RSS

Ramadhan bukti kasihNya

10 Aug

Menjelangnya Ramadhan…..


Allah membelenggu semua syaitan

Allah menutup pintu neraka

Allah membuka pintu syurga

Allah menawarkan ganjaran berlipat kali ganda

Allah menjanjikan keampunan buat hamba yang benar-benar mendambakan-Nya

Oo.. sungguh special Allah sediakan Ramadhan buat hamba-hamba yang dicintai-Nya. Sungguh kondusif untuk kita fokus betul-betul pada amal ibadat. Maka apa lagi alasan kita untuk culas daripada ketaatan pada-Nya?

Sangat-sangatlah rugi bagi mereka yang memandang enteng pada bulan yang berkah ini.

Sebagaimana sabda baginda :

“Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata :
Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.”


Ya Allah, kamilah hamba-hamba-Mu yang hina dina. Kami amat memerlukan pertolongan dan dokongan-Mu untuk kekal di jalan-Mu, untuk kekal dalam redha-Mu.

Terima kasih ya Allah kerana menghadiahkan bulan yang terhebat ini buat kami. Janganlah Engkau menjemput kami sebelum sempat kami menghidupkannya hingga ke akhirnya. Izinkan kami kembali kepada fitrah seorang insan yang suci, sebagaimana Engkau jadikannya buat kami di awal penciptaan kami.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, terimalah amal kami, sucikanlah jiwa-jiwa kami. Sesungguhnya kami bukanlah sesiapa di dunia ini tanpa redha dan rahmat dari-Mu. Kami sangat-sangat teringin untuk menjadi hamba yang Engkau seru dalam al-Fajr :

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku!

Wahai jiwa-jiwa, bermujahadahlah melawan hawa nafsu demi Allah yang kita sama-sama cintai.

Sesungguhnya tidak akan mengecap seseorang syurga di akhirat jika dia gagal mengecap syurga di dunia, yakni perasaan HUBBULLAH ta3ala.

Ya Allah, unzur lana lahzoh bi3ainil redha..

Taqabballahu minni waminkum

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: