RSS

Dia yang semakin melambai

20 Aug

Ahlan wasahlan ila madrasah Ramadan! Apakah aluan ini perlu diucap sekadar di permulaan Ramadan? Atau masih perlu diucapkan? kerana boleh jadi ada antara kita yang masih belum dapat menjadi pelajar terbaik dalam sekolah Ramadan ini

Tahniah diucapkan buat akhawat yang mengambil keputusan untuk meluangkan Ramadhan tahun ini di Mesir. Bagi saya ia adalah keputusan yang besar kerana anda perlu berpuasa ketika musim panas di Mesir yang mencapai puncaknya sekitar Julai dan Ogos setiap tahun. Tambahan pula anda perlu menahan lapar, dahaga, dan segala perbuatan yang membatalkan puasa sekitar 16-17 jam sehari.

Saya pasti sebahagian dari pembaca yang mengambil jurusan perubatan maklum sekiranya seorang manusia tidak mengambil sebarang makanan dalam tempoh yang lama, badan akan mensintesis glukosa dari sumber bukan karbohidrat terutamanya sel lemak di hati. Apa lagi bukankah ini peluang terbaik untuk berdiet?

Tetapi, bukan ini yang ingin saya tekankan. Sesungguhnya di dalam bulan Ramadhan, terdapat 1001 hikmah yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang menjalani detik demi detik dgn ketaqwaan. Ibadah sahur atau makan pada awal pagi [sebelum azan subuh] yang digalakkan bukan sahaja untuk menyediakan badan menghadapi hari tanpa makanan, tetapi pada hakikatnya adalah waktu terbaik untuk beristighfar dan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin :

يَستغفرُون وبِاللأسْحَارِهُم

” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar”

(Az-Zariyyat : 18)

Allah juga sangat menggalakkan kita memperbanyakkan doa pada bulan yang mulia ini. Yang paling penting, yakinlah dengan doa anda. Rugilah mereka yang leka dan tidak memperbanyakkan doa dan istighfar sewaktu sahur, berpuasa, dan berbuka.

Sabda Rasulullah SAW;

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

 

Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Akhawati fillah,

Ramadhan  merupakan bulan yang bebas dari syaitan. Mereka dikurung dan dibelenggu di neraka dan hanya akan dibebaskan pada waktu maghrib 30 Ramadhan. Ini bermakna anda pada waktu ini adalah diri anda yang sebenar. Tiada hasutan dan bisikan dari syaitan. Teruskan usaha untuk melawan nafsu dalam diri supaya anda menjadi pemenang terakhir.

Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak produktif pada siangnya. Sesungguhnya berlapar dan dahaga hanyalah cabaran yang kecil. Cabaran sebenar terletak pada bagaimana untuk kita bermujahadah dan menjadikan setiap amalan kita penuh dengan ketaqwaan. Bayangkan Ramadhan kali ini adalah yang terakhir. Masa yang kita luangkan untuk menonton televisyen atau berfacebook, apa salahnya kita luangkan untuk bertadarus. Ramadhan bukan selalu. Banyak mutiara yg Al-Qur’an berikan setiap kali kita mentadabbur tafsirnya.

Akhir kalam, semoga semua perkara dalam ‘check list’ Ramadhan anda tertunai. Ramadhan Kareem!

 Oleh : Nur Izzatie Dzulkiflee, tahun 6 Kasr El-Ainy Medical School

 



 
Leave a comment

Posted by on August 20, 2011 in Sharing is caring

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: