RSS

3 jam di Masjid Rab’ah

09 Oct

Tahun 4 di Cairo University bermula dengan Forensic Medicine. Hari ini lecture berkisar tentang death, diagnosis of death, sudden death dan car accidents. Menarik! Terasa dekatnya sang doktor ini dengan alam yang satu lagi. Lantas teringatkan memori di Masjid Rab’ah di bulan Ramadhan lalu.

Niat di hati ingin solat zuhur dan berehat sebentar sebelum ke temu janji yang dirancang. Namun Allah bagi rehat yang bukan sia-sia. Tatkala kaki menapak anak-anak tangga ke musolla sayyidat, mata disajikan dengan wanita-wanita yang turun dengan mata merah dan berair. Macam dah boleh jangka sesuatu. Sebab masjid ni memang selalu solatkan jenazah sebab letaknya sangat hampir dengan Hospital Rab’ah. Biasa saje, tak rasa ape-ape, sekadar mendoakan si mati.

Gambar hiasan. Masjid Al-Azhar

 Terus ke atas, berwudhuk dan bersolat. Sejurus selesai, ada pengumuman untuk bersama-sama solatkan jenazah yang baru tiba. Dapat lihat ahli keluarga dan sanak saudara jenazah. Lain sikit gaya dan pembawakannya. Teka-teka, latar belakang mereka macam orang berada, yang sangat berada. Kalau yang first tadi, rakyat biasa saje rasanye. Hmm, siapa sahaja pasti akan kembali padaNya, miskin papa, sederhana, atau kaya-raya.

Usai solat, mata dipanjangkan ke bawah untuk melihat jenazah. Ooo, camni rupanye…. tanpa dipinta, terus terbayang kalau jenazah itu SAYA: Masa malaikat Izrael on duty tu, saya tengah buat apa ye? kalau tengah baca Al-Quran, alhamdulillah. Tapi kalau tengah minum-minum teh, risau juga. Lagi-lagi kalau tengah buat ketupat, nauzubillah. Ya Allah, matikan kami dalam husnul khotimah.

Kemudian, fikiran melayang ke Malaysia, kalau jenazah itu IBU ATAU AYAHKU: Hati dah rasa lain. Hendaknya bila tak pulang ke Malaysia cuti ini. Yang berlegar di fikiran, banyak lagi yang  nak dihadiahkan untuk ayah dan ibu. Bertimbun lagi dosa yang belum sungguh-sungguh diminta ampun. Tidak terkira lagi hak-hak ibu dan ayah yang belum tertunai….. atau dilambat-lambat untuk ditunaikan. Terus tekad, malam ni nak telefon Malaysia. Terus berazam nak jadi Qurratul ‘Ain yang sebenar-benarnya. Ya Allah, jadikan kami anak yang membawa ayah ibunya ke syurga, dan kami pohon agar khilaf diri tidak menyulitkan hisab mereka bila tiba masanya.

Wajah lain pula melambai-lambai. Kalau jenazah itu UKHTI yang disayangi: redhakah dia dengan ukhtinya yang satu ini? Hutang dengannya dah selesai ke? Tanggungjawab ukhuwwah tu dah ditanggung dan dijawab dengan baik ke? Mampukah terealisasi bual-bual indah ingin bertemu semula di syurga? Bukan syurga itu yang diragui, tapi iman dan amal sendiri yang tidak diyakini. Kalau ukhti sudah pergi, tsabat ke dengan jalan ini bila tiada yang menemani? Ya Allah, jadikan kami saudara yang dikenali semuanya bertemu dan berpisah keranaMu, yang bakal mendapat naunganMu tatkala tiada naungan lain selain naunganMu.

Agenda asal diteruskan. Melelapkan mata sejenak dua. Bila alarm clock berbunyi, time’s up! Perlu bangun dan bergerak. Dan…………Allah hadirkan satu lagi peringatan. Kali ini jenazahnya agak kecil. Kanak-kanak mungkin. Tapi tak sempat nak solatkan sekali, kerana mau’id  (temu janji) menghampiri waktu. Terlintas di hati, kalau  jenazah itu ANAK si permata hati: sanggup ke berpisah kalau baru bergelak ketawa setahun dua? Dididik ke anak tu mengenal Allah sebelum mengenal Sponge Bob dan Patrick? Cukup ke diri ni jadi Qudwah, ke macam ketam ajar anaknya berjalan betul? Mampu ke jadi seperti ibu-ibu di Palestin yang melahirkan anak untuk syahid di jalan Allah? Ya Allah, kurniakan kami zuriat soleh penyejuk mata, penenang hati, yang pergi berjumpaMu dengan darah syuhada’.

3 jam di Masjid Rab’ah, 3 kematian, berbeza umur, jantina dan latar belakang. Pemandangan yang bukan selalu dapat dikecap di depan mata. Peluang rehat yang lain dari yang biasa. Harapnya,bila dah jadi doktor, hati tak ignorance pada mayat dan mati, sehingga lupa ambil ibrah dan iktibar, dan lupa untuk buat persediaan diri sendiri. “Sudden death is unexpected death. No, we always have to expect death!”, as the doctor said.

Pernah terbaca. seseorang bertanya, kalau dah ditimpa calamity yang rasa macam ‘it’s the end of the world’, boleh ke minta mati? No, tapi ada alternatif. Doanya, Ya Allah, hidupkan aku selagi mana hidup itu baik untukku, dan matikan aku apabila mati itu lebih baik untukku.We never knew what’s best for us.

Moga kita semua pergi dalam ketaatan padaNya…ingin berkongsi doa dengan pembaca semua, Allhumma inna na’uuzubika min assalbi ba’dal ‘atho’. (Ya Allah, kami berlindung daripada ditarik balik selepas  pemberian dari-Mu). Especially, pasca ramadhan ini, sukar benar rasanya nak mantain momentum ibadah. Ayuh giatkan lagi doa, kerana bimbang, nikmat  itu ditarik semula dan takkan kembali lagi. kerana yang pasti, kita juga akan kembali ke sana, bertemu dengan Yang Maha Esa.  To live playfully or to die peacefully, YOU CHOOSE.

 

 

 
5 Comments

Posted by on October 9, 2009 in Sharing is caring, Wheel of life

 

5 responses to “3 jam di Masjid Rab’ah

  1. niskala

    October 10, 2009 at 9:03 pm

    jazakillah.. Mati mmg peringatan terbaik.

     
  2. mizstrawberry

    October 11, 2009 at 7:15 am

    اللهم انا نعوذبك من السلب بعد العطاء
    jazakillah ukhti… sbb tlg bersihkan sawang2
    n sapu sampah2 kat rumah antaradua ni😀

     
  3. kua kua kua

    October 24, 2009 at 12:02 am

    bagus la writing..

     
  4. susila

    December 6, 2009 at 6:17 pm

    sdg bercuti, & teringt blog korg.🙂 suke bc2 blk entry kat sini…rs sgt dkt dgn akhwt yg dirindui.
    masjid rab’ah mmg istimewa, kan?
    ada a certain air abt it yg x selalu kt jmp…
    (selain tandasnye yg bersih2 je biasanye ;>)
    tp yg lbh istimewa…bila hati kt msh diberi peluang oleh-Nya, utk mengutip pengajaran dari putaran kehidupan dan babak2 di dalamnya, sama ada org yg kt jmp, atau peristiwa yg berlaku pd kt, atau malah peristiwa yg berlaku pd org lain.
    v.thankful He let us get to know each other, sbb melalui antunna hati ini byk tersentuh🙂 teruskan menulis, rbbna yuwaffaqkunna!🙂
    (ni la kesannye slalu jd silent reader, sekali komen…huuu~ ;>)

     
  5. mizstrawberry

    December 8, 2009 at 11:47 pm

    takpe ukhti, nk komen panjang lg pn takpe..:D

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: