RSS

Sedikit catatan tanda ingatan

21 Feb

Bismillah walhamdulillah..

Alhamdulillahi Rabbil A’lamin..

Dengan izin dan inayahNya Allah izinkan kita melalui satu fatrah cuti yang penuh dengan pengajaran dan pembelajaran. Ayuh sahabat-sahabat sama-sama kita renungi bagaimana masa kita dihabiskan sepanjang cuti ini.

Bagi yang memilih untuk berjalan menghayati ciptaan dan kekuasaan Allah, pastinya sahabat-sahabat lebih mempelajari betapa agungnya ciptaan yang Maha Esa, diciptakan bumi ini lengkap dengan segalanya, diciptakan untuk kita, bukan sia-sia tetapi digunakan untuk kembali kepadaNya. Moganya duit yang telah dibelanjakan itu kelak menjadi saksi amal di akhirat kelak.

Bagi sahabat-sahabat yang memilih untuk menghabiskan cuti dengan majlis-majlis ilmu, moga Allah permudahkan kalian untuk mengamalkan ilmu-ilmu tersebut, moga Allah permudahkan sahabat-sahabat untuk menyampaikannya kepada yang lain.

Tidak lupa bagi sahabat-sahabat yang bertukar status dalam fatrah cuti ini, moga Allah permudahkan bahtera yang dibina keranaNya, moga niat itu tidak tersasar selama-lamaNya. Barakallahu lakum wabarak alaikum wajamaa bainakum fil khair waruziqkum zurriyyatan thoiyyibah tanfaul lil Islam wal muslimin.

Mabruk buat ukhti Naimah dan zauj, ukhti Sukainah dan zauj, ukhti Raihana dan zauj, ukhti ‘Aqilah dan zauj, ukhti Afida dan zauj, ukhti Naquiyah dan zauj, ukhti Syakila dan zauj, moga rahmat Allah bersama kalian.

Ayuh sahabat-sahabat, sama-sama kita berdoa dalam memulakan rutin hidup biasa tetapi dengan semangat yang baru. Kita menjadi Muslim yang hari ini lebih baik daripada semalam. Moga ruh untuk mendahului dalam berbuat kebaikan itu sentiasa subur dalam diri kita, juga moga ruh untuk menyegerakan taubat itu tidak luntur dalam diri kita. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita andainya sepanjang cuti ini malaikat ‘atid lebih penat menulis berbanding malaikat raqib. Moga dalam lindungan Allah selalu. Sama-sama kita suburkan dalam diri bahawa solat, ibadah, hidup ini, mati ini segalanya untuk Dia yang Maha Esa.Usah mengeluh kerana wangmu yang berkurangan hari demi hari, usah mengeluh kerana masa yang sentiasa mencemburuimu, usah mengeluh dengan persekitaran yang mengganggu perasaanmu, kerana semua itu ditetapkan terbaik buat dirimu. Yakin dengan rezeki di tangannya kerana membina keyakinan adalah sesuatu yang susah, balasannya tidak kita lihat tetapi sahabat-sahabat, sememangnya untuk senang itu perlu susah bukan? Bukankah perjuangan itu pahit kerana kita yakin dengan syurga yang manis. Teruskan muhasabah kerana ia mendekatkan dirimu dengan penciptamu.

Ya Allah, forgive us when we whine….

~sedikit catatan tanda ingatan~

“kenyataan hari ini adalah mimpi semalam dan kenyataan esok adalah mimpi hari ini”

~ukhti sodiq~

 
Leave a comment

Posted by on February 21, 2010 in Sharing is caring

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: