RSS

Syabab, dunia memerlukanmu!!

15 Mar

Syabab, dunia memerlukanmu!!

Tersentak seketika diri ini tatkala melihat video ini. Berbagai perasaan bercampur baur – antara sedih, sayu dan pilu. Betapa besarnya pengorbanan pejuang-pejuang Islam satu ketika dahulu dalam menyampaikan risalah Islam. Bermula dari kesungguhan Rasul Amin – Rasulullah S.A.W, diikuti para sahabat dan para salafussoleh yang terkemudian. Kesemua mereka berjuang atas dasar yang sama iaitu menyampaikan risalah Islam yang suci.

Alhamdulillah, pengorbanan yang dilakukan lillahi ta’ala pastinya beroleh kemenangan pada akhirnya. Itulah yang berlaku. Risalah Islam yang dibawa oleh Baginda S.A.W suatu ketika dulu pernah dianggap asing – kini tersebar dengan meluas di atas muka bumi ini. Namun nikmat Islam dan Iman yang kita lalui hari ini bukanlah percuma. Ianya dibayar dengan sebegitu banyak darah, jiwa mahupun harta demi memastikan dua nikmat besar itu terus berlangsung hingga ke hari ini. Hari ini kita dilahirkan dengan nama Ahmad, Muhammad, dan Fatimah, bukanlah Ah Chong mahupun Ravi dan sebagainya  (Na’uzubillah). Inilah hasil pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dalam menyampaikan risalah tauhid ini. Perjuangan kerana Allah tanpa mengharapkan kepentingan dunia!

Seharusnya pengorbanan yang cukup besar itu terus dipertahankan hingga ke hari ini. Namun, lihatlah keadaan umat Islam sekarang. Kita berada di bawah dan dipijak-pijak oleh musuh-musuh Islam walhal bilangan kita sudah cukup untuk mematahkan serangan mereka. Ironi sekali. Negara Palestin yang telah dijajah lebih dari 60 tahun masih belum dapat dibuka oleh Salahuddin ke-2. Dunia masih menanti-nantikan kemunculan Sultan Muhammad Fateh 2 atau yang seumpamanya untuk membebaskan kembali negara-negara Islam dari cengkaman musuh. Nampaknya bilangan umat Islam yang ramai pada hari ini berkadar songsang dengan kekuatan yang mereka miliki. Pelik tetapi benar. Memang ironi tetapi realiti.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Hampir terjadi keadaan yang mana umat-umat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya”. Salah seorang sahabat berkata: “Apakah kerana sedikitnya kami pada waktu itu?” Nabi berkata: “Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ‘ghutsa’ (buih kotor yang terbawa air saat banjir). Pasti Allah akan cabut rasa takut yang ada dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa ‘wahn’”. Kata para sahabat: “Wahai Rasulullah apa rasa ‘wahn’ itu?”
Beliau bersabda: “Cinta dunia dan takut mati”

(HR Abu Daud No.4297, Ahmad 5/278, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 1/182 dengan dua jalan dan dengan keduanya hadits ini menjadi shahih).

Oh, terjawab sudah persoalan yang bermain di minda sebentar tadi.Ya, jumlah kita memang ramai, tetapi jumlah kita yang sedia meninggalkan kecintaan dunia dan mencintai mati di jalan Allah sangat sedikit kerana ramai umat Islam pada hari ini yang telah dijangkiti penyakit kronik – al-wahnu (cintakan dunia dan takutkan mati).

Bila mana penyakit al-wahn menyerang diri, maka segenap usaha tidak akan tercurah untuk memperjuangkan Islam, untuk berjihad di jalan Allah. Sebaliknya kita terus leka dan lalai dalam keghairahan dunia yang terasa indah di mata, terasa dekat di hati. Matlamat kita sudah tersasar. Matlamat untuk mengejar mardhatillah sudah bertukar kepada matlamat mengejar dunia.

Jadi, jangan disalahkan mengapa Salahuddin dan Sultan Muhammad al-Fateh tidak muncul-muncul lagi. Koreksi diri kita kembali. Adakah kita masih terus menanti dan menanti tanpa keinginan untuk melahirkan Salahuddin kedua ataupun Sultan Muhammad al-Fateh yang baru dari tangan kita sendiri. Persoalan ‘mengapa aku?’ seharusnya ditukar dengan ‘jika bukan aku,siapa lagi?’. Jika bukan kita yang memperjuangkan agama Allah, siapa lagi yang akan mempertahankannya? Golongan terdahulu menyerahkan harta benda dan tubuh mereka di jalan Allah. Ini bukanlah mudah jika hati tidak diikat dengan kecintaan 100 peratus kepada Allah dan Rasul serta akal yang tidak terarah dengan matlamat sebenar hidup ini – iaitu untuk mengejar mardhatillah. Justeru,mereka bangkit. Mereka bangkit setelah mereka mengerahkan usaha lebih dari 200 peratus untuk menyampaikan dakwah. Rasulullah S.A.W berjaya membuka Madinah -negara Islam pertama- dalam tempoh hanya 23 tahun, namun adakah semudah itu perjuangan yang baginda lalui untuk mendapatkan Madinah? Lihatlah kembali sirah perjuangan baginda dan para sahabat. Jom pergi kelas sirah!🙂

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”    (Ar-Ra’d:11)

Kejayaan kita berkadar terus dengan usaha kita. Pertolongan Allah itu hanya akan datang setelah kita berjaya mengubah generasi hari ini sehingga menjadi seperti generasi Islam yang terdahulu – mereka yang berjuang hanya kerana Allah, dan mereka yang meninggalkan segala bentuk kecintaan dunia demi menuntut jannah dan mencintai mati di jalan Allah kerana mereka yakin dengan janji Allah – bahawa Islam pasti akan tertegak di atas muka bumi ini.

Ayuh, wahai syabab Islam tercinta, bangkitlah dan sahutlah panggilan jihad. Dunia sedang menantikan kemunculanmu untuk diselamatkan. Jalan ini menuntut seluruh pengorbanan dari dirimu. Biarlah seluruh harta, jiwa raga dan titisan-titisan darah yang kau korbankan dibayar dengan syurga Allah yang jauh lebih mahal. Biar Allah dan Rasul menjadi saksi perjuanganmu menegakkan panji Islam di atas muka bumi ini, kerana apabila tiba saat yang dijanjikan, pertolongan Allah akan hadir, sesuai dengan usaha 200 peratus yang kau curahkan.

hayya ila ‘amal !!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli(yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.  (At-Taubah:111)

~mhoneyz~

 

 

 

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: