RSS

Alhamdulillah

27 Apr

KAHERAH, 22 April 2010- Seramai 109 orang mahasiswi dari pelbagai jurusan telah menyertai Malam Bina Iman & Taqwa (MABIT) anjuran Wanita ISMA-Mesir yang serentak dijalankan di 4 tempat iaitu Bait Zinnirah dan Bait Umar di Madinat Nasr serta Bait Khaulah dan Villa Raihan di Sayeda Zainab.

Walaupun dijalankan di tempat –tempat yang berbeza, program berjalan berasaskan matlamat yang sama iaitu untuk membina ruh dan iman serta merapatkan ikatan ukhuwah di kalangan peserta. Malah, agenda dan aturcara program turut disusun selaras di keempat-empat tempat.

Program bermula dengan kehadiran para peserta pada jam 5.45 petang. Setelah azan maghrib berkumandang, para peserta menikmati juadah berbuka dan mendirikan solat maghrib berjemaah. Sesi taaruf dijalankan setelah itu dan diikuti dengan pengisian utama iaitu pembentangan buku tulisan Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang bertajuk “Mengapa Islam”. Buku yang mengupas tentang Islam sebagai penyelesaian kepada segala masalah hari ini menerima respon yang amat memberangsangkan dari keseluruhan peserta. Sebelum tidur, para peserta dihidangkan dengan tadabbur Surah Al-Kahfi yang menyentuh 4 kisah menarik yang terkandung dalam surah ini.

Sesi qiamullail secara berjemaah dijalankan keesokan harinya. Setelah zikir pagi, peserta mendengar pembentangan tokoh sahabat bernama Usamah bin Zaid yang amat memberi inspirasi khususnya kepada para pemuda. Akhir sekali, para peserta menikmati hidangan sarapan pagi sebelum bersurai.

Program yang pertama kali dianjurkan ini menerima respon yang amat positif dari para peserta. Muna Muhammad, pelajar jurusan Pergigian Universiti Al-Azhar berkata, beliau amat gembira kerana dapat bertemu dengan ramai peserta dan merasakan berbaloi hadir ke program ini kerana pengisian yang disampaikan amat menarik. Salah seorang pelajar perubatan, Nur Atiqah Jaafar pula berkata, banyak maklumat yang diterima dari pengisian dan berharap program sebegini akan dijalankan lagi.

Wanita ISMA-Mesir mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan berharap akan menerima lagi kehadiran peserta yang amat menggalakkan seperti ini.

Berita ini telah disiarkan di laman web ISMA Mesir.

~ Terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakan MABIT kali ini. Semoga amal kalian menjadi pemberat mizan hasanat di akhirat kelak ~

Jom ke Ra’su Sidr musim panas ini!

 
2 Comments

Posted by on April 27, 2010 in Iklaneka, Wheel of life

 

2 responses to “Alhamdulillah

  1. tasneemsofea

    April 29, 2010 at 10:31 pm

    salam..number nahdia afiifah 011-7097920,harap maklum:)

     
  2. mizstrawberry

    April 29, 2010 at 11:11 pm

    waalaikumussalam wbt
    jazakillah tasneemsofea🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: