RSS

RAMADHAN MADRASAH TARBIYAH

04 Sep

 

937567373l

Ini merupakan kali pertama saya menyambut Ramadhan di Malaysia setelah 3 tahun menyambutnya di Mesir. Fuh…mencabar betul. Kenapa?.Sebab Ramadhan di Malaysia jaaaauuuuuh berbeza berbanding Mesir. Banyak betul dugaannya. Dengan rancangan TV yang pelbagai, makanan yang beraneka macam, karenah adik-adik yang meragam…aduih, semua itu bisa menghancurkan semangat Ramadhan ini andai tak di ‘handle’ dengan betul.Semua pun tahu yang Ramadhan di Mesir memang betul-betul menyediakan madrasah tarbiyah yang terbaik untuk kita. Ia betul-betul membantu memantapkan rohani dan jasmani kita.

Bahasa mudahnya, ‘basah betul’. Saat ini, memang saya betul-betul rindukan madrasah Ramadhan di sana. Rindu teramat sangat…

Masakan tidak, tiap kali solat di masjidnya, tak sah kalau tak mengalir air mata, tak sah kalau tak basah sejadah…walaupun dulu-dulu tak faham sangat bahasa arab, tapi tetap terasa zuq di hati tatkala mendengar imam sayu membaca surah serta doa qunut yang panjang berjela-jela..

Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar  makmum teresak-esak mengaminkan bacaan imam dan sangat bersungguh-sungguh beribadat. Saya jamin, sesiapa yang tak faham maksud ayat quran yang dibaca pun akan turut terasa keharuannya. Biarpun imam menghabiskan bacaan sejuzuk semalam, rasa letih langsung tiada!

Paling yang tak dapat saya lupakan, tahun lepas pada malam terakhir Ramadhan, saya berkesempatan beriktikaf di Masjid Amru. Setelah habis solat tahajud, kami pun sahur sementara menanti waktu subuh tiba. Tiba-tiba saya terpandang sekumpulan kakak-kakak arab yang sangat khusyuk berdoa sambil menangis teresak-esak…memang saya kelu melihat mereka. Subhanallah!!! tak pernah dalam hidup ini saya melihat orang yang sangat-sangat sedih melihat berlalunya Ramadhan. Mereka menangis seolah-olah itulah Ramadhan terakhir buat mereka, seolah-olah itulah malam terakhir untuk mereka bertaubat sungguh-sungguh kepadaNya, seolah-olah itulah saat terakhir mereka berjumpaNya. Mereka mengajar saya apa itu nilai sebenar Ramadhan. Ya Allah,  sangat berharganya RamadhanMu  buat kami, namun kami tak menyedari pun selama ini.

 Ya, hanya orang mengetahui nilai Ramadhan sahaja yang akan bersungguh-sungguh menangisi pemergiannya.

Berlainan pula di Malaysia, rata-rata sangat tak sabar menunggu Ramadhan berlalu. Penat berpuasalah katakan. Malam-malam terakhir ramadhan sungguh ‘indah’ dihiasi dengan gelak ketawa sanak saudara. Ada yang main mercun dan bunga api…ada yang sibuk buat kuih, ada yang busy shopping last minute dan sebagainya…mereka seolah-oalah meraikan tamatnya segala penat lelah berpuasa, bertarawikh, bertadarus sepanjang sebulan…ya, tak dapat saya nafikan itulah saya suatu ketika dahulu…isk3..

Alhamdulillah…banyak hikmahnya Allah hantar saya ke Mesir. Banyak nikmat dan hakikat kehidupan saya belajar di sana. Tak sama rasanya jika ditarbiyah dengan lisan berbanding ditarbiyah dengan biah solehah(persekitaran yang baik). Bukan tak pernah dengar ceramah pasal Ramadhan sebelum ini. Bukannya saya tak tahu betapa banyaknya nikmat yang Allah sediakan sepanjang Ramadhan. Masalahnya cuma satu, saya tak pernah merasainya sendiri sebelum ini. Mungkin juga kerana saya sendiri tak pernah cuba mencarinya. Hatta nak ceritakan kat post  ni pun saya tak tahu nak mula dan akhirkan di mana. Sungguh hebat sekali Ramadhan di sana. Dunia seakan berubah 180 darjah!. Anda  perlu merasainya sendiri.

Andai anda semua diberi peluang merasai Ramadhan di Mesir, (khususnya junior-junior yang bakal tiba minggu depan) janganlah lepaskan peluang merasai madrasah Ramadhan ini. Rebutlah peluang iktikaf, bersedekah, solat tarawikh,tadarus dan sebagainya di sana. Sangat-sangatlah beruntung bagi mereka yang betul merasainya dengan hati sendiri. Saya yakin ia akan memberi kesan yang mendalam diri masing-masing dan menjadi kenangan terindah dalam hidup anda. Ketahuilah, andalah orang yang paling rugi andai diberi peluang berRamadhan di Mesir tetapi mensia-siakan peluang itu begitu sahaja.

Yeah!!! Mari hidupkan semangat Ramadhan!!!

Wahai orang-orang yang beriman! Difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardhukan ke atas umat sebelum kamu supaya kamu bertaqwa”  -Al Baqarah 183

 
1 Comment

Posted by on September 4, 2009 in Sharing is caring

 

One response to “RAMADHAN MADRASAH TARBIYAH

  1. mizstrawberry

    September 5, 2009 at 6:37 pm

    Hurm.. i felt the same too,
    but bagus jgk kalau kita yg berusaha wujudkan biah yang baik tu di Malaysia,
    yes, it’s easier said than done,
    tapi klu terlaksana alangkah berbahagianya umat Islam di Malaysia ini🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: