RSS

Menjadi pendamping yang setia

14 Jun

Siapa yang kita nak dampingi sebenarnya? Atau……lebih tepat lagi, APA yang kita nak dampingi?

Huwa AL-QURAN AL-KAREEM.  – antaradua sekadar nak berkongsi ye-

Kita kenal Al-Quran sejak kita lahir, kita belajar baca mungkin sejak umur 5-6 tahun, dan selepas itu hubungan kita dengan Al-Quran berbeza-beza antara setiap individu. Ada yang cintanya pada Al-Quran disemai sejak kecil. Alhamdulillah ya Rabb! Tapi tak semua punya peluang sebegitu. Ramai antara kita yg memandang Al-Quran tu sebagai satu bacaan yang perlu dibaca secara rutin, tapi kekerapan dan kuantiti bacaan, terserah anda!

Dan berapa ramai juga antara kita yang memasang harapan untuk menghafal Al-Quran, sebanyak mana dan selama mana juga menjadi persoalan. Itu belum masuk bab memahami dan mendalami Al-Quran.

Sungguh, hubungan kita dengan Al-Quran tu sangat ditentukan oleh sedalam mana kita mencintai Al-Quran, and vice versa. Pointnya di sini, setiap muslim wajib mempunyai hubungan rapat dengan Al-Quran, tapi bagaimana cara nak buat supaya keinginan untuk rapat tu datang dari hati, bukan suruhan atau paksaan sesiapa…

Alhamdulillah, waktu study leave ni, Allah bagi ruang untuk tadabbur love letter dariNya melalui satu lg medium. Khawatir Qur’aniyah tulisan Amru Khaled. Buku ni dah lama, kami je yg baru nak teroka.. Dalam muqaddimahnya, Amru Khaled bercerita, bagaimana beliau sedih bila tiba bulan Ramadhan, umat Islam berlumba-lumba ingin menghabiskan 30 juzuk Al-Quran dlm masa sebulan. Hingga membaca tanpa tadabbur, tanpa cuba mencerna makna, dan tanpa faham sepatah haram pun (ni ayat saya la). Kalau yang faham makna, tak cuba untuk kaitkan dengan ayat2 sebelum dan selepas, dengan nama surah dan sebagainya…

Masa baca ayat ni, saya sangat terasa! Saya punyalah kagum dengan rakyat Mesir yg sangat rapat dgn Al-Quran bila tiba Ramadhan, tapi beliau sedih pulak! Agaknya kalau beliau lihat rakyat Malaysia camne la ye?

Maka terhasillah buku ni, yang pada setiap surah ada diterangkan, hadaf (mesej utama surah), ayat-ayat yg berkenaan, contoh-contoh yang Allah paparkan, dan kenapa nama surah ini begini. Saya cadangkan sangat rakan-rakan yang sedang mencari-cari method bagaimana nak mula mencintai Al-Quran, selaklah buku ini, mulakan dengan Al-Fatihah dan insyaAllah akan rasa urge dan excitement untuk ke surah-surah yang seterusnya… Moga boleh membawa kepada terjemahan amal yang lebih besar – tilawah, hafalan dan muslim pada hakikat.

Apa yang saya dapat daripada buku ni?

Jujurnya, kenapa saya sangat terkesan dgn buku ni, yang pertama memang kerana huraiannnya… sangat mengetuk hati dan membuka minda, tapi yang lebih besar kerana buku ini telah menyelesaikan masalah yg saya hadapi… Yakni eih? Untuk istiqamah pada menghafal Al-Quran. Mengulang (yang tak banyak mana pun) dan menghafal yang baru.

Memang sangat betul apa yg Ustazah Iffat kata, Allah bagi Al-Quran pada siapa yang nak, dan yang bersungguh-sungguh mahu. Kalau kerana bertambah sikit kerja atau tanggung jawab kita sehari-hari, menyebabkan kita meletakkan Al-Quran ini di priority yg lebih bawah, atau membaca dan menghafalnya dalam keadaan terpaksa, maka kitalah yang rugi. InsyaAllah pahalanya tetap ada, kerana Allah telah janjikan setiap huruf dalam Al-Quran ada ganjarannya bila dibaca walaupun sekadar alif laam miim. Tapi ruginya kita  kerana tak dapat nak menikmati ketenangan dan kerehatan membaca dan menghafal Al-Quran.

Pernah sekali waktu sedang berkelas dgn ustazah, saya minta beliau ‘iqab (hukum) saya sebab dah berminggu tak berjaya hafal dengan kuantiti dan kualiti yg baik, tapi ustazah jawab dengan ayat yg patutnya bagi motivasi, tapi saya down pulak lepas tu… ” Tak, aku taknak bg  ‘iqab, nanti kau tak ikhlas nak menghafal.” Ambik skali!  Tapi lepas fikir lama-lama, sangat betullah kenyataan tersebut.

Bagi sesiapa yang sedang atau nak mula menghafal Al-Quran, bersegeralah! Jangan bertangguh, dan bila rasa macam demotivated utk menghafal, segeralah minta ampun dan petunjuk daripada Allah. Akan sampai bantuanNya, dan of course, motivasi tu datang daripada Al-Quran sendiri. Al-Quran memang huda, dan huda tu dalam pelbagai bentuk. Mungkin dari ustazah, mungkin bila mendengar radio, mungkin dengan memerhati orang sekeliling, dan mungkin juga dengan buku ini.

Bila kita bertangguh, jadilah macam saya ni. Bila tengah kuliah, janji pada diri nak hafal lebih baik bila weekend. Lepas tu banyak aktiviti, janji nak hafal masa study leave. Lepas tu rasa nak fokus exam, janji nak hafal masa cuti. Lepas tu, busy kelas Bahasa Arab dan program pulak, janji nak hafal bila balik Malaysia, pastu nak spend banyak masa dengan family pulak…dan dan dan. Sebenarnya semua ni berlaku bukan sebab kita sibuk atau tiada masa, tapi sebab dalam hati kita tiada rasa sayang dan rindu pd Al-Quran. Pada pendapat saya, dengan rindu itulah menjamin istiqamah kita dengan Al-Quran.

Lepas dah dapat beberapa surah daripada buku ni, (tazkirah rumah hari-hari), sayang dan rindu pada Al-Quran bertambah. Dah boleh tersenyum dan berkerut-kerut bila sampai pada ayat-ayat tertentu. Memasang impian utk berjumpa Nabi Ibrahim bila menghafal surah Ibrahim. Berangan untuk berjumpa hud hud yang sgt comel peribadinya, dan si semut yang sangat bijak menjaga imej Nabi Sulaiman bila tilawah surah An-Naml. Mencontohi Nabi Yusuf yang sangat dinamik kisah hidup baginda bila tiba juzuk 12. Ingin benar-benar nikmati jawapan Allah bila  baca surah Al-Fatihah dalam setiap solat. Ingin cuba jadi orang yg paling merendah diri bila sedang solat Subuh hari Jumaat. Ingin jadi ibu yang terbaik bila faham surah Luqman. Mahu tinggalkan segala yang maksiat dan lagho bila teliti surah Toha. Mahu  tenang bila diuji waktu tahu hadaf surah Al-Ankabut. Ye, kesannya bukan terhad pada skop sekitar membaca dan menghafal Al-Quran, malah lebih dari itu. Objektif buku ni dah tercapai kalau tidak banyak, sedikit kepada saya.. Ni’ma ajrul amiliin.

Dan moga rasa sayang dan cinta ini, Allah kekalkan. malah tambahkan. Hingga bila sesibuk atau seletih mana pun kita, hati mencari-cari Al-Quran untuk melampiaskan rasa rindu yg berbuku. Allahumma ameen….dan minta dijauhkan, daripada nikmat ini ditarik atau dikurangkan.

Pada yang tak pernah terfikir nak menghafal Al-Quran, tidak salah untuk fikir-fikirkan. Jangan khuatir, usia dah lanjut ke, dah banyak tanggungjawab ke, dosa setinggi gunung ke, otak tak pick up ke, dah banyak makan kari kepala ikan ke…..semua tu takkan menghalang kalau kita mahu, kalau kita nak. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Ada sekali, tengah tasmik surah Ali-Imran dengan ustazah, tersekat di tengah jalan. Tiba-tiba ada orang sambung kat belakang. Sape tu? Suspen pulak. Oh, mak ustazah yang umurnya nak dekat 90 tahun. Ustazah pun cerita, maknye menghafal masa umur 70 tahun, satu ayat sehari ulang 5 kali setiap kali solat. Akhirnye khatam hafalan lepas 7 tahun. See, mmg Allah akan bagi Al-Quran pada yang nak. Tapi kalau kita tak sungguh-sungguh, takkan Allah nak bagi kalam Dia dijaga oleh orang yang main-main.

Akhir sekali, nak titipkan nasihat ustazah satu hari dulu. Dalam banyak-banyak benda yang kita nak hafal atau terhafal kat dunia ni, yang paling berhak utk dihafal ialah Al-Quran. ‘Asyan huwa kalam rabbina. Betapa malunya telinga yang mendengar bila ustazah kata, kita sungguh-sungguh hafal buku-buku medic hasil tulisan doktor-doktor yang manusia, hafal lagu-lagu nasyid karangan pelirik-pelirik yang manusia, hafal quotes dari orang terkenal seluruh dunia, (tak salah, langsung tak salah, malah memang wajib pada kita budak medic nak hafal buku-buku medic) tapi sangat dukacita kalau hati tak nak dan tak pernah terdetik untuk menghafal kalam Allah yang mencipta kita, bumi dan langit seluruhnya, (baca dengan mood hud hud masa mengkhabarkan kisah Balqis pada Nabi Sulaiman-An-Naml: 24-25) .

Dekatilah, sentuhlah, hayatilah, nikmatilah, genggamlah dan jadilah pendamping Al-Quran yang setia, maka Allah akan menjadikan setiap detik hidup kita lebih tenang untuk dilalui, lebih dekat padaNya.

ps: Maaf, entry berbunyi agak personal, did try to make it sounds as general as possible, and here it is. Tiada tujuan lain, hanya nak berkongsi, menitip pesan, meniup sedikit semangat kepada yg membaca.

Astaghfirullah ‘ala kulli zanbi, walakal hamd ‘ala ma qodhoita, ya rabbal ‘alamin.

 
4 Comments

Posted by on June 14, 2010 in Sharing is caring

 

4 responses to “Menjadi pendamping yang setia

  1. mizstrawberry

    June 14, 2010 at 10:27 pm

    Nampaknye semua dah jatuh cinta dengan Khawatir Qur’aniyyah…
    semoga cinta ini mendekatkan lagi diri kita kepada kalam Rabbina

    kalau rase malas nak baca, boleh tengok TV Series Khawatir Qur’aniyyah oleh Amru Khaled (youtube). Siap ada terjemahan in english
    Ni link untuk siri 1: Surah Al-Fatihah http://www.youtube.com/watch?v=ScI7OTA0JLw

    Dah masuk Rejab, sama-sama tambah amal (sambil-sambil tambah baca buku), semoga bertemu Ramadhan lagi ~ameen

    All da best for exams!!🙂

     
  2. kalijaga

    June 15, 2010 at 4:23 am

    Jazakillah =)

     
  3. Sakinah

    June 23, 2010 at 9:33 pm

    salam..
    jazakillah buat pengisian yang tersangat bermanfaat ini
    ^_^
    Semakin faham kenapa diri ni rasa kekosongan..
    rupa-rupanya kurang ikhlas dalam mentadabbur kalam Allah..
    Bile ada urusan lain, diketepikan. Nauzubillah…
    Ya Allah Yang Maha Pengampun, Moga Dikau ampunkan hambaMu yang jahil ini..
    Berazam untuk menyematkan Al-Quran di dalam hati..
    ^_^ doakan!!

     
  4. nadhirah

    June 28, 2010 at 1:56 pm

    syukran.syukran.syukran ya ukhti.
    rasa macam mmg terkena pada diri sendiri.
    mahu jadi pendamping ‘surat cinta’ yang setia juga.
    moga kita antara yang Allah pilih untuk menjaga kalamNya.

    entry yg best! thumbs up~
    bjaya mengetuk diri ini yang selalu lupa..:(

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: