RSS

Author Archives: damadelunas

^_^

KLIK DI SINI

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on April 16, 2012 in Sharing is caring

 

One Year Ahead

2009

2010

2011

If you notice, every year we have ‘a new year’ post (eventually by mizstrawberry ๐Ÿ˜› ). And in this 2012, Antara Dua 4th Anniversary, seems that mizstrawberry and everybody else is too busy. ๐Ÿ™‚

May this 2012 be our kick-start to be a good servant to Allah and improve ourselves in every aspect especially mental, physical, social, economy, deen and of course better in preaching people to Islam. ๐Ÿ™‚

Actually, I have a lot to say. Yet, I don’t know how. Okay, actually we, all the contributors want to say this. We’re deeply sorry for neglecting Antara Dua ever since Facebook is dominating everything. We never meant to do so. It’s just… things are never easy when it comes to istiqamah (continous in doing good deeds). Okay, lame excuse, I know. ๐Ÿ˜‰

Please forgive us. Please. ๐Ÿ™‚ May Allah forgive us too.

But dear reader, please don’t be sad, you just need to click the links on the sidebar. Some of us even contribute in any of these links. And even other great contributors are doing so. You still can read great masterpiece! ๐Ÿ™‚

To realize the value of ONE YEAR,ask a student who failed a grade.

To realize the value of ONE MONTH, ask a mother who gave birth to a premature baby.

To realize the value of ONE WEEK, ask the editor of a weekly newspaper.

To realize the value of ONE DAY, ask the person who was born on February 29th.

To realize the value of ONE HOUR, ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of ONE MINUTE, ask a person who missed the train.

To realize the value of ONE SECOND, ask a person who just avoided an accident.

To realize the value of ONE MILLISECOND, ask the person who won a silver medal in the Olympics.

Treasure every moment that you have! And treasure it more because you shared it with someone special, special enough to spend your time. And remember that time waits for no one.

Yesterday is history.

Tomorrow is mystery.

Today is a gift.

That’s why it’s called the present

Gambar Ihsan [Flickr]

And He found you lost, and guided you [Al-Quran 93:7]

Alhamdulillah for we’re still Muslims in this new year under the shower of His blessings. May Allah guide us all the time. (Do pray for us too :D)

Have a blessed year ahead. InsyaAllah.

Assalamualaikum warahmatullah.

 
2 Comments

Posted by on January 2, 2012 in Wheel of life

 

Ramadhan Kareem

 

 
Leave a comment

Posted by on July 31, 2011 in Wheel of life

 

Kebenaran

Katakan yang benar meskipun bertentangan dengan kehendak dirimu sendiri.

Pernah tak terlintas rasa, susahnya nak buat baik ni?

Untuk saya sendiri, bukan sekadar sekali. Bahkan berkali-kali. Sampai tak terkira. Susahnya nak lawan nafsu sendiri untuk bangun dan menunaikan tanggungjawab yang ada. Susahnya nak bangkit dari tidur kemudian ke kelas, atau mengulangkaji pelajaran di saat-saat study leave seperti para mahasiswa Malaysia di Mesir sekarang. Susahnya nak melawan kehendak sendiri untuk terus ‘online’ di Facebook, sedangkan muazzin sudah melaksanakan tugasnya. Mana nak dicari kekuatan untuk melawan nafsu, itu satu perkara.

Bila ternampak ahli keluarga atau sahabat sendiri berbuat salah dan percubaan untuk menasihatinya. Kalau mengikut nafsu, boleh saja kita biarkan mereka terus tenggelam dalam kesalahan. Namun untuk mereka yang memahami agama ini agama yang saling menasihati antara satu sama lain, tak mungkin hatinya tenang melihat kesalahan atau maksiat itu berleluasa. Dan tak mungkin hati seorang manusia yang menyayangi ahli keluarganya, sahabatnya, saudara seagamanya sanggup melihat mereka terus menerus berada dalam keadaan berdosa. Mana pula nak dicari kekuatan untuk memberitahu perkara yang benar, itu satu perkara.

ย Katakan yang benar meskipun kebenaran itu pahit.

Kemudian, apabila kita sudah menyampaikan kebenaran, reaksi mereka yang menerima kebenaran itu pula berbagai-bagai. Ada yang menyebabkan kita menarik nafas lega kerana selesai satu tanggungjawab sebagai seorang mukmin. Ada juga reaksi yang menyebabkan kita ‘patah hati’. Ditolak mentah-mentah, dicerca, dibaling batu macam Rasulullah di Taif, dimarahi, dituduh ‘penyibuk’ dan ‘menjaga tepi kain orang’ pula. Itu juga satu perkara yang memberikan impak yang besar dalam tindak tanduk kita yang seterusnya.

Ataupun, ketika pertama kali kita ingin berubah menjadi lebih baik dan mahu melaksanakan sesuatu amal yang baik. Terlintas dalam hati, betulkah kita ini sudah cukup kekuatan untuk melaksanakan amal kebaikan ini. Mampukah kita terus istiqamah. Dalam masa yang sama, ada lagi satu lintasan, berfikir kesan dan akibat pula. Apa persepsi orang lain pula terhadap tindakan kita. Ditambah lagi rasa berbelah-bahagi bila syaitan pula sibuk berbisik untuk menghalang usaha itu..

Bunyinya macam sangat susah kan? ๐Ÿ˜‰ Banyak betul cubaan-cubaannya. Jangan risau dan sedih, kita semuaย  mampu melawan semua kesusahan itu dengan izin Allah.

Terjumpa satu doa yang sangat ‘biasa’ kita dengar. Selalu kita dengar. Tapi, kita selalu terlupa untuk berdoa dengan ‘sepenuh hati’ (ditujukan khas pada yang menulis entri ini).

ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูƒ ุงู„ุญู‚, ูˆู‚ูˆู„ูƒ ุญู‚, ูˆูˆุนุฏูƒ ุงู„ุญู‚ุŒ ูˆู„ู‚ุงุคูƒ ุญู‚ุŒ ูˆุงู„ุฌู†ุฉ ุญู‚ุŒ ูˆุงู„ู†ุงุฑ ุญู‚ุŒ ูˆุงู„ู†ุจูŠูˆู† ุญู‚ุŒ ูˆู…ุญู…ุฏ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุญู‚.

Allah, sesungguhnya Engkau benar.

Kata-kata-Mu adalah benar.

Janji-Mu adalah benar.

Pertemuan dengan-Mu adalah benar.

Syurga-Mu adalah benar.

Neraka-Mu adalah benar.

Para nabi-Mu adalah benar.

Dan Nabi Muhammad saw adalah benar.

Sama-sama kita amalkan doa ini, beriman dengan doa ini dan meminta dengan doa ini terutamanya bila sampai ‘saat-saat genting’ seperti yang saya nyatakan. Atau yang serupa dengannya. Atau mungkin dalam situasi yang lebih teruk daripada contoh yang saya beri.

Dan berjalanlah atas kebenaran itu. Walau sepahit mana, sepayah mana sekalipun. Kerana pada setiap kesusahan itu disusuli kesenangan dan kepahitan itu disusuli dengan nikmat kemanisan iman. ๐Ÿ™‚

Moga Allah permudahkan untuk kita semua untuk menyampaikan kebenaran dan memelihara kita agar terus berada dalam kebenaran.

Taqwa itu ibarat berjalan di atas jalan yang dipenuhi duri. Berjalanlah dengan sangat berhati-hati agar tidak tertusuk duri di jalanan.

p/s: Terasa sangat ‘pelik’ bila dibaca semula, sebab dah lama tak menulis sebarang entri di sini. ๐Ÿ™‚

 
2 Comments

Posted by on May 30, 2011 in Sharing is caring

 

al-Hijrah

 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara
yang ditujuinya itu.

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

 

 

Ada antara mereka yang terpaksa mengorbankan harta yang pernah dikumpulkan seumur hidup.

Ada antara mereka terpaksa meninggalkan satu-satunya punca rezeki.

Ada antara mereka terpaksa berpisah dengan ahli keluarga tercinta.

Ada antara mereka terpaksa meninggalkan tanah kelahiran.

Ada antara mereka yang terpaksa bertarung dengan maut.

Ada antara mereka yang keguguran kandungannya.

Ada antara mereka ditimpa sakit teruk.

 

Anda? Bagaimana dengan hijrah anda? ๐Ÿ™‚

 
1 Comment

Posted by on December 6, 2010 in Wheel of life

 

Summer Break 2010

Khas buat pencinta seni dan pejuang kebebasan al-Aqsa

DAN

Saban hari akhbar memaparkan jenayah, salah laku remaja dan kefasadan yang melata di tanah air tercinta.

Mahu disalahkan masa, masa sememangnya makhluk yang taat pada Tuhan.

Mahu disalahkan suasana, suasana berubah mengikut roh di sekitarnya.

Maka jalan mana lagikah yang lebih sejahtera untuk menyelamatkan iman dalam hati dan mereka yang tersayang di sekeliling.

Sertai kami dalam menyebarkan keindahan Islam kepada masyarakat. ๐Ÿ™‚

Bangkitkan lena generasi dan bersama kami membina generasi harapan.

๐Ÿ˜€

Lagu Tema Jalinan Ukhuwwah

Kepada yang tak balik, jangan bersedih hati dan bermuram durja. Bersama menganyam impian hari esok dengan membina diri anda hari ni. Sertai PMPI 2010. ๐Ÿ™‚

p/s: Para dan bakal doktor boleh berlatih ukur ABP dan Glucose Level sebelum balik ni. Basic knowledge of a doctor, kata orang. ๐Ÿ˜€

Pautan blog I-Medik ada di sidebar.

 
3 Comments

Posted by on June 20, 2010 in Iklaneka

 

Nikmat iman dan azab kufur

Assalamualaikum warahmatullah.

Keif hal nafsik? keif hal imanik?

Moga kedua-duanya kheir. Biiznillah. ๐Ÿ˜€

Dah lama tak menulis, otak buntu dan wujudlah sindrom buntulis (buntu-tulis). Nampaknya pagi ni magnet laptop menarik lebih kuat berbanding magnet buku. Oh ada unsur hiperbola di sini. ๐Ÿ˜›

Burung-burung di luar bercicip riang di celah damai pagi. Mengusik iman di hati saat menghadap tajuk Nutrition (ni tanda-tanda otak melayang depan buku :P) . Makhluk Allah di luar sedang asyik memuji Allah. Tapi hati ni, selalu sangat lalai. Teruknya manusia yang dikurniakan akal ini.

Saat yang sama, teringat pada tazkirah maghrib semalam. Benar al-Quran itu intipatinya untuk mereka yang beriman. Bukan sekadar pembacaan penuh tajwid dan sempurna tartilnya. Tak ada guna andai lidah lancar menyebut tapi hati sudah melayang ke dataran dosa.

(ecece. ayat tak boleh blah :P)

Surah Ibrahim.

Namanya diberikan sempena dengan nama abu al-anbiya’. Ayatnya tidaklah sampai beratus-ratus, cuma 52 yang padat dan disusun indah mengikut kronologi yang tersendiri. Aduh… bahasa al-Quran ini sangat indah bukan? Memang tak tertanding.

Kalau ditanya pada kita, nikmat apakah yang paling besar Allah kurniakan pada kita?

Pasti jawapan kita berbeza antara satu sama lain bukan. Pasti ada yang menjawab, nikmat yang besar itu ibu bapa, mungkin juga kekayaan yang Allah bagi, mungkin juga anak-anak, pasangan. Memang fitrah manusia dijadikan suka pada nikmat yang sedemikian. Soalan ini terlalu abstrak dan jawapannya terlalu subjektif.

Dan bila ditanya nikmat apakah yang kalau ditarik, kita rasa pedih sekali? Boleh jadi ada antara kita menjawab bila ditariknya nikmat di atas. Saya tak sama sekali menyatakan anda salah.

Berapa ramai manusia yang sedar bahawa nikmat yang paling besar Allah kurniakan pada kita adalah IMAN yang letaknya di sanubari. Kalau anda tergolong dalam golongan yang menyedari nikmat ini, bergembiralah anda. Kerana ramai manusia sudah kehilangan imannya.

Pada ayat ini seolah-olah Allah sedang berbicara pada kita, lihatlah pada cahaya dan kegelapan wahai manusia. Adakah sama sifat keduanya?

Adakah sama antara mereka yang beriman dan mereka yang kufur?

Tanyalah pada mata, hati, minda anda dan jawablah.

Dua keadaan pada hari yang satu.

Ayat yang sama menyuruh Nabi Musa agar mengeluarkan kaumnya daripada kegelapan pada kebenaran. Menyeru agar beriman pada Allah. Dan diperingatkan pada mereka hari-hari Allah di sini (ayyamillah) iaitu hari di mana Allah menimpakan siksaan pada kaum-kaum dahulu. Dan tidak lain tidak bukan orang yang mengambil pengajaran adalah mereka yang bersabar dengan segala kesusahan dan yang bersyukur dengan nikmat iman.

Adakah kita termasuk dalam golongan itu?

Bersyukur=Bertambah

Saya rasa kita semua seringkali mendengar ayat ini bukan? Kalau kita bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat-Nya. Bersyukur dengan nikmat harta, harta itu diinfakkan. Bersyukur dengan nikmat masa, masa itu dimanfaatkan.

Bagaimana pula caranya bersyukur dengan nikmat iman? Adakah kita perlu beruzlah di gua untuk menjaga iman daripada berkurang dek kerana godaan-godaan dunia?

Iman itu punya cara tersendiri untuk disyukuri. Khas untuknya sahaja. Tak lain dan tak bukan ialah dengan cara mentaati perintah Allah meliputi segala rukun Islam, Iman sampailah ke sekecil-kecil perkara. Dan andai kita bersyukur dengan iman, maka Allah akan tambahkan lagi nikmat iman di hati. Bukankah sangat indah sekali kenyataan itu? (can you see Allah is soooo sweet!)

Namun, seperti biasa, melaksanakannya tidak semudah bicara kalam.

Saat Muadz bin Jabal sendiri bertanya pada Rasulullah;ย Apakah amalan yang boleh memasukkan aku ke syurga dan menyelamatkan aku daripada neraka?

Baginda bersabda; Kamu telah bertanya tentang perkara yang besar. Sesungguhnya ia mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah.[1]

Maka pohonlah agar kita juga dimudahkan oleh Allah. Semoga berjaya menjaga iman di hati hingga ke syurga kelak.

ุจุฆุณ ุงู„ุงุณู… ุงู„ูุณูˆู‚ ุจุนุฏ ุงู„ุฅูŠู…ุงู†

Seburuk-buruk perkara adalah fasik selepas beriman. [2]

———————————————————————————————

[1] Hadis 29 daripada Koleksi Hadis 40 an-Nawawi.

[2] Al-Hujurat: 11

Rujukan:

1-Khawatir Quraniyyah-Amru Khaled

2-Fi Rihab al-Islam-Husam Hamidah


post scripture:

1-ukhti pembentang, kalau ย tersalah fakta sila betulkan.

2-doakan saudara kita yang berjuang fi sabilillah di segenap pelosok bumi.

3-doakan kami di Ardul Kinanah kini dalam tempoh peperiksaan duniawi-akhir tahun dan ukhrawi.

4-maafkan kalau terkasar bahasa, tersalah kata. saya memang lemah sikit bab-bab tazkirah-bahasa melayu-german-perancis. ๐Ÿ˜›

5-siapa yang ada akaun wordpress, klik tajuk mana-mana post. tengok bar kelabu kat atas ada butang ‘like’. boleh tekan kalau nak ‘like’ mana-mana post.

6-bacalah buku khawatir quraniyyah. best sangat! ringkas dan terus ke hati. ๐Ÿ˜€ PERUBATAN mungkin boleh letak dalam silabus SC tahun depan ke? (cadangan secara tak rasmi. maaf).

7-selamat beramal. pesanan ini lebih untuk diri sendiri. ๐Ÿ˜€

8-semoga diberkati Allah selalu.

 
Leave a comment

Posted by on June 6, 2010 in Sharing is caring