RSS

antara dua

16 Nov

Antara dua peristiwa, antara dua fenomena, antara dua realiti.

Kemenangan besar Mesir ke atas Algeria dalam perlawanan bola sepak kelayakan ke Piala Dunia 2010 sabtu lalu terus menjadi bualan. Tapi di sini, bukanlah kemenangan itu yang ingin dibincangkan, bukanlah juga kehebatan pasukan Mesir yang ingin dicanangkan, bukanlah jua kecorotan pasukan Malaysia yang ingin dibandingkan.

0973a9c1561f2cee
the aim

Jujurnya, sesiapa sahaja yang berada di tanah Islam bukaan Amru Al-As  ini pasti berbangga dengan kemenangan tempoh hari. Walaupun kita hanya musafir sementara. Kerana sense of belonging itu tetap ada. Dan kerana sense of belonging itulah rasa sedih juga menerpa apabila melihat galaknya rakyat Mesir meraikan kemenangan mereka. Jalan raya sesak.  ‘Eh, macam tak biasa pulak tengok jalan sesak kat Mesir ni’.

Tidak, kali ini jalan sesak kerana pemuda-pemudi harapan agama bersorak dan berteriak di     tengah-tengah jalan. Lelaki, wanita penjana produktiviti negara menari dan bergelek di atas lori. Syabab dan fatayaat penyambung risalah berkejar dari satu gerabak ke gerabak metro meniup trumpet dan bersiul. seolah-olah segenap organ, nerve and muscle bersatu dalam jasad untuk meraikan jaringan masa kecederaan Emad Moteab. Bunyi gendang, siulan, tiupan wisel, lagu rancak memenuhi setiap inci perjalanan. Manusia yang sebaik-baik ciptaan ini sedang leka dan tenggelam dalam keseronokan yang tiada batas.  Lupa segala-galanya. Malu rasanya pada pokok, batu dan kucing yang sentiasa bertasbih memuji kebesaran Allah.

“Mesti Rasulullah saw sedih kalau tengok…” ungkap seorang ukhti. Hati tersentak!

Kerana pagi itu, Sirah ‘Ala Khuttol Habib baru sahaja menghidangkan jerih perih perjalanan Rasulullah saw dan Abu Bakr ke Madinah Munawwarah. Telinga baru sahaja didendangkan dengan ucapan sayu Rasulullah kepada tanah kelahiran Baginda sebelum berhijrah.  Mata baru sahaja diperlihatkan dengan lokasi sebenar Gua Tsur yang memakan masa dua jam setengah untuk didaki. Didaki Rasulullah saw yang berusia 53 tahun. Dipanjat Abu Bakr yang menitik air mata kesakitan menahan sengatan kala jengking. Dijejak 2 kali sehari oleh Asma’ Abu Bakr  yang hamil 7 bulan. Asma’ yang juga ditampar hingga berdarah oleh Abu Jahal kerana gagal mendapatkan maklumat. Lelah, penat, payah, sakit, dan perit. Hanya untuk memastikan risalah Islam yang sempurna mengembalikan makna hidup seorang hamba. Juga untuk memastikan dunia diterajui khalifah yang mentadbir dengan syiarNya.

30b85c2384a72eee
peluh dan lenguh dalam pendakian

Tapi di saat ini, pengorbanan Rasulullah saw bagai sia-sia. Disia-siakan oleh kita, umat baginda sendiri. Umat yang meniti di bibir Rasulullah saw tatkala Izrael menghampiri. Ikhwan yang dirindui Rasulullah ketika menziarahi perkuburan Baqi’. Itu kita!

Puntung-puntung rokok yang bertaburan sepanjang jalan membayangkan keuntungan berlipat ganda yang diperoleh oleh syarikat-syarikat gergasi milik yahudi hari itu. Lantas menjelmakan butir-butir peluru yang akan terus melayang ke tubuh-tubuh tidak berdosa rakyat Palestin. Warga Palestin yang sedang berlapar ketika kita melepaskan asap rokok. Anak-anak Palestin yang menggigil ketika kita diselaputi lihaf dan sweater tebal. Orang-orang tua Palestin yang tidak mampu untuk berdiri ketika kita menari, bergelek dan berguling. Wanita-wanita Palestin yang merayu dalam sendu ketika kita sedang bersiul, menjerit dan bersorak kegembiraan. Serta banyak lagi saat-saat genting yang berlaku di Palestin tidak kita ketahui ketika kita leka dan khusyuk mengulangkaji, menonton movie atau window shopping.

9d41f1fc8bb54890
melihat dengan mata hati

Inilah hakikat antara dua. Dua realiti yang bercanggah. bercanggah dalam keadaan kedua-duanya dalam akidah yang sama, meyakini Tuhan yang satu dan bernaung dalam Islam yang tiada cela. Ironi bukan? Di sini dan di sana, kita yang perlu menilai. Mana yang harus dicontohi, mana yang harus diperbaiki. Di sini dan di sana, siapa yang perlu dibantu, siapa yang perlu dipandu. Di sini dan di sana, bagaimana untuk memerdekakan jasad dan tanah, bagaimana untuk membebaskan hati dan akal.

Yang pasti, kita tidak boleh berdiam diri. Wherever we are, there’s just something need to be done. Carilah kekuatan untuk memulakan langkah pertama. The first step is always the hardest, yet the most precious. Have faith in Allah.
 ~antaradua~

 
1 Comment

Posted by on November 16, 2009 in Sharing is caring

 

One response to “antara dua

  1. mizstrawberry

    November 18, 2009 at 3:08 pm

    seorang pelajar melayu bertanya kepada seorang guru (masriyyah)

    pelajar : kenapa org mesir minat sgt dgn bola??

    guru : bila majoriti umat Islam berada di kawasan Timur Tengah ni, maka perancangan musuh Islam terhadap muslim di sini juga sgt hebat, muslimin telah diperdaya dengan propaganda, iklan dll yang menarik minta mereka ke arah hiburan (spt bola) & lupa apa matlamat sebenar hidup mereka. Wallahi, ana kuntu abki fissyari3 bilams (aku mengangis masa tgh jalan semalam) melihat betapa musuh2 islam telah berjaya dalam perancangan mereka. *maka lacrimal gland guru pun mengeluarkan air mata*

    pelajar : terdiam (sangat tidak menyangka jawapan itu yang keluar dari mulut guru)

    *bukan tak suka org main bola

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: