RSS

Daily Archives: August 10, 2010

Ramadhan bukti kasihNya

Menjelangnya Ramadhan…..


Allah membelenggu semua syaitan

Allah menutup pintu neraka

Allah membuka pintu syurga

Allah menawarkan ganjaran berlipat kali ganda

Allah menjanjikan keampunan buat hamba yang benar-benar mendambakan-Nya

Oo.. sungguh special Allah sediakan Ramadhan buat hamba-hamba yang dicintai-Nya. Sungguh kondusif untuk kita fokus betul-betul pada amal ibadat. Maka apa lagi alasan kita untuk culas daripada ketaatan pada-Nya?

Sangat-sangatlah rugi bagi mereka yang memandang enteng pada bulan yang berkah ini.

Sebagaimana sabda baginda :

“Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata :
Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.”


Ya Allah, kamilah hamba-hamba-Mu yang hina dina. Kami amat memerlukan pertolongan dan dokongan-Mu untuk kekal di jalan-Mu, untuk kekal dalam redha-Mu.

Terima kasih ya Allah kerana menghadiahkan bulan yang terhebat ini buat kami. Janganlah Engkau menjemput kami sebelum sempat kami menghidupkannya hingga ke akhirnya. Izinkan kami kembali kepada fitrah seorang insan yang suci, sebagaimana Engkau jadikannya buat kami di awal penciptaan kami.

Read the rest of this entry »

 
 

Ahlan!

Countdown to Ramadhan

0 Days 14 hours 22:28 minutes

~Allahumma ballighna Ramadhan~

Begitulah bacaan Countdown yang telah ditempelkan di sidebar blog ini hampir 2 bulan lalu.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menconteng sesuatu tentang Ramadhan di sini (walau pun sebenarnya tengah sibuk mengemas rumah). Sebab apa? Tak mahu ketinggalan memulakan hari-hari dalam bulan Ramadhan dengan menyeru manusia ke arah kebaikan. Semoga menjadi motivasi kepada diri saya sendiri dan mana tahu, kalau ada yang tergerak hati untuk beramal selepas membaca contengan yang tak seberapa ini, masuk juga sahamnya pada saya ~ameen~

Istimewanya Ramadhan

Sesungguhnya Ramadhan adalah hadiah dari Allah kepada ummat Muhammad S.A.W. Supaya kita dapat memanjangkan umur kita yang pendek dan melipatgandakan pahala amalan soleh. Bukan itu sahaja, Allah SWT juga membantu hamba-hamba-Nya melakukan ketaatan pada bulan ini. Bagaimana? Dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan semua sayaitan diikat. Hadiah bonus juga menanti mu’min yang bersungguh-sungguh mengejarnya; Lailatul qadr. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. 1000 bulan = 83 tahun 4 bulan, umur kita pun mungkin tak sempat mencecah 83.

Rebutlah peluang setahun sekali ini kerana mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Sementara masih bernafas, nadi masih berdenyut, jantung masih berfungsi, sendi-sendi masih bebas bergerak, marilah kita sama-sama berusaha memenuhi Ramadhan kali ini dengan ketaatan kepada Allah supaya lebih bermakna. Takkan disia-siakan hadiah dari Allah begitu saja? Boleh jadi pada Ramadhan akan datang, muscles kita sudah reput di dalam kubur.

Para sahabat ridhwanullahi alaihim ajmaien apabila melihat anak bulan Ramadhan, bergegas ke masjid-masjid, menyibukkan diri mereka dengan solat, puasa, tarawih, tilawah, qiyamullail, sedekah, zikir dan lain-lain. Kita pula? Apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh puasa, bergegas ke bazar-bazar dan pasaraya, menyibukkan diri membeli-belah –  baju raya, kasut raya, kuih raya dan lain-lain. Bukan tak boleh, tapi kalau sejak hari pertama lagi asyik memikirkan tentang Hari Raya sahaja, di manakah terbuangnya Ramadahan kita?

Beberapa jam lagi Ramadhan akan tiba, sambutlah tetamu mulia ini dengan cara yang selayaknya, walau di mana anda berada. Semoga kita tak menjadi golongan yang rugi.

Ahlan Ya Ramadhan!