RSS

mari berdoa

22 May

bismillahirrahmanirrahim..

Pulang dari kelas quran, otak ligat memikirkan ayat “power” yang ustazah titipkan buat kami.

“Kamu taknak medic, taknak pelajaran-pelajaran yang kamu belajar semua tu takpe, asalkan kamu mahu quran”

“Andai ditakdir suatu hari ilmu-ilmu medik itu diangkat oleh Allah daripada kamu, tidak mengapa tapi berdoalah agar Allah tidak membutakan hatimu daripada terus diterangi ilmu-ilmu al-Quran”

Ringkas tapi padat. Namun entri ini bukannya untuk provok semua pembaca supaya meninggalkan semua ilmu yang ada, sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat tentang mempelajari kalam Allah Yang Agung itu.

Namun, menjadi cemerlang itu pasti tanggungjawab setiap Muslim. Memetik sepotong kata-kata yang sering diungkap oleh insan sekeliling, “Dakwah dan tarbiyah itu tetap yang pertama dalam hidup tetapi bukan bermakna study itu yang kedua”. Hmm, bagaimana agaknya tu??

TAWAZUN. Inilah pelajaran yang diperoleh apabila memikirkan ayat di atas. Keduanya tanggungjawab. Lebih indah apabila keduanya saling dikaitkan dan tidak dipisahkan. Bukanlah bermakna di fatrah exam ini, segala perkara berkaitan “memperbaiki diri menjadi lebih baik dan menyeru ke arah kebaikan ini perlu ditinggalkan” tetapi ada ibadah yang lebih utama iaitu belajar untuk peperiksaan, tetapi tanggungjawab asasi Muslim itu tetap harus ditunaikan. Allah beri akal untuk berfikir, malah Allah tambah lagi dengan nikmat teknologi yang sangat canggih. Fikir-fikirkanlah.

Terkenang pesanan arwah, ber’usrah’lah di rumah masing-masing. Mungkin di musim peperiksaan ini, banyak kelas-kelas pengajian dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada peperiksaan, tetapi ajal itu tidak kira masa, maka harus untuk kita terus perbaiki diri dan saling mengingatkan. Ambillah barang 5-6 minit selepas berjemaah untuk mengubat hati yang merindui sesuatu itu. Mungkin kita tidak terasa bahawa hati kita merindui sesuatu, tetapi ditakuti akan menjadi semakin chronic dan akhirnya kekeringan, baru disedari, maka susahlah sikit treatment dia masa tu.

Belajar itu seronok tetapi lebih seronok jika merasai kehadiran Allah ketika belajar. Belajar untuk memenuhi permintaan mak ayah itu menggembirakan tetapi belajar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam itu sangat menggembirakan.

Bersama-sama entri dititipkan lagu khas buat pembaca sekalian, moga terus gigih menuju wawasan. Tujuan kita hanya SATU, tetapi Allah bukakan cara untuk mencapai tujuan itu melalui pelbagai cara. Antaranya ialah apa yang sahabat-sahabat lihat pada diri sahabat-sahabat sekalian dan apa yang sahabat-sahabat sedang lakukan. Allahua’lam.

Selamat maju jaya!!Terus mendoakan dan insyaAllah sahabat-sahabat sekalian sentiasa didoakan yang terbaik atas kamu semua.

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: