RSS

Zaid bin Thabit

12 Jul

Lelaki itu sungguh hebat! Seawal umur 13 tahun sudah berkobar-kobar semangatnya untuk menyertai jihad fi sabilillah bersama para sahabat di medan Badar, sedang pedangnya sendiri lebih panjang dari ketinggiannya. Walau disuruh pulang oleh Rasulullah, semangatnya tetap utuh – mesti berjihad demi menegakkan Islam!

Lalu dikoreksi kemampuan diri. Maka, keistimewaannya ditemui. Berjihadlah beliau dengan menuntut ilmu. Bersungguh-sungguh. Hingga 17 surah dihafaz dengan sempurna. Apabila Rasulullah diberitakan tentang usaha beliau itu, baginda sangat gembira.

Penterjemah Rasul

Tentunya Rasulullah SAW  tidak senang apabila berada di kalangan orang-orang Yahudi yang bersembang sesama sendiri dalam bahasa Ibrani supaya isi-isi perbincangan tidak dapat baginda fahami. Oleh itu, Zaid dipilih untuk mempelajari Bahasa Ibrani. 15 hari berlalu, bahasa itu berjaya beliau kuasai. Bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Ibrani seperti bahasa sendiri. Beliau mula menulis surat dari Rasulullah kepada kaum Yahudi serta membaca surat yang ditulis oleh mereka untuk baginda.

Kemudian Zaid ditugaskan pula untuk mempelajari bahasa Suryani untuk memudahkan proses penyebaran Islam ke negara-negara bukan Arab. Maka, sekali lagi beliau menulis surat dari Rasulullah untuk raja-raja negara luar, menyeru mereka mentauhidkan Allah. Alangkah besarnya sumbangan mujahid ini kepada agamanya.

Penulis Wahyu

Lelaki paling muda yang diberi kepercayaan oleh Rasulullah untuk menulis wahyu ialah Zaid bin Thabit. Sedangkan waktu itu, pemuda-pemuda sebaya dengannya bersuka-suka di jalanan. Namun beliau memilih untuk dekat dengan Allah dan utusan-Nya.

Pengumpul Al-Quran

Pada zaman Rasulullah SAW, Al-Quran tidak ditulis dan dikumpul sebagai satu mushaf yang lengkap. Yang ada hanya tulisan-tulisan di atas pelepah-pelepah tamar, kulit-kulit haiwan dan tulang-tulang. Untuk memelihara Al-Quran dari hilang akibat syahidnya ramai huffaz dan qurra’ dalam peperangan, Khalifah Abu Bakar mengarahkan proses pengumpulan Al-Quran dimulakan seperti yang dicadangkan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Sekali lagi, Zaid bin Thabit telah diberi tugas penting yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Bukan mudah untuk mensabitkan sesuatu ayat Al-Quran. Betapa banyaknya pahala yang ditambah kepada timbangan amal soleh Zaid setiap kali umat Muhammad membaca mashaf Al-Quran.

Generasi yang dididik oleh Rasulullah SAW benar-benar mantap. Mereka memilih untuk menjadi mulia, maka kemuliaanlah yang mereka terima. Namun, pasti didahului dengan keazaman, pengorbanan dan kerja keras yang sudah tentu bukan mudah. Bangkitlah pemuda-pemudi! Pilihlah untuk menjadi mulia. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat sana.

 

2 responses to “Zaid bin Thabit

  1. niskala

    July 16, 2009 at 7:11 pm

    mashaallah,, hebatnya para sahabat dulu.. mmg mereka yg sepatutnya kte contohi,, T_T

     
  2. ayie318

    March 7, 2011 at 7:25 pm

    subhanallah …. alangkah indahnya hiup andai kemanisan iman dan islam dapt dihayati,,, insyallah

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: