RSS

Na’vi Palestin

12 Jul

Percaya tak kalau saya katakan mereka di dalam gambar ini orang Palestin?

Adakah orang Palestin sudah buang ‘tebiat’?  Terpengaruh dengan filem Avatar lalu teringin menyerupai watak dalam filem tersebut?

Filem Avatar arahan James Cameron ini tersenarai dalam 67th Golden Globe Awards pada kategori Best Motion Picture – Drama, Best Director, Best Film Score dan Best Film Song.

Avatar kisahnya berkaitan Negeri Pandora, sebuah negeri yang indah dan tidak terbayangkan oleh akal biasa. Didiami oleh suku Na’vi, makhluk hidup berkulit biru yang mirip dan memiliki kemampuan seperti manusia. Namun kehidupan kaum Na’vi masih primitif dan tak suka manusia memasuki planetnya. Manusia ingin menakluk Pandora kerana kekayaan mineral yang sangat berharga dipanggil (unobtanium). Mineral tersebut banyak terkumpul di bawah sebuah pohon bernama “Hometree”. Pohon itu sangat penting bagi puak Na’vi.

Oleh sebab mineral itulah, Parker Selfridge  pemimpin ketenteraan dari unit perlombongan berusaha untuk memindahkan orang Na’vi sebelum mereka boleh memulakan perlombongan unobtanium tersebut. Mereka telah cuba melakukan hal ini berkali-kali. Mereka menawarkan pakaian kepada Na’vi, pendidikan, dan lain-lain, tetapi tidak ada yang berjaya.

Saya bukanlah mahu tulis sinopsis filem ini di sini. Diringkaskan cerita, dalam Avatar puak Na’vi berlawan untuk mempertahankan tempat mereka hanya menggunakan lembing dan anak panah, tiada senjata yang canggih. Manakala pihak musuh(manusia) menggunakan bom dan senjata yang canggih untuk menghapuskan Hometree dan puak Na’vi. Akhirnya, puak Na’vi menang walaupun ramai di kalangan mereka terkorban.

Jika dilihat, jalan cerita dalam filem Avatar ini sangat parallel dengan konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel, memang doubtless. Sebab itulah orang Palestin memakai costume menyerupai puak Na’vi, apa yang mereka ingin sampaikan kepada dunia terutamanya negara Barat dan US (kerana di sana mereka disogokkan dengan cerita yang tidak benar oleh media), orang Palestin mempertahankan negara mereka menentang Israel tanpa ada kelangkapan senjata yang canggih-manggih dan mereka bukanlah terrorist seperti yang dipropagandakan. Israel pula punya kereta kebal, helikopter, bom dan sebagainya.

Jadi gambar di atas bukanlah mereka buang ‘tebiat‘. Memang sedih melihat saudara kita terpaksa berpakaian begini semata-mata untuk menyampaikan mesej yang betul tentang mereka. Di manakah bantuan kita sebagai saudara seakidah mereka? Apa-apa pun percubaan sebegini sangat kreatif dan superb!

Tak percaya? Lihatlah buktinya di sini:

p/s: Free Palestine, Break the siege!

 
1 Comment

Posted by on July 12, 2010 in Sharing is caring

 

One response to “Na’vi Palestin

  1. mesirkini

    August 4, 2010 at 8:03 am

    klik

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: