RSS

ketibaanmu ku nanti..

09 Aug

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilllah, sahabat-sahabat khususnya yang berada di luar Negara terutamanya di bahagian Hemisfera Utara semuanya sedang menikmati cuti musim panas. Mungkin ada antara kalian yang mengambil peluang mengisi cuti ini dengan “summer sem” pilihan bagi memendekkan lagi tempoh pengajian tetapi di Mesir, Alhamdulillah Allah bagi nikmat pada kita untuk menikmati cuti tanpa semester wajib yang perlu dilalui seperti sahabat-sahabat di Jordan.

kullu 'am waantum bikhair

Apabila Syaaban menjengah, pasti kalian semakin rindu pada kekasih agung, murabbi terulung kita; Rasulullah s.a.w. Bagindalah insan yang paling banyak berpuasa di bulan Syaaban sehinggakan sahabat-sahabat baginda mengumpamakan puasa baginda seperti tidak berbuka dan berbuka baginda seperti tidak berpuasa, hmm, macam mana tu? Begitulah sifat wasatiah (kesederhanaan) baginda dalam mengajar kita semua agar kita tidak terlalu merasakan bahawa ibadah ini terlalu berat tetapi tidak terlalu ringan. Berhikmahnya qudwah kita…

Kurang sebulan sahaja lagi kita akan menyambut bulan yang Allah sediakan untuk kita hambaNya bagi merebut peluang keemasan, peluang yang Allah gandakan pahala bagi tiap amalan. Ambillah peluang yang ada kerana barangkali Ramadhan ini bakal menjadi Ramadhan terakhir buat kita. Bersedialah secara fizikal, mental, emosi dan rohani bagi menyambut bulan barakah ini. Jika sebelum ini kita melakukan persediaan peperiksaan sedari awal bermulanya pengajian i.e September 2008 hinggalah menjelangnya peperiksaan iaitu pada Mei 2009, lebih kurang 8 bulan kita bersedia untuk peperiksaan di dunia, apalah salahnya kita membuat persediaan yang meriah dan penuh semangat juga bagi mengumpul markah untuk peperiksaan kita di akhirat nanti. Allah menyediakan Rejab dan Syaaban untuk kita bersedia menyambut Ramadhan. Oleh sebab itu, perlu kita manfaatkan 2 bulan ini supaya bulan Ramadhan nanti kita tidak sekadar tidur sepanjang hari yang hanya bangun untuk menunaikan solat, nasib baik bangun solat dek kerana terlalu letih lantaran tidak biasa berpuasa.

Sahabat, Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Allah mensyariatkan berpuasa juga bukanlah sia-sia. “Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa,”(Al-Baqarah :183). Ya, Allah menyuruh kita berpuasa supaya kita menjadi hambaNya yang bertaqwa, jika sudah bertaqwa, tingkatkan lagi taqwa itu, menjadi hamba yang tidak takut melainkan hanya kepada Allah s.w.t. Sama-sama kita muhasabah diri, selama kita hidup ini, Allah telah memberi pelbagai nikmat kepada kita tetapi apalah yang kita telah “beri” pada Allah. Allah nak beri rahmat Dia, Allah nak beri redha Dia tetapi adakah kita sentiasa berusaha ke arahNya? Kerana hidup ini tidak lain hanyalah mencari redha Allah taala dalam segenap perbuatan kita agar akhirnya nanti hembusnya nafas terakhir kita dalam redhaNya. Justeru, sama-sama kita berlumba ke arah kebaikan dan saling menasihati kerana Allah taala. Carilah redhaNya dalam segenap perkara. Ingatlah bahawa Dia sentiasa memerhatikan kita walau di mana kita berada dan apa yang kita lakukan. Usahlah biarkan tikar sejadahmu usang dek kerana sering ditinggalkan dan janganlah membiarkan ahli rumahmu kelaparan dek kerana tiada pekerjaan.

Menjelang Ramadhan yang bakal tiba, mungkin kita boleh melakukan beberapa perkara paling kurang supaya kita merasai meriahnya menyambut Ramadhan lebih daripada meriahnya kita merai kemenangan 1 Syawal, insyaAllah.

  • Menanti Ramadhan dengan penuh kegembiraan

 Menanti ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain sepanjang Ramadhan ini dengan baik dan diterima Allah swt.

  • Mengulangkaji semula ilmu tentang berpuasa

Meneliti semula rukun, syarat, sunnah, adab-adab dan hikmah-hikmah ibadah puasa supaya ibadah ini dapat dilakukan dengan sempurna.

  • Menguatkan azam

Menguatkan keazaman dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadah puasa sesempurna mungkin. Ramadhan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan, membersihkan diri dari segala noda dan dosa serta menghiasi diri dengan segala sifat yang mulia.

  • Memperbanyakkan doa

Memperbanyakkan berdoa kepada Allah swt agar  dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas, jujur dan tawadhu’.

  • Berazam menghapuskan adat kebiasaan

Berazam menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan denagn Islam seperti membazir dalam membeli juadah berbuka, lalai dengan aktiviti yang sia-sia dan sebagainya.

  • Meningkatkan kesungguhan amal secara berterusan

Bertekad supaya dapat menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang telah kita semai dan suburkan pada bulan Ramadhan supaya kita menjadi insan Rabbani bukan Ramadhani.

 f38

 

Sama-sama mengejar redha Allah.

“Kamu perlu mempunyai dua mata untuk melihat urusan duniamu tetapi kamu perlu mempunyai lebih daripada dua mata di hatimu untuk melihat urusan akhiratmu.”

 
Leave a comment

Posted by on August 9, 2009 in Sharing is caring

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: