RSS

Life is a ‘Duty’

26 Oct

life-is-a-duty

Alhamdulillah… semua kru Antara Dua diberikan keizinan oleh Allah untuk kami menghadirkan diri di DMAK pada tarikh 25/10/2009 pada jam 7.30 malam hingga ke tamat majlis.

Majlis yang kalau dilihat pada permukaannya sekadar ‘ceramah’. Namun, hanya jauhari mengenal manikam. Bagi kami semua, majlis yang dilihat ‘biasa-biasa’, yang tidak semua manusia berpeluang untuk menghadirkan diri itu, adalah satu taman daripada taman-taman syurga.

It was related on the authority of Abu Hurairah, radiyallahu ‘anhu, that the Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam, said:

“Whosoever relieves from a believer some grief pertaining to this world, Allah will relieve from him some grief pertaining to the Hereafter. Whosoever alleviates the difficulties of a needy person who cannot pay his debt, Allah will alleviate his difficulties in both this world and the Hereafter. Whosoever conceals the faults of a Muslim, Allah will conceal his faults in this world and the Hereafter. Allah will aid a servant (of His) so long as the servant aids his brother. Whosoever follows a path to seek knowledge therein, Allah will make easy for him a path to Paradise. No people gather together in one of the houses of Allah, reciting the Book of Allah and studying it among themselves, except that tranquility descends upon them, mercy covers them, the angels surround them, and Allah makes mention of them amongst those who are in His presence. Whosoever is slowed down by his deeds will not be hastened forward by his lineage.” (Muslim)

Memetik kata-kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah, ilmu kalau dikongsikan makin bertambah. Jadi, kami ingin berkongsi beberapa pesanan ayahanda Ustaz Fauzi bin Asmuni yang disampaikan pada mereka yang hadir. Secara jujurnya, siapa yang mendengarnya dari lisan penyampainya ternyata lebih menusuk ke hati, membuka minda, melapangkan jiwa. Namun, daripada disimpan buat pekasam, lebih baik kalau ditulis di ‘daerah kecil’ kami ini. Boleh kami abadikan sebagai kenangan untuk masa akan datang, boleh kami jadikan peringatan buat diri yang selalu lupa, boleh juga kami jadikan panduan untuk menghadapi realiti dunia yang semakin tua.

Perkongsian yang tertulis pada banner cantik- Peranan Mahasiswa dan Mahasiswi Di Tanah Air, Antara Realiti dan Cabaran.

Subhanallah… semasa saya sendiri mendengar tajuk ‘talk’ ini, segala neuron, axons yang ada dalam otak ni dah jadi macam Perang Armageddon. Ketika itulah, barulah saya rasa yang saya sendiri tak jelas, apa yang saya patut buat bila saya dah balik Malaysia nanti. Setakat nak jadi consultant dalam hospital kerajaan/swasta, ulang alik hospital tiap-tiap hari?Ataupun kalau nak maju sikit, sambung belajar, hidup macam sekarang ni, ulang alik pergi kelas? Kalau dah ada keluarga sendiri, masak, jaga anak, hantar anak pergi sekolah, nurseri tiap-tiap hari? Ataupun, jaga mak ayah, adik beradik… dan seterusnya tiap-tiap hari tanpa mengambil kisah apa yang berlaku di sekeliling saya. Que sera sera. Itu sajakah hidup saya? Statiknya!😦

Niat

Para Salafussoleh pernah berpesan, setiap amalan yang besar itu boleh menjadi kecil kerana niat dan setiap amalan yang kecil itu boleh menjadi besar kerana niatnya. Kalau kami ketika mendengar, dinasihatkan untuk memperbaharui niat, maka yang membaca dan menaip ini juga diseru agar memperbaharui niat. Ikhlas Lillahi Taala.

Matlamat

Matlamat hidup seorang muslim mukmin itu sangat besar. Matlamat kita semua adalah mencari keredhaan Allah, menjadi penghuni syurga tertinggi, Jannatul Firdausi al-‘Ala.

Contohnya, Rasulullah sendiri mempunyai matlamat yang sangat besar, mentargetkan kejatuhan Rom yang pada ketika itu satu kuasa besar dunia.

Namun, adalah cara hidup kita selama ini menunjukkan ciri-ciri itu?

Sejarah

Those who don’t learn history are doomed to repeat it.

Beberapa fakta sejarah.

1-Islam masuk ke Tanah Melayu pada kurun ke-7 kerana ketika itu, Islam juga telah memasuki Tanah Besar China dan India.

2-Islam telah menaiktarafkan Bahasa Melayu yang pada ketika itu ‘bahasa kelas ketiga’ sebagai lingua franca. Tapi, di mana kedudukan Bahasa Melayu kini?

3-Tanah Melayu mempunyai hubungan yang amat baik dengan Khilafah Islamiyah pada ketika itu. Terdapat surat dari Khilafah Utmaniyyah yang diutuskan pada Sultan Melaka dalam Bahasa Melayu. Malah, Kerajaan Melaka turut meminta izin daripada Khilafah Uthmaniyyah untuk menggunakan gelaran ‘sultan’, yang pada masa itu digunakan oleh Khilafah Uthmaniyyah.

4-Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu merupakan negara yang mengamalkan hukum Syariah Islam sepenuhnya dalam negara. Bukan sekadar di negeri Melaka, malah di negeri Pahang, Terengganu. Setelah penjajahan British, undang-undang Tanah Melayu ‘direvamp‘ sepenuhnya mengikut acuan mereka.

5-Negara Islam adalah negara yang diberkati Allah. Itu satu kenyataan yang perlu diakui. Hasil bumi di negara-negara Islam yang amat banyak dan mendatangkan keuntungan lumayan, sangat dicemburui oleh penjajah. Namun, usaha penjajah telah merencatkan kemajuan orang Melayu, Islam secara khususnya dengan kemasukan imigran dari China dan India secara beramai-ramai. Orang-orang Cina ditempatkan di bandar dan diberi kemudahan prasarana yang amat banyak untuk memajukan mereka. Begitu juga dengan orang India yang ditempatkan di estet. Secara halusnya penjajah cuba menyekat kemajuan orang Islam ketika itu.

6-Propaganda Zionis dan Barat turut dijalankan secara ‘senyap’ dalam Perlembagaan 1957, yang merupakan syarat kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Pada hakikatnya, Perlembagaan 1957 itu cuma topeng kepada projek Malayan Union yang telah digagalkan.

7-Orang Melayu telah dilatih agar terus ‘redha’ dan diajar oleh penjajah agar tidak ‘melawan’. Dengan ini, orang Islam terus dibuai mimpi bahawa ini sudah takdir mereka.

8-Pemisahan Singapura dari Malaysia merupakan satu strategi untuk ‘melenyapkan’ tanah orang Melayu.

9-Sebelum 1970, tiada pelajar yang dihantar ke luar negara selain daripada jurusan Undang-undang. Ini salah satu taktik penjajah untuk memastikan Undang-undang Sivil yang direka oleh tangan-tangan mereka berada di tempat teratas. Undang-undang Syariah yang selama ini diamalkan secara mutlak, sehingga kini ‘dianaktirikan’.

Hakikat

Hakikat itu pahit. Namun, manusia yang masih dalam lena tidak menyedari kepahitan itu.

Berapa ramai yang sedar tentang hakikat ketuanan Islam yang pernah menaungi dua pertiga dunia di zaman kegemilangannya? Siapakah yang tidak bercita-cita melihat kembali kegemilangan itu?

Sebagai Mukmin yang berjiwa besar, sepatutnya kita lebih-lebih lagi mengimpikan tanah-tanah yang hilang tanpa sedar itu dicantumkan kembali di bawah satu pemerintahan Islam.

Berapa ramai yang sedar, bahawa ummah tidak sedar yang mereka sebenarnya sedang tidur? Sedangkan musuh-musuh Allah terus bekerja keras menghapuskan ‘Islam’ di muka bumi.

Siapa yang perlu membangkitkan ummah yang sedang tidur ini? Menghapuskan virus-virus liberalisme dalam masyarakat kini?

Peranan

Inilah yang perlu dilakukan oleh mereka yang faham. Membangunkan kembali masyarakat yang sedang lena ini. Dalam cara yang pelbagai. Gunakan segala potensi yang ada dalam diri kita untuk menegakkan kembali ketuanan Islam di muka bumi ini. Kalau ulama-ulama zaman dulu boleh, takkanlah kita yang dipenuhi segala kenikmatan, kemajuan zaman moden tak boleh kan?

My companions are like stars, whoever of them you follow, you will be rightly guided.

Sahabat Rasulullah disifatkan sebagai bintang-bintang yang berbeza. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ada yang ditugaskan sebagai duta, ada yang ditugaskan sebagai penulis wahyu dan macam-macam lagi. Namun, mereka semua mempunyai satu sifat yang sama, iaitu menggunakan segala potensi yang ada dalam diri untuk menyebarkan Islam.

Kuasai bidang yang dipelajari. Walau dalam bidang apa sekalipun, kalau astronomi, cubalah contohi Al-Battani. Kalau bidang matematik, al-Khwarizmi boleh anda jadikan contoh, untuk bidang perubatan lagilah, daripada Ibnu Sina sampai ke Ar-Razi.

Kalau anda seorang doktor(peringatan untuk saya juga), yang diberi kepercayaan penuh oleh masyarakat, gunakanlah peluang yang ada untuk menjelaskan bahawa ISLAM itu penawar terbaik segala masalah ummat pada masa kini. Bahkan, kalau mampu, hasilkan segala ubat-ubatan yang lebih berkualiti, dan murah untuk menyaingi ubat-ubatan yang keseluruhannya dimonopoli oleh non-muslims.

Dakwah

Dakwah dengan qudwah-ikutan yang baik.

Dakwah dengan akhlak yang mulia.

Dakwah dengan lemah lembut.

Dakwah dengan penuh berhikmah.

Dakwah dengan bersungguh-sungguh dan berterusan.

Dakwah dengan kesabaran.

Jalan yang panjang

Sebagaimana panjangnya perancangan dan konspirasi Zionis, maka panjang jugalah jalan untuk kita menghapuskannya. Maka, persiapkanlah diri anda dengan sebaik-baik persiapan. Kelengkapan ilmu, iman, taqwa, sabar, ikhlas perlu disediakan secukupnya.

Life is a duty

Penduduk Gaza boleh dijadikan role model sebagai ummah perjuangan yang sebenar-benarnya. Biarpun ditekan oleh satu dunia. Biarpun dibom, kelaparan, hidup dalam serba kekurangan. Mereka tak pernah berputus asa. Bahkan mereka meyakini bahawa janji Allah itu benar.

Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengubah masyarakat di tanah air kita agar menjadi sekental masyarakat Gaza?

Masih mahu menunding jari pada orang lain?

Sedarilah… saat kita menunding jari pada orang lain, empat jari lagi menghala ke arah kita.

Hayya ‘ilal ‘amal.

Ini cuma sebahagian yang masih lagi melekat dalam otak saya. Kalau ada video talk ini, insya-Allah saya kongsikan dengan anda. Terima kasih kerana sudi membaca hingga akhir.😀

p/s: Saya masih menunggu ringkasan kelas sirah.😀

 
Leave a comment

Posted by on October 26, 2009 in Sharing is caring, Wheel of life

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: