RSS

Nikmat iman dan azab kufur

06 Jun

Assalamualaikum warahmatullah.

Keif hal nafsik? keif hal imanik?

Moga kedua-duanya kheir. Biiznillah.😀

Dah lama tak menulis, otak buntu dan wujudlah sindrom buntulis (buntu-tulis). Nampaknya pagi ni magnet laptop menarik lebih kuat berbanding magnet buku. Oh ada unsur hiperbola di sini.😛

Burung-burung di luar bercicip riang di celah damai pagi. Mengusik iman di hati saat menghadap tajuk Nutrition (ni tanda-tanda otak melayang depan buku :P) . Makhluk Allah di luar sedang asyik memuji Allah. Tapi hati ni, selalu sangat lalai. Teruknya manusia yang dikurniakan akal ini.

Saat yang sama, teringat pada tazkirah maghrib semalam. Benar al-Quran itu intipatinya untuk mereka yang beriman. Bukan sekadar pembacaan penuh tajwid dan sempurna tartilnya. Tak ada guna andai lidah lancar menyebut tapi hati sudah melayang ke dataran dosa.

(ecece. ayat tak boleh blah :P)

Surah Ibrahim.

Namanya diberikan sempena dengan nama abu al-anbiya’. Ayatnya tidaklah sampai beratus-ratus, cuma 52 yang padat dan disusun indah mengikut kronologi yang tersendiri. Aduh… bahasa al-Quran ini sangat indah bukan? Memang tak tertanding.

Kalau ditanya pada kita, nikmat apakah yang paling besar Allah kurniakan pada kita?

Pasti jawapan kita berbeza antara satu sama lain bukan. Pasti ada yang menjawab, nikmat yang besar itu ibu bapa, mungkin juga kekayaan yang Allah bagi, mungkin juga anak-anak, pasangan. Memang fitrah manusia dijadikan suka pada nikmat yang sedemikian. Soalan ini terlalu abstrak dan jawapannya terlalu subjektif.

Dan bila ditanya nikmat apakah yang kalau ditarik, kita rasa pedih sekali? Boleh jadi ada antara kita menjawab bila ditariknya nikmat di atas. Saya tak sama sekali menyatakan anda salah.

Berapa ramai manusia yang sedar bahawa nikmat yang paling besar Allah kurniakan pada kita adalah IMAN yang letaknya di sanubari. Kalau anda tergolong dalam golongan yang menyedari nikmat ini, bergembiralah anda. Kerana ramai manusia sudah kehilangan imannya.

Pada ayat ini seolah-olah Allah sedang berbicara pada kita, lihatlah pada cahaya dan kegelapan wahai manusia. Adakah sama sifat keduanya?

Adakah sama antara mereka yang beriman dan mereka yang kufur?

Tanyalah pada mata, hati, minda anda dan jawablah.

Dua keadaan pada hari yang satu.

Ayat yang sama menyuruh Nabi Musa agar mengeluarkan kaumnya daripada kegelapan pada kebenaran. Menyeru agar beriman pada Allah. Dan diperingatkan pada mereka hari-hari Allah di sini (ayyamillah) iaitu hari di mana Allah menimpakan siksaan pada kaum-kaum dahulu. Dan tidak lain tidak bukan orang yang mengambil pengajaran adalah mereka yang bersabar dengan segala kesusahan dan yang bersyukur dengan nikmat iman.

Adakah kita termasuk dalam golongan itu?

Bersyukur=Bertambah

Saya rasa kita semua seringkali mendengar ayat ini bukan? Kalau kita bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat-Nya. Bersyukur dengan nikmat harta, harta itu diinfakkan. Bersyukur dengan nikmat masa, masa itu dimanfaatkan.

Bagaimana pula caranya bersyukur dengan nikmat iman? Adakah kita perlu beruzlah di gua untuk menjaga iman daripada berkurang dek kerana godaan-godaan dunia?

Iman itu punya cara tersendiri untuk disyukuri. Khas untuknya sahaja. Tak lain dan tak bukan ialah dengan cara mentaati perintah Allah meliputi segala rukun Islam, Iman sampailah ke sekecil-kecil perkara. Dan andai kita bersyukur dengan iman, maka Allah akan tambahkan lagi nikmat iman di hati. Bukankah sangat indah sekali kenyataan itu? (can you see Allah is soooo sweet!)

Namun, seperti biasa, melaksanakannya tidak semudah bicara kalam.

Saat Muadz bin Jabal sendiri bertanya pada Rasulullah; Apakah amalan yang boleh memasukkan aku ke syurga dan menyelamatkan aku daripada neraka?

Baginda bersabda; Kamu telah bertanya tentang perkara yang besar. Sesungguhnya ia mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah.[1]

Maka pohonlah agar kita juga dimudahkan oleh Allah. Semoga berjaya menjaga iman di hati hingga ke syurga kelak.

بئس الاسم الفسوق بعد الإيمان

Seburuk-buruk perkara adalah fasik selepas beriman. [2]

———————————————————————————————

[1] Hadis 29 daripada Koleksi Hadis 40 an-Nawawi.

[2] Al-Hujurat: 11

Rujukan:

1-Khawatir Quraniyyah-Amru Khaled

2-Fi Rihab al-Islam-Husam Hamidah


post scripture:

1-ukhti pembentang, kalau  tersalah fakta sila betulkan.

2-doakan saudara kita yang berjuang fi sabilillah di segenap pelosok bumi.

3-doakan kami di Ardul Kinanah kini dalam tempoh peperiksaan duniawi-akhir tahun dan ukhrawi.

4-maafkan kalau terkasar bahasa, tersalah kata. saya memang lemah sikit bab-bab tazkirah-bahasa melayu-german-perancis.😛

5-siapa yang ada akaun wordpress, klik tajuk mana-mana post. tengok bar kelabu kat atas ada butang ‘like’. boleh tekan kalau nak ‘like’ mana-mana post.

6-bacalah buku khawatir quraniyyah. best sangat! ringkas dan terus ke hati.😀 PERUBATAN mungkin boleh letak dalam silabus SC tahun depan ke? (cadangan secara tak rasmi. maaf).

7-selamat beramal. pesanan ini lebih untuk diri sendiri.😀

8-semoga diberkati Allah selalu.

 
Leave a comment

Posted by on June 6, 2010 in Sharing is caring

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: