RSS

Author Archives: Lee

5 FASA~

Menurut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Rasulullah masih hidup. Zaman ini sudah berlalu…
Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat bahawa umat diperintah oleh 4 Khulafa’ Ar-Rasyidin. Zaman ini JUGA sudah BERLALU…
Kemudian, datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang ‘menggigit’. ‘Menggigit’ dalam hadith tersebut bermaksud, mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat, pada zaman ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah, dan Uthmaniyyah yang berkuasa dengan menggunakan sistem Monarki. Zaman ini JUGA telah BERLALU…
Kemudian, datang pula satu zaman, yang mana dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Dan fasa itu adalah zaman SEKARANG…Kemudian, setelah berlalunya fasa ke4,akan datang pula fasa ke5. Fasa ke5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara nabi berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mengenai fasa ke5 tersebut, tiba-tiba Rasulullah diam. Dan DIAM tersebut bermaksud ‘SEJARAH MANUSIA SUDAH TAMAT’.
Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke4 ini akan kedatangan satu fitnah. FITNAH paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah al-masih ad-dajjal. Dajjal tidak akan datang pada fasa ke5. Kerana fasa ke5 akan berada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga TIDAK AKAN MUNCUL …SELEPAS fasa ke5, kerana pada fasa itu, sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya pada fasa KE4 sahaja peluang iblis untuk mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka. DAN FASA ITU ADALAH ZAMAN YANG KITA BERADA DALAMNYA SEKARANG. Sebelum turunya Imam Mahdi dan Nabi Isa yang akan memindahkan kita ke fasa ke5. Seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha iblis di peringkat terakhir zaman manusia

{ HR Ahmad dan Baihaqi dari Nu’aman bin Basyir dari Hudzaifah }

wallahu’alam

http://www.youtube.com/watch?v=diwYMmCcrX8

 
2 Comments

Posted by on October 6, 2010 in Sharing is caring

 

PMPI~siswi~

Jom berUKHUWWAH,

sambil meNIKMATI keINDAHAN islam!!!

 
1 Comment

Posted by on May 16, 2010 in Iklaneka

 

Tags:

Jalan Juang

“ jom kita !!! “

 
1 Comment

Posted by on March 20, 2009 in Classical Way