RSS

HaTi Ini…

13 Aug

Basah kerana kerinduan

Aku rindu apa?

Sungguh susah sekali menafsir hati yang sulit ini. Ku merindui bumi tarbiyahku, tarbiyah yang mendidikku untuk mengenali sebuah ukhuwah fillah. Yang mengajar aku untuk jua mencipta ukhuwwah fillah dalam jalan dakwah-Nya.

Pernah jua ku terfikir, mengapakah ukhuwwah fillah? Oo rupanya menyayanginya kerana hanya Pencipta, bukan untuk mendapat redha insan dunia semata. Memang tak dapat dinafikan hati ini sering kali mendambakan kasih sayang..  namun yang membezakannya ialah kasih sayang apakah yang kita cari? kerana apakah? Adakah cinta yang hakiki?

Kau mencintaiku kerana Allah. Kini aku faham mengapa kau lakukan itu dan ini kepadaku. Aku hairan, tidak penatkah wahai sahabat melayan karenah diriku ini?

Oh tentu sekali tidak jawabnya bukan?

Kerana apa? Aku bertanya.. dan dikau menjawab sambil tersenyum, kerana.. INNI UHIBBUKI FILLAH.

Aku melihat qudwah dalam dirimu. Ya, aku kenal itulah kamu yang sebenar.. yang ikhlas bersahabat denganku, ikhlas nian.. tak sedikit pun aku lihat kamu khilaf dalam niatmu. Kamu adalah kamu. Bukannya kepura-puraan untuk menambat hatiku, tetapi hanya untuk menarik aku dekat lagi pada Tuhan aku.

Aku mengerti sebuah ukhuwwah darimu sahabat. Terima kasih yang tidak terhingga. Terima kasih kerana sudi mengikat sebuah janji bersama-samaku.. untuk kita berpimpinan tangan berlari menuju kasihNya. Aku tahu, kamu takkan membawa aku ke mana-mana melainkan kepada Sang Pencipta. Inilah tafsiran keikhlasanmu kepada aku. Aku tahu, kamu tidak akan membawa aku mengejar hawaku, dan aku jua tahu kamu tidak akan sesekali membenarkan aku memandang dunia.. kerana aku tahu kamu mahu kita sama-sama memandang pada kasih-Nya.

Aku mendengar kamu menangis dalam doamu kerana aku. Kamu sedih melihat aku bergelumang dengan dosa. Kamu gembira melihat aku melakukan kebaikan.Kamu meletakkan dirimu dalam diriku, setiap saat, setiap ketika. Kamu mahu aku sentiasa mendapat yang terbaik dalam hidupku biarpun dirimu tersiksa. Kerana kamu tahu, pengorbananmu itu membawa kita ke jannah-Nya.

Jazakunnallahu khairan kathira sahabat….

Sahabat, marilah kita sama-sama menyambung rantaian ukhuwwah ini, panjangkanlah ia, luaskanlah ia, agar kita dapat menghadap-Nya,menatap wajah-Nya, bukan aku seorang, dan juga bukan kamu seorang, tapi kita bersama-sama…

“Allahumma thabbit qulubana 3ala dinik wa3ala tho3atik wa3ala jihadi fi sabilik”
*doa rabithah*

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: