RSS

Author Archives: antaradua

Menjadi pendamping yang setia

Siapa yang kita nak dampingi sebenarnya? Atau……lebih tepat lagi, APA yang kita nak dampingi?

Huwa AL-QURAN AL-KAREEM.  – antaradua sekadar nak berkongsi ye-

Kita kenal Al-Quran sejak kita lahir, kita belajar baca mungkin sejak umur 5-6 tahun, dan selepas itu hubungan kita dengan Al-Quran berbeza-beza antara setiap individu. Ada yang cintanya pada Al-Quran disemai sejak kecil. Alhamdulillah ya Rabb! Tapi tak semua punya peluang sebegitu. Ramai antara kita yg memandang Al-Quran tu sebagai satu bacaan yang perlu dibaca secara rutin, tapi kekerapan dan kuantiti bacaan, terserah anda!

Dan berapa ramai juga antara kita yang memasang harapan untuk menghafal Al-Quran, sebanyak mana dan selama mana juga menjadi persoalan. Itu belum masuk bab memahami dan mendalami Al-Quran.

Sungguh, hubungan kita dengan Al-Quran tu sangat ditentukan oleh sedalam mana kita mencintai Al-Quran, and vice versa. Pointnya di sini, setiap muslim wajib mempunyai hubungan rapat dengan Al-Quran, tapi bagaimana cara nak buat supaya keinginan untuk rapat tu datang dari hati, bukan suruhan atau paksaan sesiapa…

Alhamdulillah, waktu study leave ni, Allah bagi ruang untuk tadabbur love letter dariNya melalui satu lg medium. Khawatir Qur’aniyah tulisan Amru Khaled. Buku ni dah lama, kami je yg baru nak teroka.. Dalam muqaddimahnya, Amru Khaled bercerita, bagaimana beliau sedih bila tiba bulan Ramadhan, umat Islam berlumba-lumba ingin menghabiskan 30 juzuk Al-Quran dlm masa sebulan. Hingga membaca tanpa tadabbur, tanpa cuba mencerna makna, dan tanpa faham sepatah haram pun (ni ayat saya la). Kalau yang faham makna, tak cuba untuk kaitkan dengan ayat2 sebelum dan selepas, dengan nama surah dan sebagainya…

Masa baca ayat ni, saya sangat terasa! Saya punyalah kagum dengan rakyat Mesir yg sangat rapat dgn Al-Quran bila tiba Ramadhan, tapi beliau sedih pulak! Agaknya kalau beliau lihat rakyat Malaysia camne la ye?

Maka terhasillah buku ni, yang pada setiap surah ada diterangkan, hadaf (mesej utama surah), ayat-ayat yg berkenaan, contoh-contoh yang Allah paparkan, dan kenapa nama surah ini begini. Saya cadangkan sangat rakan-rakan yang sedang mencari-cari method bagaimana nak mula mencintai Al-Quran, selaklah buku ini, mulakan dengan Al-Fatihah dan insyaAllah akan rasa urge dan excitement untuk ke surah-surah yang seterusnya… Moga boleh membawa kepada terjemahan amal yang lebih besar – tilawah, hafalan dan muslim pada hakikat.

Apa yang saya dapat daripada buku ni?

Jujurnya, kenapa saya sangat terkesan dgn buku ni, yang pertama memang kerana huraiannnya… sangat mengetuk hati dan membuka minda, tapi yang lebih besar kerana buku ini telah menyelesaikan masalah yg saya hadapi… Yakni eih? Untuk istiqamah pada menghafal Al-Quran. Mengulang (yang tak banyak mana pun) dan menghafal yang baru.

Memang sangat betul apa yg Ustazah Iffat kata, Allah bagi Al-Quran pada siapa yang nak, dan yang bersungguh-sungguh mahu. Kalau kerana bertambah sikit kerja atau tanggung jawab kita sehari-hari, menyebabkan kita meletakkan Al-Quran ini di priority yg lebih bawah, atau membaca dan menghafalnya dalam keadaan terpaksa, maka kitalah yang rugi. InsyaAllah pahalanya tetap ada, kerana Allah telah janjikan setiap huruf dalam Al-Quran ada ganjarannya bila dibaca walaupun sekadar alif laam miim. Tapi ruginya kita  kerana tak dapat nak menikmati ketenangan dan kerehatan membaca dan menghafal Al-Quran.

Pernah sekali waktu sedang berkelas dgn ustazah, saya minta beliau ‘iqab (hukum) saya sebab dah berminggu tak berjaya hafal dengan kuantiti dan kualiti yg baik, tapi ustazah jawab dengan ayat yg patutnya bagi motivasi, tapi saya down pulak lepas tu… ” Tak, aku taknak bg  ‘iqab, nanti kau tak ikhlas nak menghafal.” Ambik skali!  Tapi lepas fikir lama-lama, sangat betullah kenyataan tersebut.

Bagi sesiapa yang sedang atau nak mula menghafal Al-Quran, bersegeralah! Jangan bertangguh, dan bila rasa macam demotivated utk menghafal, segeralah minta ampun dan petunjuk daripada Allah. Akan sampai bantuanNya, dan of course, motivasi tu datang daripada Al-Quran sendiri. Al-Quran memang huda, dan huda tu dalam pelbagai bentuk. Mungkin dari ustazah, mungkin bila mendengar radio, mungkin dengan memerhati orang sekeliling, dan mungkin juga dengan buku ini.

Bila kita bertangguh, jadilah macam saya ni. Bila tengah kuliah, janji pada diri nak hafal lebih baik bila weekend. Lepas tu banyak aktiviti, janji nak hafal masa study leave. Lepas tu rasa nak fokus exam, janji nak hafal masa cuti. Lepas tu, busy kelas Bahasa Arab dan program pulak, janji nak hafal bila balik Malaysia, pastu nak spend banyak masa dengan family pulak…dan dan dan. Sebenarnya semua ni berlaku bukan sebab kita sibuk atau tiada masa, tapi sebab dalam hati kita tiada rasa sayang dan rindu pd Al-Quran. Pada pendapat saya, dengan rindu itulah menjamin istiqamah kita dengan Al-Quran.

Lepas dah dapat beberapa surah daripada buku ni, (tazkirah rumah hari-hari), sayang dan rindu pada Al-Quran bertambah. Dah boleh tersenyum dan berkerut-kerut bila sampai pada ayat-ayat tertentu. Memasang impian utk berjumpa Nabi Ibrahim bila menghafal surah Ibrahim. Berangan untuk berjumpa hud hud yang sgt comel peribadinya, dan si semut yang sangat bijak menjaga imej Nabi Sulaiman bila tilawah surah An-Naml. Mencontohi Nabi Yusuf yang sangat dinamik kisah hidup baginda bila tiba juzuk 12. Ingin benar-benar nikmati jawapan Allah bila  baca surah Al-Fatihah dalam setiap solat. Ingin cuba jadi orang yg paling merendah diri bila sedang solat Subuh hari Jumaat. Ingin jadi ibu yang terbaik bila faham surah Luqman. Mahu tinggalkan segala yang maksiat dan lagho bila teliti surah Toha. Mahu  tenang bila diuji waktu tahu hadaf surah Al-Ankabut. Ye, kesannya bukan terhad pada skop sekitar membaca dan menghafal Al-Quran, malah lebih dari itu. Objektif buku ni dah tercapai kalau tidak banyak, sedikit kepada saya.. Ni’ma ajrul amiliin.

Dan moga rasa sayang dan cinta ini, Allah kekalkan. malah tambahkan. Hingga bila sesibuk atau seletih mana pun kita, hati mencari-cari Al-Quran untuk melampiaskan rasa rindu yg berbuku. Allahumma ameen….dan minta dijauhkan, daripada nikmat ini ditarik atau dikurangkan.

Pada yang tak pernah terfikir nak menghafal Al-Quran, tidak salah untuk fikir-fikirkan. Jangan khuatir, usia dah lanjut ke, dah banyak tanggungjawab ke, dosa setinggi gunung ke, otak tak pick up ke, dah banyak makan kari kepala ikan ke…..semua tu takkan menghalang kalau kita mahu, kalau kita nak. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Ada sekali, tengah tasmik surah Ali-Imran dengan ustazah, tersekat di tengah jalan. Tiba-tiba ada orang sambung kat belakang. Sape tu? Suspen pulak. Oh, mak ustazah yang umurnya nak dekat 90 tahun. Ustazah pun cerita, maknye menghafal masa umur 70 tahun, satu ayat sehari ulang 5 kali setiap kali solat. Akhirnye khatam hafalan lepas 7 tahun. See, mmg Allah akan bagi Al-Quran pada yang nak. Tapi kalau kita tak sungguh-sungguh, takkan Allah nak bagi kalam Dia dijaga oleh orang yang main-main.

Akhir sekali, nak titipkan nasihat ustazah satu hari dulu. Dalam banyak-banyak benda yang kita nak hafal atau terhafal kat dunia ni, yang paling berhak utk dihafal ialah Al-Quran. ‘Asyan huwa kalam rabbina. Betapa malunya telinga yang mendengar bila ustazah kata, kita sungguh-sungguh hafal buku-buku medic hasil tulisan doktor-doktor yang manusia, hafal lagu-lagu nasyid karangan pelirik-pelirik yang manusia, hafal quotes dari orang terkenal seluruh dunia, (tak salah, langsung tak salah, malah memang wajib pada kita budak medic nak hafal buku-buku medic) tapi sangat dukacita kalau hati tak nak dan tak pernah terdetik untuk menghafal kalam Allah yang mencipta kita, bumi dan langit seluruhnya, (baca dengan mood hud hud masa mengkhabarkan kisah Balqis pada Nabi Sulaiman-An-Naml: 24-25) .

Dekatilah, sentuhlah, hayatilah, nikmatilah, genggamlah dan jadilah pendamping Al-Quran yang setia, maka Allah akan menjadikan setiap detik hidup kita lebih tenang untuk dilalui, lebih dekat padaNya.

ps: Maaf, entry berbunyi agak personal, did try to make it sounds as general as possible, and here it is. Tiada tujuan lain, hanya nak berkongsi, menitip pesan, meniup sedikit semangat kepada yg membaca.

Astaghfirullah ‘ala kulli zanbi, walakal hamd ‘ala ma qodhoita, ya rabbal ‘alamin.

 
4 Comments

Posted by on June 14, 2010 in Sharing is caring

 

it strucks my heart, yours too

Some highlights concerning the world, mainly on Haiti catastrophic earthquake. Picking up litte bits here and there.

1. Israel humanitarian team was the first to arrive in Haiti after the breaking news of the earthquake.

2. Apart from serving humanitarian aids, they got the time to do something else – stealing organs from dead bodies

3. Venezuela President, Hugo Chavez stated that the catastrophy in Haiti was not a naturally occurring earthquake but rather a result of tectonic weapon trial session done by the US. It is invented under a program known as High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP).

4. The whole province of Arisy is now trapped in a flood announced as the worst ever happen in Egypt. The flood also affects some other provinces in the southern Egypt; Aswan, Sinai and Menia. Hundreds and thousands of buildings are destroyed. And not only buildings but.. the tunnel barrier halfway built by Egypt and closely monitored by Israel is destructed as well. Everything is stopped right to this moment.

5. The flood also hits some parts of Saudi Arabia, including Tabuk, which geographically categorized as the dry district in Saudi. Never been raining there since centuries.

6. Children of Gaza donate towards Haiti disaster. i just don’t know how to elaborate more on this. Emotions got lahbatoh in heart and brain. Definitely this article will explain better.

Following the devastating earthquake that struck Haiti last week, 13th January, in which hundreds of thousands of people have lost their lives, the expected donations of humanitarian aid and emergency relief supplies have poured in from all corners of the globe.

However, one of the most touching outpourings of sympathy and aid has come from the most unexpected source. Gaza. In a region so desperately troubled itself, the people of Gaza have gathered assistance such as blankets, food, milk and what little money they have to send to the victims of the Haiti earthquake disaster. Seeing children in Gaza, who already have so little, join together to help people who they have never even seen, in a country they have probably never even heard of is moving indeed. There has been a group of donors working in Gaza striving to gather and send off this aid including the People’s Popular Committee Against the Siege and the families and children of prisoners in Israeli jails.

This demonstrates the fact that, despite all of the difficulty and trauma that they have been subjected to, the people of Palestine have not lost their humanity. They still understand the common, human impulse to help those in need, whoever and wherever they may be. This sends out a very positive image of the state of the human condition of those in Gaza. However, in complete contrast to this is the state of Israel who immediately boasted about sending out aid and medical teams to help the victim’s of the earthquake and yet are themselves the instigators and sustainers of one of the worst modern humanitarian crises in the world, on their own doorstep. It seems, in many ways, hypocritical for them to try and promote themselves as a humanitarian nation and to send teams racing across the globe to help the victims in Haiti while they themselves are imprisoning, occupying, abusing and keeping under siege a nation not even a stone’s throw away from where they live.

 

This is not to say that the people in Haiti should not be sent assistance from every possible source, however corrupt and displeasing that source may be; it is merely to point out the contradiction in Israel’s “humanitarianism”. If the children of Gaza can see the importance of reaching out and helping others then shouldn’t Israel be able to see the importance of reaching out and helping the children of Gaza?  ~ http://www.middleeastmonitor.org.uk ~

el-khotiroh : Innallaha ma’ana, Alaa inna nasrallahi qoreeb.

Those 6 points above are just snaps and shots concised to fit the mode of exam rush and crush around us. It is most welcome if dear readers can search and read more from the particular sources.

A pressure to read yet a pleasure to share….ALL THE BEST!!

~antaradua~

 
Leave a comment

Posted by on January 24, 2010 in Sharing is caring

 

antara dua

Antara dua peristiwa, antara dua fenomena, antara dua realiti.

Kemenangan besar Mesir ke atas Algeria dalam perlawanan bola sepak kelayakan ke Piala Dunia 2010 sabtu lalu terus menjadi bualan. Tapi di sini, bukanlah kemenangan itu yang ingin dibincangkan, bukanlah juga kehebatan pasukan Mesir yang ingin dicanangkan, bukanlah jua kecorotan pasukan Malaysia yang ingin dibandingkan.

0973a9c1561f2cee
the aim

Jujurnya, sesiapa sahaja yang berada di tanah Islam bukaan Amru Al-As  ini pasti berbangga dengan kemenangan tempoh hari. Walaupun kita hanya musafir sementara. Kerana sense of belonging itu tetap ada. Dan kerana sense of belonging itulah rasa sedih juga menerpa apabila melihat galaknya rakyat Mesir meraikan kemenangan mereka. Jalan raya sesak.  ‘Eh, macam tak biasa pulak tengok jalan sesak kat Mesir ni’.

Tidak, kali ini jalan sesak kerana pemuda-pemudi harapan agama bersorak dan berteriak di     tengah-tengah jalan. Lelaki, wanita penjana produktiviti negara menari dan bergelek di atas lori. Syabab dan fatayaat penyambung risalah berkejar dari satu gerabak ke gerabak metro meniup trumpet dan bersiul. seolah-olah segenap organ, nerve and muscle bersatu dalam jasad untuk meraikan jaringan masa kecederaan Emad Moteab. Bunyi gendang, siulan, tiupan wisel, lagu rancak memenuhi setiap inci perjalanan. Manusia yang sebaik-baik ciptaan ini sedang leka dan tenggelam dalam keseronokan yang tiada batas.  Lupa segala-galanya. Malu rasanya pada pokok, batu dan kucing yang sentiasa bertasbih memuji kebesaran Allah.

“Mesti Rasulullah saw sedih kalau tengok…” ungkap seorang ukhti. Hati tersentak!

Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on November 16, 2009 in Sharing is caring

 

3 jam di Masjid Rab’ah

Tahun 4 di Cairo University bermula dengan Forensic Medicine. Hari ini lecture berkisar tentang death, diagnosis of death, sudden death dan car accidents. Menarik! Terasa dekatnya sang doktor ini dengan alam yang satu lagi. Lantas teringatkan memori di Masjid Rab’ah di bulan Ramadhan lalu.

Niat di hati ingin solat zuhur dan berehat sebentar sebelum ke temu janji yang dirancang. Namun Allah bagi rehat yang bukan sia-sia. Tatkala kaki menapak anak-anak tangga ke musolla sayyidat, mata disajikan dengan wanita-wanita yang turun dengan mata merah dan berair. Macam dah boleh jangka sesuatu. Sebab masjid ni memang selalu solatkan jenazah sebab letaknya sangat hampir dengan Hospital Rab’ah. Biasa saje, tak rasa ape-ape, sekadar mendoakan si mati.

Gambar hiasan. Masjid Al-Azhar

 Terus ke atas, berwudhuk dan bersolat. Sejurus selesai, ada pengumuman untuk bersama-sama solatkan jenazah yang baru tiba. Read the rest of this entry »

 
5 Comments

Posted by on October 9, 2009 in Sharing is caring, Wheel of life

 

Allah sayang kita, without limits

Saya bukanlah orang yang terbaik untuk menterjemahkan perasaan di atas dalam bentuk kata-kata. Tapi cuba juga, moga pointnya sampai kepada yang membaca.

I’ve gone through some incidents for the past few weeks. Yang bila direnungi kembali, bukan saja-saja Allah letakkan saya dalam situasi-situasi ini. Sekadar berkongsi, moga Allah mengampuni kekhilafan diri.

I was on my way to a friend’s place, on a microbus. As usual, i had prepare LE1.25 in my hands for the fare before I took the ride. Coins. Why, because i feel it is so troublesome to find my wallet in my big bag loaded with books in the extremely-efficient vehicle. What happen was, the driver got so excited and sped up, but suddenly made an emergency brake. The coins slipped from my hands and I lost them! (it was at night, couldn’t find it). Read the rest of this entry »

 
7 Comments

Posted by on May 2, 2009 in Sharing is caring

 

exam lagi???

 

Kita manusia. Manusia itu imannya bila dibaja mampu jadi lebih mekar daripada mawar di hening pagi. Tapi bila lupa disiram, layulah iman itu lalu menjauhkan manusia daripada Penciptanya. Sesungguhnya iman itu bila ada dalam hati,tersesarlah segala kegelapan dan nafsu syahwat. Iman itu petunjuk dalam merungkaikan segala kekusutan dalam jiwa. Layaklah diungkapkan, iman satu mukjizat yang diperlukan oleh seorang yang bernama manusia.

Mukjizat ini kalau ditatang bagai minyak yang penuh, akan lahir mukmin sejati, sama ada doktor, jurutera, juruukur, jurutaip dan segala juru yang ada. Hatinya penuh yakin dengan keesaan Allah. Dia satu-satunya yang layak disembah, yang wajar didahulukan dalam setiap urusan. Yang didamba oleh seorang hamba yang beriman adalah redha Tuhannya. Hala tuju, perancangan, impian dan wawasan semuanya menjurus kearah menggapai redha Allah.  Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya’ (Al-Kahfi : 110)

Mukmin itu pengharapannya hanya pada Allah. Tawakalnya tidak ada pada yang lain selain Dia. ‘Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah jika kamu orang-orang beriman’ (Al-Maidah:23). Menyelusuri sirah para rasul, terpancar ketinggian tawakal mereka pada Allah. Mengambil Nabi Ibrahim a.s sebagai contoh, tatkala baginda meninggalkan Hajar dan Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kontang. Ismail, anak yang dinanti sekian lama, yang ingin dilihat tawanya saban hari, yang ingin disandarkan segala harapan dan cita-cita. Tapi,apabila datangnya sebagai perintah daripada Allah, Ibrahim terima selapang hati. Serahkan segalanya pada Allah kerana yang pasti, segala yang dititipkan olehNya, tidak ada natijahnya kecuali yang terbaik untuk seorang mukmin.

Begitu juga ketika Nabi Muhammad menenangkan Abu Bakar tatkala kafir Quraisy semakin menghampiri tempat  persembunyian mereka di Gua Thur. Sedikit lagi mata dihala ke bawah, akan terlihatlah kaki-kaki mereka. Tapi, hakikatnya Allah yang menentukan sama ada orbicularis oculi itu perlu ‘contract’ ataupun tidak. Indahnya kalam Nabi  s.a.w, “Apakah sangkaanmu, bila kita berdua, maka Allah yang ketiga”.

Iman itu, bila menjadi pemastautin tetap dalam hati, bakal melahirkan jiwa yang bersedia untuk taat dan berkorban demi Allah dan Rasulnya.  Rasulullah sendiri mengorbankan seluruh hidupnya ; waktu, usaha, keluarga, harta, negara segalanya demi memastikan risalah Islam sampai kepada generasi hari ini dan akan datang. Contohilah baginda jika Allah dan syurga menjadi impian.

Kutiplah semangat pengorbanan yang dizahirkan oleh para sahabat. Cemburu dan akurnya Umar Al-Khattab pada darjat pengorbanan Abu Bakr.  Umar kata, hartanya separuh untuk Islam, separuh lagi untuk keluarganya, tapi Abu Bakr kata, hartanya semua untuk Islam. Lalu keluarganya bagaimana?  “Aku tinggalkan pada mereka, Allah dan rasulNya”. Tanpa ragu-ragu.

Bezanya pengorbanan seorang mukmin, dan seorang musyrik. Allah abadikan kisah ahli-ahli sihir Firaun dalam Al-Quran khusus buat tatapan umat Muhammad. Mereka mengharapkan sesuatu daripada Firaun apabila diarahkan untuk menentang Nabi Musa. Maka Firaun memberi janji, “Kamu semua orang yang sangat dekat denganku”. Sesudah Nabi Musa memperlihatkan mukjizatnya, selepas Allah mencampakkan hidayah pada hamba-hamba pilihannya, ugutan Firaun dipandang sebelah mata. Kata ahli sihir, “Lakukanlah apa yang kamu hendak, apa yang kamu lakukan, semuanya di dunia, sedangkan Allah itulah yang Maha Kekal”.  (As-Syuaraa’: 41-47, Taha :71-73). Pengorbanan seorang mukmin dilakukan tanpa syarat, kerana segalanya kerana taat.

 

Sekilas pandang, hambanya kita hamba yang bagaimana? Sabarkah kita bila diuji, bersyukurkah kita bila diberi nikmat? Tawakal kita setinggi mana? Kadangkala terlintas juga di hati si anonymous, “Walaupun aku study sempoi je, tp sebab otak yang cepat pick up, aku excel jg” . Di mana Allah kita letakkan bila mengungkap kata-kata itu? Kita sering sedar akan nikmat dan kelebihan yang ada, tetapi sering lupa menghargai  Yang Maha Mengurnia. Istighfar sebaik penawar. Pengorbanan kita sebesar mana? Kata seorang soleh, berkorbanlah mengikut keperluan orang yang memerlukan bukan berdasarkan kemahuan orang yang ingin berkorban.

Susahnya…mulalah dari sekarang, merangkak, menapak, berjogging dan berlari. Terus berlari, menggapai redha Ilahi.  Hadapilah peperiksaan yang menjelang ini sebagai seorang hamba yang sanggup berkorban tidur dan rehat, usaha dan usaha diiringi tawakal serta solat, agar dilimpahi Allah kurnia yang tiada had.

Ya zaljalaali wal ‘izzah, wansur ikhwaanana fi ghazah.ilal amal

                                                                                                                                         

 
5 Comments

Posted by on March 15, 2009 in Sharing is caring

 

why am i here?

Why am I here

In the world where I can see so much laughter

Is it for me to smile and giggle together

Or for me to distinguish deeds and sins matter

 

Why am I here

In the world where the rich insults the poor

And the helpless being oppressed by mr.dictator

Is it for me to ignore, or thicken the border

Or to treat others equal regardless the order

Just like what He whispers in the love letter

 

Why am I here

In the world where I can browse world-wide horror

Is it only for me to look and glance at their suffer

Or for me to maximize the help I can offer

And my friends and family I shall gather

 

why am i here?

why am i here?

 

 

Why am I here

In the world where people got blinded by the mirror

Should I stand firm and make it clear

It’s not the wealth, the rank, the kids that we run after

But the love from Allah we should seek and treasure

 

 Why am I here

In the world where my deen is an everyday-humour

And my brothers and sisters are being slaughtered

Is it for me to say, that issue is not in my planner

Or to understand that their heads rest on my shoulder

For me to uphold and be the next soldier

 

Why am I here

In the world where there’ll be a here after

A promise sent by Allah thru His messenger

The slaughter, the poor, the dictator and the mirror

The border, the order, the horror and the humour

This is the reality, mixed together

In the world which I question, why am I here

Pages of the beloved Quran then we refer

For us to find solace and the right answer

“And I (Allah) created not the jinns and humans except they should worship Me (Alone)”

 

c95b03cda477ef3a91010a9b325875592 Now I realize why am I here

 

 

 
Leave a comment

Posted by on January 24, 2009 in Sharing is caring