RSS

Strategic Planning Exercise

01 Jan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat Tahun Baru 2010!

Apa azam tahun baru anda? (soalan typical)

Apa rancangan anda untuk merealisasikan azam anda itu?

Setiap kali tahun baru, kebanyakan dari kita akan menetapkan azam baru. Ramai juga yang merealisasikannya, tetapi saya percaya tak kurang juga yang gagal mencapai target tahun-tahun lepas, atau lebih teruk lagi terlupa langsung apa yang diazamkan pada awal tahun dahulu!

If you fail to plan, you are planning to fail

Kata-kata ini ditulis oleh guru Bahasa Inggeris saya sewaktu di sekolah rendah (thank you teacher!). Dahulu, saya kurang memahaminya dan tidak terlalu mengambil berat tentang planning. Tetapi semakin lama saya sedar, saya perlu merancang supaya hidup jadi lebih bermakna, tidak kucar-kacir dan saya dapat lebih menikmati setiap saat nyawa yang Allah kurniakan.

Belajar dari sejarah

Sejarah telah membuktikan kebenaran boleh dikalahkan oleh kebatilan yang terancang. Di sini saya ingin berkongsi surat daripada Gargarius kepada pemerintah Rusia menerangkan tentang strategi untuk menghancurkan Kerajaan Uthmaniyyah dari dalam:

Adalah MUSTAHIL untuk kita menghadapi kerajaan Uthmaniyyah dengan kekuatan ketenteraan kerana mereka adalah manusia yang sangat percaya dengan diri sendiri, mempunyai rasa izzah (mulia), kerana keterikatan mereka dengan agama,  keredhaan mereka dengan ketentuan Allah, pegangan aqidah yang utuh, kekuatan sejarah mereka yang terdahulu serta ketaatan mereka kepada ketua.

Mereka adalah orang-orang yang bijak, bersungguh-sungguh dan mematuhi arahan ketua-ketua mereka yang memandu mereka untuk menjadi fenomena yang ditakuti. Sesungguhnya semua ciri-ciri ini serta keberanian dan kepahlawanan mereka datangnya dari kekuatan pegangan mereka terhadap agama, dan akhlak mereka yang tulen, oleh itu:

  1. Kita perlu menghancurkan rasa ketaatan mereka kepada ketua, memecahkan roh ma’nawi mereka dan memutuskan ikatan agama mereka; cara yang paling mudah untuk melaksanakannya adalah dengan membiasakan mereka hidup dengan ideologi-ideologi luar yang tidak selari dengan tradisi mereka
  2. Kita perlu memaksa mereka menerima pertolongan luar yang selama ini ditolak kerana raza izzah mereka; hatta memberi pertolongan untuk menambah kekuatan mereka (untuk jangka masa yang ditetapkan).

Apa yang musuh-musuh Allah ini lakukan adalah menganalisis secara jujur kekuatan umat Islam pada zaman itu. Kemudian, mereka menetapkan matlamat dan memikirkan cara-cara untuk merealisasikan matlamat tersebut walaupun pada ketika itu nampaknya seperti mustahil untuk dicapai.

Musuh merancang, kita?

Tentulah tidak cukup sekadar yakin dengan janji Allah bahawa Islam pasti berada di puncak, tetapi tidak mahu berusaha ke arah itu.

Allah swt berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” (Ar-Ra’d:11)

SWOT analysis

Asalnya digunakan sebagai rancangan stategik dalam sesuatu projek atau perniagaan. Namun, boleh juga digunakan oleh individu perseorangan.

1. Kenalpasti masalah yang dihadapi

2. Tetapkan matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Be spesific, avoid gray area.

3. Senaraikan semua:

  • Strength (kekuatan) : faktor dalaman (diri sendiri) yang akan membantu mencapai objektif
  • Weaknesses (kelematan) : faktor dalaman yang membantutkan pencapaian objektif
  • Opportunities (peluang) : faktor luaran yang membantu mencapai objektif
  • Threats (ancaman) : faktor luaran yang membantutkan usaha mencapai objektif

4. Analisa SWOT and plan,plan,plan:

  • Strength : bagaimana menggunakannya?
  • Weakness : bagaimana menghentikannya?
  • Opportunity : bagaimana mengeksploitasinya?
  • Threat : bagaimana mempertahankan diri daripadanya?

5. Action! Berusahalah, kerana yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang (wah, saya masih ingat peribahasa melayu!!). Dan semasa dalam perjalanan menuju kejayaan, tolehlah ke belakang sekali-sekala, nilai pencapaian diri, berusahalah dengan lebih baik, doa dan tawakkal kepada Allah.

Sekian perkongsian saya untuk kali ini, harap bermanfaat. Selamat Maju Jaya.

sumber rujukan : Daulah Uthmaniyyah, Dr Ali Muhammad As-Solabi

p/s : sentiasa doakan muslimin dan muslimat, saudara-saudara kita di seluruh dunia, may Islam rise again, insyaAllah.

-mizstrawberry-

 
1 Comment

Posted by on January 1, 2010 in Present is the past

 

One response to “Strategic Planning Exercise

  1. atiqah

    January 3, 2010 at 12:16 am

    akak farawlah, ty berkongsi
    selamat maju jaya, moga terus thabat penuh kemantapan

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: