkannya, malah menyampaikan pula ilmu tersebut kepada orang lain, kita juga mendapat sahamnya.  Nabi-nabi dan pejuang Islam terdahulu menyebarkan Islam, kemudian perjuangan mereka disambung pula oleh orang-orang setelah mereka, hinggalah sampai kepada kita. Berapa ramai yang telah Islam pada hari ini kerana usaha dan amal mereka. Sekaligus menambah saham-saham mereka di akhirat berlipat ganda terus-menerus.

Bagaimana dengan kita? Dari kecil sudah banyak yang kita belajar. Rukun Islam 5 perkara. Rukun Iman 6 perkara dan bermacam-macam lagi. Yang bersekolah agama, ambil Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyah, Pendidikan Islam tetapi sejauh manakah kita mengimani semua itu? Sejauh manakah kita mengamalkan segala ilmu tersebut. Berapa banyakkah yang telah kita sampaikan kepada orang di sekeliling kita? Tepuk dada tanya Iman.

Jika hidup di dunia ini kita sanggup mengorbankan malam dan waktu rehat semata-mata untuk mengejar dunia, berjaya dalam bidang yang kita ceburi kerana dunia tanpa ada sedikit pun tenaga kita disumbangkan kepada Islam, maka rugilah kita.

Beruntunglah orang-orang yang rajin menggerakkan otot-otot mulut dan lidahnya, serta mengerah seluruh anggotanya untuk mengajak manusia kepada Allah.

2202887339_de8e17d0c8

Semoga kita tergolong dalam golongan ahli perniagaan berusaha mengumpulkan saham-saham akhirat  dan mendapat keuntungan di sana. Mari berlumba-lumba mengaut keuntungan!

Allahumma bariklana fi Rajab wa Syaa’ban, waballighna Ramadhan~

 
3 Comments

Posted by on June 30, 2009 in Sharing is caring, Wheel of life

 

3 responses to “Mari Mengaut Keuntungan

  1. egg satu

    July 5, 2009 at 8:03 am

    Isk isk isk… Peringatan yang bagus bagi yang tengah sibuk mencari dunia…

     
  2. MM

    July 5, 2009 at 4:28 pm

    btol,, pelaburan yg x pernah merugikan.

     
  3. jalan lurus

    July 11, 2009 at 9:01 pm

    nak..nak… thabatkan lah azam & iman ini!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: