RSS

Flashback

05 Aug

Assalamualaikum… keif hal?

Ya akhawati, aina antunna?

Kesian pelawat antaradua yang kebosanan tak ada entry baru. Saya, damadelunas, wakil authors of antaradua mohon maaf yang amat pada pelawat blog ni. Kata Imam asy-Syahid, al-wajibat akthar minal awqat (kewajipan yang ada lebih banyak daripada masa). Dan saya sendiri tercari-cari masa nak menaip, tercari-cari idea nak dikongsi. Mungkin ikhtiar tak cukup kot, sebab tu tak ada idea nak share.

Syaaban dah menjenguk. Tak lama lagi… insya-Allah Ramadhan datang menemui kita. Kalau di Mesir, fanus-ramadhan lanterns dah mula dijual. Kalau jenguk Maktabah ‘Ilam pun fanus kertas dan poster-poster untuk istiqbal Ramadhan pun dah ada.

c-documents-and-settings

Fanus yang memeriahkan lagi suasana malam menyambut Ramadhan

Sekadar berkongsi pengalaman yang lepas-lepas menyambut Ramadhan di Mesir. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar. Kali ni insya-Allah kali ke-3 (betul ke ni kira?) bakal menyambut Ramadhan di sini. Dan nikmat yang Allah bagi memang tak pernah putus.

Kalau tempat lain winter ada salji, kami di Mesir bersyukur sebab time winter la kami nak panjat Gunung Sinai/Thur Sina tu.

Kalau tempat lain summer pun, kami summer siap dengan ribut pasir lagi sampai payung pun patah dua.

Kalau tempat lain penumpang bas perlu ada tempat duduk masing-masing baru bas berjalan, kami dah biasa naik bas macam sardin tu. Sardin= kaki dah tak boleh bergerak walaupun seinci.

Kalau tempat lain ada segala internet laju sampai berlumba siapa boleh off/on ym dengan cepat, kami bersyukur kami antara golongan yang belajar dalam kelas komputer macam mana nak buat word dan powerpoint. Coz they assumed we know nothing about computer.

Kalau tempat lain boleh buat visa sampai ke tahun akhir belajar-sekali je jenguk office tu, kami bersyukur tiap-tiap tahun kena tahan segala sakit jantung, panas hati, burn kelas untuk buat visa.

Kalau tempat lain udaranya segar, pokoknya hijau, kami bersyukur dengan segala debu-debu yang kami sedut dan tahan mata tengok Sungai Nil yang kadang-kadang macam tempat pelupusan sampah.

Kalau orang lain jatuh cinta pada tempat mereka tinggal tu dengan segala kelebihan yang ada. Kami jatuh cinta dengan segala kelemahan yang wujud di Mesir ni.

Kami bersyukur kami tercampak ke tanah yang disebut dalam Surah Yusuf.

Kami bersyukur kerana di sinilah debu yang kami pijak, kami hirup satu ketika dulu debu yang sama nabi-nabi Allah hirup.

Kami bersyukur kerana, di tanah yang penuh ‘kuno’ pada pandangan orang lain ini tempat menuntut ilmu ramai ulama Islam. Tempat terasasnya pelbagai ilmu.

Kami bersyukur, kami antara yang menyahut seruan Allah, dan bermusafirlah di muka bumi untuk melihat kesan-kesan terdahulu. Tempat di mana seorang manusia ego mengaku dirinya sebagai Tuhan. Dan kami lihat sendiri kesannya di depan mata kami.

Kami bersyukur kerana tanah ini terlalu dekat dengan tanah yang diberkati Allah, cuma bersempadankan tembok hodoh 12 meter (eh, ke 12 kaki sebenarnya tinggi dia. Sila betulkan) Seolah-olah kami ternampak aura-aura, semangat mujahidin saudara kita di Palestin.

Kami bersyukur, setiap kali lalu di jalanan, ramai saja yang memberi salam seolah-olah kita kenal satu sama lain. Walhal, nama pun tak kenal, rupa pun tak pernah dilihat. Kalau ada barang jatuh, ada yang akan tolong kutip.

Kami bersyukur, setiap kali naik bas kami berpeluang mengucapkan salam semasa naik atau menjawab salam penumpang-penumpang lain yang sedang naik.

Kami bersyukur, tiap kali Ramadhan, masa dalam teksi atau bas, ada saja yang menghulurkan air dan tamar kut tingkap buat berbuka puasa.

Kami bersyukur, setiap hari ada saja maidah ar-rahman (makanan free) di tepi jalan sepanjang Ramadhan. Itu pun belum dikira jemputan makan di rumah keluarga Arab budiman.

Kami bersyukur, ada saja peluang kami untuk menunaikan solat tarawih dengan bacaan satu juzuk al-Quran setiap malam.

Kami bersyukur, bila 10 Ramadhan terakhir, masjid bagaikan taman syurga. Mengumpulkan segala manusia. Semuanya tunduk khusyuk mengabdikan diri. Sampai menitiskan air mata dengan setiap bacaan ayat al-Quran dan doa oleh imam. Daripada yang boleh berdiri sampailah yang ke berkerusi roda ingin merebut peluang iktikaf dan qiyamullail. Penuh sampai ke dalam taman, penuh sampai ke jalan manusia menunaikan qiyamullail.

Pintu untuk membuat kebajikan terbuka maha luas masa Ramadhan ni. Jom rebut peluang!

(oh my… baru sedar dah panjang yang amat entry ni😛 )

Dan banyak lagi nikmat Allah yang tak tertulis di sini. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

DSC00338

Nikmat Allah itu tak akan putus. Dan bersyukurlah wahai manusia. Di mana nafas dihela, di tanah mana pun kaki terpaku. Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah.

“Kalau kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan (nikmatNya) kepadamu…”

Allahumma ballighna Ramadhan.🙂

 
9 Comments

Posted by on August 5, 2009 in Sharing is caring, Wheel of life

 

9 responses to “Flashback

  1. kema

    August 5, 2009 at 11:48 pm

    Kalo ini dalam facebook aku akan tekan like

     
  2. mizstrawberry

    August 6, 2009 at 6:12 am

    jazakillah ya ukhti, raai3 jiddan!
    alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah🙂

     
    • damadelunas

      August 6, 2009 at 4:16 pm

      ameen…waiyyakum….
      haih~ memang jelas n terang la org tu tgh amik kelas arab…hikhik
      (heh….bt homework tu)

       
  3. raihana

    August 6, 2009 at 10:19 am

    Allahumma ballighna ramadhan…

     
  4. niskala

    August 7, 2009 at 3:50 pm

    alhamdulillah atas sgl nikmat

     
  5. biomphalarialexanderina

    August 7, 2009 at 5:08 pm

    salam akhwati habibati..

    terubat rindu kat antunna sme bila bce entry2 ni
    maaf sgt2 sebb xmmpu nk update sejak pulang bercuti…

    tq sebab tolong updatekan blog ni..

    mis farawlah jangn rindu sy selalu..

    jzkk atas perkongsian…

    allahumma balighna Ramadhan

    Doakan kami di Malaysia ni

     
  6. ukhtisodiq

    August 9, 2009 at 11:43 am

    assalamualaikum akhawati

    kalau orang jatuh hati dengan ke”sempoi”an isi blog seseorang, ana jatuh hati dengan usaha akhawat semua

    jzkk utk perkongsian yang bermanfaat
    rindu sgt akhawat mesir
    doakan kami di sini

     
  7. ekosulistio

    August 12, 2009 at 9:30 am

    makasih infonya,…. sangat membantu,.. tak tunggu kunjungan baliknya

     
  8. afifahazam

    August 19, 2009 at 12:11 pm

    akak^^ setuju,setuju,setuju!!

    rindu sangat sume2 kat egypt especially suasana ramadhan nye [yang ifah dapat rasa 7 hari je] dan akhawat sekalian

    hmmm~

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: