RSS

Ibrah Badar

23 May

Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepadamu bahawa salah satu dua golongan ( yg kamu hadapi) adalah untukmu sedangkan kamu inginkan bahawa yang tidak mempunyai senjatalah untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir”

(al-Anfal : 7)

Saat Rasulullah dan sahabat memilih untuk memerangi kafilah Abu Sufyan yang membawa hasil perniagaan dari pihak Quraisy – dengan niat yang satuuntuk merampas kembali harta muslimin makkah yg ditinggalkan di sana semasa mereka berhijrah, tidak pernah terlintas di fikiran mereka bahawa mereka akan menghadapi peperangan dengan Kafir Quraisy dengan bilangan tentera 3 kali ganda melebihi bilangan mereka.

Sebaliknya Allah S.W.T hendak memberi rampasan yang lebih untuk hambanya, kemenangan yang lebih gemilang, kerja yang lebih mulia dan lebih sesuai lagi sejajar dengan tujuan yang seharusnya ada bagi setiap individu muslim apabila bertindak dalam kehidupan seharian iaitu berdakwah ke jalan Allah dan berjihad fisabilillah , berkorban jiwa raga dan harta demi meninggikan kalimah Allah. Itulah setinggi-tinggi matlamat dalam hidup seorang mukmin!!

Allah mahu membenarkan kalimahNya dan memusnahkan orang-orang kafir, dan perkara itu hanya dapat dibuktikan melalui perang, maka Allah mentakdirkan berlakunya peperangan Badar. Terlalu banyak hikmah yang tersirat di sebaliknya, mari kita renungi serba sedikit ibrah yang terselit, lantas mentatbiqkannya dalam kehidupan dakwah serta tarbiyah kita.

1. Sunnatullah dalam dakwah adalah menghadapi kesusahan-namun kita akan mengecapi nikmat yg besar di hujungnya.Semakin susah ujian yang kita tempuhi dalam jalan dakwah, semakin kuat keyakinan untuk kita berada di atas jalan itu dan semakin hampir kita kepada kemenangan yang telah Allah janjikan.

Justeru dalam Badar, Allah tidak menemukan tentera muslimin dengan kafilah Abu Sufyan yang tidak bersenjata – walaupun mereka berkehendakkan demikian- tetapi Allah menemukan mereka dengan tentera musuh jauh lebih ramai dari mereka supaya mereka dapat merasai cabaran yang lebih besar dalam jalan dakwah, serta meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah.

2. Meletakkan Allah sebagai hanya tempat pergantungan – dan itulah jalan keluar bagi setiap ujian dan kesusahan yang kita tempuhi. Apabila Allah menguji seorang hambanya ; untuk menguji keimanannya, kesabarannya bertahan dalam ujian tersebut, akhirnya dia mengembalikan seluruh pergantungannya untuk menghadapi ujian itu kepada Allah yang Maha Kuasa- maka tertahqiqlah hakikat ubudiyah bagi dirinya- yang merupakan tujuan kenapa dia diciptakan.

Golongan Badar membuktikan ubudiyah mereka dalam peristiwa ini, bahkan mengambil qudwah dari Rasulullah S.A.W, bagaimana Rasulullah berdoa kepada Allah supaya memenangkan kaum muslimin dengan serendah-rendah hati,dan setinggi-tinggi pengharapan (bertadarru’ kepada Allah) menadah tangan ke langit, hingga terjatuh serban menutupi bahunya – dalam keadaan Rasulullah yakin bahawa tentera muslimin akan menang sebagaimana yang Allah janjikan.

Tetapi berdoa dengan sepenuh hati itu adalah tugas-tugas ubudiyah kepada Allah, kerana untuk ‘ubudiyahlah manusia diciptakan dan itulah penghargaann kepada pertolongan Allah pada setiap keadaan.

3. Menetapkan kembali Allahu ghayatuna dalam setiap keadaan

Dalam peristiwa Badar, meskipun hukum syara’ membolehkan tujuan rampasan harta orang-orang kafir, namun Allah lebih menghendaki supaya mereka meletakkan Allah sebagai setinggi-tinggi matlamat mereka dalam setiap langkah mereka.

Jika mereka memerangi kafilah Abu Sufyan,besar kemungkinan tentera Muslimin akan menang dan berjaya memperoleh harta rampasan tersebut;

Tetapi Allah inginkan mereka mendapat kemenangan lebih besar, dan harta rampasan yg lebih banyak – dengan membersihkan niat mereka supaya keluar berperang untuk meninggikan kalimah Allah bukan semata-mata untuk mendapatkan harta mereka yang berada di tangan kafir Quraisy.

Mizan kita dalam setiap perkara adalah Allah,tidak kira dalam apa jua keadaan, kita tidak boleh tergoyah oleh sebab-sebab duniawi umpama wang ringgit dan sebagainya.

Kerana itu, qadhiyah NIAT sangat penting dalam diri seorang manusia dan da’ie secara khusus, kerana niat yang ikhlas kerana Allah sahaja yang akan menyebabkan makbulnya amalan kita di sisi Allah, dan tidak menjadi debu-debu yang berterbangan.

Moga Allah pelihara setiap niat kita dan menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang ikhlas..

Selamat memasuki fatrah ‘peperangan imtihan’- ambillah ibrah dari badar untuk menghadapi peperangan imtihan nanti..

Sama-sama sucikan niat utk menghadapai imtihan,letakkan Allah sebagai setinggi matlamat dan pergantungan untuk menghadapai imtihan dan letakkan sebaik-baik khuttoh untuk imtihan kita.

~hasbunallaha wa ni3mal wakil~ Allahumma ja3alna minal mukhlasin~

Bittaufik wan najah!!!

GLOSARI:

kafilah: rombongan

fisabilillah: di jalan Allah

mentadbiqkan: melaksanakan

Sunnatullah: Ketetapan Allah

tertahqiqlah: terbuktilah

ubudiyah: kehambaan

qudwah: contoh ikutan

ghayatuna: matlamat kami

mizan: neraca

qadhiyah: kondisi

fatrah: musim

ibrah: pengajaran

khuttoh: langkah

Bittaufik wan najah: Semoga mendapat kecemerlangan dan kejayaan

 
1 Comment

Posted by on May 23, 2011 in Sharing is caring

 

One response to “Ibrah Badar

  1. sya_J

    May 30, 2011 at 10:30 pm

    mubarak! teruskan menulis untuk ummah.
    ummah kita memerlukan pena2 yang menyeru kepada perjuangan~

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: