RSS

Author Archives: mhoneyz

Ibrah Badar

Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepadamu bahawa salah satu dua golongan ( yg kamu hadapi) adalah untukmu sedangkan kamu inginkan bahawa yang tidak mempunyai senjatalah untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir”

(al-Anfal : 7)

Saat Rasulullah dan sahabat memilih untuk memerangi kafilah Abu Sufyan yang membawa hasil perniagaan dari pihak Quraisy – dengan niat yang satuuntuk merampas kembali harta muslimin makkah yg ditinggalkan di sana semasa mereka berhijrah, tidak pernah terlintas di fikiran mereka bahawa mereka akan menghadapi peperangan dengan Kafir Quraisy dengan bilangan tentera 3 kali ganda melebihi bilangan mereka.

Sebaliknya Allah S.W.T hendak memberi rampasan yang lebih untuk hambanya, kemenangan yang lebih gemilang, kerja yang lebih mulia dan lebih sesuai lagi sejajar dengan tujuan yang seharusnya ada bagi setiap individu muslim apabila bertindak dalam kehidupan seharian iaitu berdakwah ke jalan Allah dan berjihad fisabilillah , berkorban jiwa raga dan harta demi meninggikan kalimah Allah. Itulah setinggi-tinggi matlamat dalam hidup seorang mukmin!!

Allah mahu membenarkan kalimahNya dan memusnahkan orang-orang kafir, dan perkara itu hanya dapat dibuktikan melalui perang, maka Allah mentakdirkan berlakunya peperangan Badar. Terlalu banyak hikmah yang tersirat di sebaliknya, mari kita renungi serba sedikit ibrah yang terselit, lantas mentatbiqkannya dalam kehidupan dakwah serta tarbiyah kita.

1. Sunnatullah dalam dakwah adalah menghadapi kesusahan-namun kita akan mengecapi nikmat yg besar di hujungnya.Semakin susah ujian yang kita tempuhi dalam jalan dakwah, semakin kuat keyakinan untuk kita berada di atas jalan itu dan semakin hampir kita kepada kemenangan yang telah Allah janjikan.

Justeru dalam Badar, Allah tidak menemukan tentera muslimin dengan kafilah Abu Sufyan yang tidak bersenjata – walaupun mereka berkehendakkan demikian- tetapi Allah menemukan mereka dengan tentera musuh jauh lebih ramai dari mereka supaya mereka dapat merasai cabaran yang lebih besar dalam jalan dakwah, serta meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah.

2. Meletakkan Allah sebagai hanya tempat pergantungan – dan itulah jalan keluar bagi setiap ujian dan kesusahan yang kita tempuhi. Apabila Allah menguji seorang hambanya ; untuk menguji keimanannya, kesabarannya bertahan dalam ujian tersebut, akhirnya dia mengembalikan seluruh pergantungannya untuk menghadapi ujian itu kepada Allah yang Maha Kuasa- maka tertahqiqlah hakikat ubudiyah bagi dirinya- yang merupakan tujuan kenapa dia diciptakan.

Golongan Badar membuktikan ubudiyah mereka dalam peristiwa ini, bahkan mengambil qudwah dari Rasulullah S.A.W, bagaimana Rasulullah berdoa kepada Allah supaya memenangkan kaum muslimin dengan serendah-rendah hati,dan setinggi-tinggi pengharapan (bertadarru’ kepada Allah) menadah tangan ke langit, hingga terjatuh serban menutupi bahunya – dalam keadaan Rasulullah yakin bahawa tentera muslimin akan menang sebagaimana yang Allah janjikan.

Tetapi berdoa dengan sepenuh hati itu adalah tugas-tugas ubudiyah kepada Allah, kerana untuk ‘ubudiyahlah manusia diciptakan dan itulah penghargaann kepada pertolongan Allah pada setiap keadaan.

3. Menetapkan kembali Allahu ghayatuna dalam setiap keadaan

Dalam peristiwa Badar, meskipun hukum syara’ membolehkan tujuan rampasan harta orang-orang kafir, namun Allah lebih menghendaki supaya mereka meletakkan Allah sebagai setinggi-tinggi matlamat mereka dalam setiap langkah mereka.

Jika mereka memerangi kafilah Abu Sufyan,besar kemungkinan tentera Muslimin akan menang dan berjaya memperoleh harta rampasan tersebut;

Tetapi Allah inginkan mereka mendapat kemenangan lebih besar, dan harta rampasan yg lebih banyak – dengan membersihkan niat mereka supaya keluar berperang untuk meninggikan kalimah Allah bukan semata-mata untuk mendapatkan harta mereka yang berada di tangan kafir Quraisy.

Mizan kita dalam setiap perkara adalah Allah,tidak kira dalam apa jua keadaan, kita tidak boleh tergoyah oleh sebab-sebab duniawi umpama wang ringgit dan sebagainya.

Kerana itu, qadhiyah NIAT sangat penting dalam diri seorang manusia dan da’ie secara khusus, kerana niat yang ikhlas kerana Allah sahaja yang akan menyebabkan makbulnya amalan kita di sisi Allah, dan tidak menjadi debu-debu yang berterbangan.

Moga Allah pelihara setiap niat kita dan menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang ikhlas..

Selamat memasuki fatrah ‘peperangan imtihan’- ambillah ibrah dari badar untuk menghadapi peperangan imtihan nanti..

Sama-sama sucikan niat utk menghadapai imtihan,letakkan Allah sebagai setinggi matlamat dan pergantungan untuk menghadapai imtihan dan letakkan sebaik-baik khuttoh untuk imtihan kita.

~hasbunallaha wa ni3mal wakil~ Allahumma ja3alna minal mukhlasin~

Bittaufik wan najah!!!

GLOSARI:

kafilah: rombongan

fisabilillah: di jalan Allah

mentadbiqkan: melaksanakan

Sunnatullah: Ketetapan Allah

tertahqiqlah: terbuktilah

ubudiyah: kehambaan

qudwah: contoh ikutan

ghayatuna: matlamat kami

mizan: neraca

qadhiyah: kondisi

fatrah: musim

ibrah: pengajaran

khuttoh: langkah

Bittaufik wan najah: Semoga mendapat kecemerlangan dan kejayaan

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on May 23, 2011 in Sharing is caring

 

IMTIHAN… adakah kita sudah bersedia?

Alhamdulillah, kita sudah berada di dalam tahun baru Hijri dan Masihi. Panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran  pada Allah kerana masih memberi kita peluang untuk bernafas di bumi ini. Pada ana, tirai tahun baru kali ini dibuka dengan seribu satu keinsafan – sambutan hari lahir yang mengingatkan kepada kematian (terima kasih ahli beit!!!), kemudian beberapa berita kematian yang diterima kebelakangan ini cukup menjadi satu peringatan buat diri yang lemah ini..

Ya, orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati~

Persoalannya,adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi mati yang terbaik?? (husnul khotimah)

Apa pula azam kita di tahun baru ini? Pastinya setiap orang telah meletakkan azam dan target masing-masing. Azam untuk meningkatkan mutu diri pastinya. Berhijrah ke daerah yang lebih baik, meninggalkan jahiliyah-jahiliyah lama yang masih membelenggu diri. Alhamdulillah!! Niat  yang soleh di sesuatu permulaan pastinya diakhiri dengan pengakhiran yang baik. Letakkan Allah sebagai matlamat akhir azam kita, inshaAllah segala urusan akan menjadi mudah.

“ Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal” (Ali-Imran : 159)

Ya, urusan akan menjadi mudah (dengan izin Allah) hanya dengan usaha yang terbaik dan tawakkal yang tinggi.

Dan, tirai tahun baru juga dibuka dengan musim peperiksaan (bagi pelajar-pelajar mesir), satu fatrah (tempoh masa) yang cukup menguji ketahanan fizikal, mental dan spiritual pelajar. Pelbagai macam ujian datang bertandang pada waktu ini- buku yang banyak nak dibaca, hak-hak dengan ahli beit yang tak tertunai, emosi yang tidak berapa stabil– kadang-kadang rasa penat menghadapi fatrah ni, tetapi inilah hadiah dari Allah buat kita, tidak lain sebagai menguji keimanan kita, kerana di hujungnya kita akan mendapat ganjaran hasil kesabaran dan penat lelah kita – kalau tidak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak.

Kenapa kita perlu melalui imtihan/exam? Rasanya dari mula kita mengenal huruf hingga sekarang di bangku universiti  kita dah banyak melalui fatrah ini.  Sebut saja exam, semua orang tidak senang duduk.

Kenapa kena exam? Sebab nak menguji sejauh mana kefahaman kita dalam sesuatu subjek tersebut, dan kefahaman tersebut hanya dapat dinilai melalui exam yang kita lalui. hmm, setuju?

Jadi, sejauh mana kefahaman kita, sebanyak mana kita study, akan dibuktikan oleh natijah peperiksaan kita nanti..

Saat kita berhempas pulas dengan exam di dunia, sama-sama muhasabah diri kita, bagaimana pula dengan persediaan kita untuk menghadapi exam terbesar nanti?

Ya, Imtihan fi Yaumil Haq!! Yaumil Qiyamah!!

Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by on January 18, 2011 in Sharing is caring

 

Syabab, dunia memerlukanmu!!

Syabab, dunia memerlukanmu!!

Tersentak seketika diri ini tatkala melihat video ini. Berbagai perasaan bercampur baur – antara sedih, sayu dan pilu. Betapa besarnya pengorbanan pejuang-pejuang Islam satu ketika dahulu dalam menyampaikan risalah Islam. Bermula dari kesungguhan Rasul Amin – Rasulullah S.A.W, diikuti para sahabat dan para salafussoleh yang terkemudian. Kesemua mereka berjuang atas dasar yang sama iaitu menyampaikan risalah Islam yang suci.

Alhamdulillah, pengorbanan yang dilakukan lillahi ta’ala pastinya beroleh kemenangan pada akhirnya. Itulah yang berlaku. Risalah Islam yang dibawa oleh Baginda S.A.W suatu ketika dulu pernah dianggap asing – kini tersebar dengan meluas di atas muka bumi ini. Namun nikmat Islam dan Iman yang kita lalui hari ini bukanlah percuma. Ianya dibayar dengan sebegitu banyak darah, jiwa mahupun harta demi memastikan dua nikmat besar itu terus berlangsung hingga ke hari ini. Hari ini kita dilahirkan dengan nama Ahmad, Muhammad, dan Fatimah, bukanlah Ah Chong mahupun Ravi dan sebagainya  (Na’uzubillah). Inilah hasil pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dalam menyampaikan risalah tauhid ini. Perjuangan kerana Allah tanpa mengharapkan kepentingan dunia!

Seharusnya pengorbanan yang cukup besar itu terus dipertahankan hingga ke hari ini. Namun, lihatlah keadaan umat Islam sekarang. Kita berada di bawah dan dipijak-pijak oleh musuh-musuh Islam walhal bilangan kita sudah cukup untuk mematahkan serangan mereka. Ironi sekali. Negara Palestin yang telah dijajah lebih dari 60 tahun masih belum dapat dibuka oleh Salahuddin ke-2. Dunia masih menanti-nantikan kemunculan Sultan Muhammad Fateh 2 atau yang seumpamanya untuk membebaskan kembali negara-negara Islam dari cengkaman musuh. Nampaknya bilangan umat Islam yang ramai pada hari ini berkadar songsang dengan kekuatan yang mereka miliki. Pelik tetapi benar. Memang ironi tetapi realiti.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Hampir terjadi keadaan yang mana umat-umat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya”. Salah seorang sahabat berkata: “Apakah kerana sedikitnya kami pada waktu itu?” Nabi berkata: “Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ‘ghutsa’ (buih kotor yang terbawa air saat banjir). Pasti Allah akan cabut rasa takut yang ada dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa ‘wahn’”. Kata para sahabat: “Wahai Rasulullah apa rasa ‘wahn’ itu?”
Beliau bersabda: “Cinta dunia dan takut mati”

(HR Abu Daud No.4297, Ahmad 5/278, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 1/182 dengan dua jalan dan dengan keduanya hadits ini menjadi shahih).

Oh, terjawab sudah persoalan yang bermain di minda sebentar tadi. Read the rest of this entry »

 
 

Khulasoh Kelas Sirah ‘Ala Khuto al-Habib

m7

Nabi S.A.W dan kabilah-kabilah –ikuti percubaan Rasulullah dalam mendapatkan perlindungan dari 26 kabilah..

Tahun ke-10 kenabian menyaksikan pelbagai peristiwa penting yang berlaku dalam kehidupan insan tercinta, baginda Rasulullah S.A.W. Pada tahun tersebut, dua orang pendamping baginda yang paling setia iaitu Saidatina Khadijah dan Abu Talib telah pergi meninggalkan baginda buat selama-lamanya. Bagaikan kehilangan tempat bersandar kerana kedua-dua penyokong daripada dalam dan luar telah tiada, namun kesemua itu bukanlah penyebab untuk baginda berputus asa dan menghentikan dakwah yang suci ini kerana Baginda S.A.W menyedari hakikat ujian yang diturunkan oleh Allah kepada baginda, Rasul yang terakhir, yang memikul segala beban dan amanah dalam memastikan risalah suci ini terus bertahan di atas muka bumi ini. Beruntunglah Kekasih Allah tersebut kerana tarbiyah rabbani yang didatangkan khas dari Rabbul Jalil sesungguhnya mengangkat martabat baginda sebagai insan yang paling mulia di langit dan di bumi..

Read the rest of this entry »

 
4 Comments

Posted by on October 31, 2009 in Classical Way