RSS

Kata Orang, Masa Muda Cuma Sekali, so..jom kita enjoy….!!!

04 Sep

 Ramadhan  menjengah kembali seperti tahun-tahun sebelumnya. Sudah tiga tahun berturut-turut saya meraikan Ramadhan di Mesir  bersama-sama sahabat seperjuangan yang tercinta. Seronok sehingga tak terkata. Setiap tahun ada sahaja pengalaman baru yang kami rasa. Walaupun aktiviti nampak serupa, tapi semuanya mempunyai kelainan masing-masing.

Bermulanya Ramadhan, otak saya terus mengenang kembali memori Ramadhan di sana. Memang boleh focus seratus-peratus beribadat. Tiada sesiapa pun yang ganggu. Malah rakan-rakan saling memberi semangat untuk memantapkan ibadat.

Lain pula ceritanya di Malaysia. Saya kira, saya masih boleh istiqamah dengan apa yang biasa saya buat ketika di Mesir. Oh, rupa-rupanya sangkaan ini meleset sama sekali. Banyak betul dugaannya. Mulanya, hati ini sedih tak terkira. Kalau ikutkan perasaan, nak saja saya terbang ke Mesir saat itu juga.

Namun, apa yang berlaku ada hikmahnya.  Setelah berRamadhan beberapa hari di sini, barulah saya sedar yang sebenarnya inilah masanya Allah uji saya dengan apa yang telah saya dapat selama ini. Sekarang inilah masanya untuk Allah uji kuat atau tidak iman saya. Yelah, masakan saya boleh katakan iman saya kuat semata-mata sebab saya berjaya iktikaf di masjid, bertadarus tanpa henti, dan beribadat sunat yang lain sedangkan saya tidak sedikit pun menghadapi apa-apa gangguan dan godaan.

Nah, bila pulang ke Malaysia, saya rasa terpukul sekali. Rupa-rupanya masa yang saya ada bukanlah untuk diri ini seorang. Ada orang lain yang berhak ke atasnya. Hakikatnya, saya kena kongsi kehidupan ini dengan orang lain terutamanya keluarga. Itu belum lagi cerita pasal soal kalah melawan hawa nafsu..

Kalau dulu, saya bebas keluar beriktikaf di masjid, tapi kini tidak lagi. Kalau dulu makanan berbuka dan sahur ala kadar sahaja, tapi kini kena masak sedap-sedap terutama untuk adik-adik yang baru belajar puasa. Kalau dulu, boleh bertadarus berterusan, tapi kini kena pula menyemak bacaan keluarga, adik-adik dan sebagainya. Kalau dulu, masa lapang digunakan untuk membaca, kini, giliran saya pula bercerita. Cuba bayangkan, takkanlah saya nak sibuk beribadat seorang diri, sedangkan adik-adik masih butuh tunjuk ajar dan sokongan kakak mereka yang seorang ini. Kalau dibiarkan sahaja, alamat melekatlah mereka di hadapan TV yang sentiasa menggoda itu. Saya yang kononnya sudah merasai tarbiyah Ramadhan di  Mesir pun boleh kalah dengan makhluk TV itu, inikan pula mereka. Betul tak?.

pause_for_a_while_by_airyh

Memang saya kena betul-betul bermujahadah  di sini jika ingin memastikan kualiti Ramadhan kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya hanya mengharapkan bekal yang dibawa dari Mesir untuk membantu diri yang lemah ini. Bukankah celaka bagi muslim yang mana hari ini lebih teruk dari hari sebelumnya? Astaghfirullahalazim…

Selepas ini, saya hanya punya dua tiga kali sahaja peluang untuk berRamahan di Mesir. Saya berazam takkan lepaskan peluang tarbiyah ini begitu sahaja. Tumpang masih belum dibebani dengan apa-apa tanggungjawab, ditambah pula dengan nikmat umur dan kesihatan, saya mesti guna peluang itu sepenuhnya untuk menambah bekal di akhirat kelak. Tarawih, iktikaf, tadarus,amalan nawafil, sedekah, dan sebagainya perlu dimaksimakan sebaik mungkin. Nanti, apabila pulang ke Malaysia, saya confirm akan melalui apa yang saya lalui sekarang. So, kenalah betul-betul bersedia. Memang ini hakikat kehidupan saya. Takkanlah  selamanya saya duduk di Mesir… suatu hari nanti saya pasti pulang jua..dan ketika itu, pasti saya akan  menyesali andai saya tidak menghargai peluang beribadat di Mesir semaksima mungkin.

Kata orang, masa muda cuma sekali, so jom kita enjoy beribadah!!!!

 
2 Comments

Posted by on September 4, 2009 in Sharing is caring

 

2 responses to “Kata Orang, Masa Muda Cuma Sekali, so..jom kita enjoy….!!!

  1. raihana

    September 4, 2009 at 6:10 pm

    rabuna yukowiki ya ukht

     
  2. raihana

    September 4, 2009 at 6:25 pm

    seorang muslim itu ibarat benih yang bila dicampakkan ke mana sahaja akan tetap tumbuh subur. Ia yg memberi taksir (kesan) pada manusia kelilingnya, bukan dia yg terkesan dan hayut dgn persekitarannya

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: