RSS

Author Archives: nur1511

jom DOA!~

Bismillahirrahmanirrahim. Hari ni teringin menulis sesuatu tentang satu sifat Allah yang istimewa, Al-Fattah الفتاح

“tak kenal maka tak cinta”

begitu halus maksud yang mahu diketengahkan melalui sebaris peribahasa ini. Untuk mencintai sesuatu maka kita harus mengenalinya terlebih dahulu. Biar saya coretkan satu contoh; sebuah kerajaan yang tersohor, gemilang, terbilang,aman dan makmur pastinya memiliki seorang raja yang sangat-sangat adil. Rakyatnya pula saling bantu membantu dan berkasih sayang. Mereka tidak membenci raja tersebut  lantaran sifat saling menghormati dan mengenali raja itu serta raja pula sentiasa mendengar segala aduan dan permintaan rakyat jelata. Adakah raja tersebut dengan tiba-tiba sahaja bisa memberi arahan dan rakyat juga tiba-tiba sahaja bisa mendengar arahan?? Pastinya rakyat sudah dahulu mengenali raja ini, bahkan raja juga pasti lebih-lebih lagi mengenali rakyatnya yang walaupun  ramai lalu mewujudkan mutual relationship yang positif.

اذ عرف الأمر سهل الأوامر

“jika seorang penguasa itu dikenali maka itu memudahkan segala arahan”

Begitu juga Allah, DIA pemilik sebesar-besar kerajaan. Kenalilah DIA maka mudahlah kita dalam mentaati perintahnya. الفتاح Apa yang dimaksudkan dengan sifat Allah AlFattah?? Perkataan” fataha” beerti  membuka berlawanan dengan menutup, oleh itu dengan sifat ini beerti segalanya-galanya adalah tertutup dan Al-Fattahlah yang membukanya. Dengan iradat dan qudrat-Nya, DIA membuka setiap segala yang tertutup, dan mengangkat segala keburukan dan bala, merawat segala kesedihan dan kesusahan. Al-Fattah akan membuka segala pintu kebaikan dan kesenangan.

Jika dunia dirasakan begitu sempit bagi kita; yang berpenyakit last stage sepertinya sudah tiada harapan lagi, seolah-olah tiada harapan untuk maqbul dalam peperiksaan, pakcik arab selalu marah sebab mintak harga kurang, seolah-olah pintu Palestine dan masjid Al-Aqsa akan selamanya ditawan seolah-olahnya dunia menyisihkan! Mintalah ..serulah pada-Nya dengan nama ini..

DIA juga membuka segala pintu kejayaan dan taufiq pada permulaan amalan kita.

و عنده مفاتح الغيب لا يعلمها الا هو

“padanya kunci segala perkara ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya kecuali DIA”

Katakan anda akan mengambil lesen kereta, maka bagi sesiapa yang tidak pernah mengambilnya, ini perkara baru yang pasti mendebarkan jiwa, ataupun anda akan melangsungkan perkahwinan pada esok hari ataupun anda akan menduduki peperiksaan akhir tahun perubatan.. semuanya adalah perkara baru yang mana kita tidak pernah melaluinya dan tidak mengetahui apa akan terjadi selepasnya, baik buruknya. Padanya kunci kejayaan, mintalah pada-Nya pada permulaan kejadian dengan nama-Nya Al-Fattah. Sudah berapa agaknya umur kita terlepas dari meminta dengan nama Allah yang ini, sedangkan sudah terlalu banyak perkara baru yang telah kita jalani tanpa memohon pada-Nya.. ahh ruginya! Makanya tidak hairanlah jika perjalanan hidup kita “agak berliku” jika difikir-fikirkan

.

DIA pembuka jalan HAQ ketika mana kita sedang dizalimi. Maka, janganlah kita takut dan mengalah jika kita berterusan diancam, Muslim yang sentiasa difitnah dan dilabel sebagai terrorist, extremist dan sebagainya.

لا يفتح الله للناس في رحمة فلا ممسك لها

“bila mana Allah membuka pintu rahmat-Nya pada manusia, tiada siapa yang boleh menghalang-Nya”

Percaya dan yakin kepada Allah adalah kunci kepada termakbulnya doa kita. Sebagaimana kisah Saidatina Aisyah R.A sedang beliau sendiri adalah ummul mukminin dan kisah Nabi Yusof A.S juga dizalimi dan difitnah. Maka sabar dan doa adalah jalannya. KesanJika kita benar-benar mengimani sifat Allah yang ini, kita akan sentiasa bersungguh dalam amalan kita sehingga akhirnya Allah akan membuka jalan keluar untuk kita dengan syarat setelah kita bersusah-susah dan berpayah-payahan pada mulanya.

Teringat saya kisah beberapa tahun sebelum penghijrahan Baginda S.A.W  yang beusaha mendapatkan himayah atau perlindungan satu kaum untuk menyebarkan dakwah Allah ini dan pilihannya adalah yang cream of the cream! Adakah dengan sekali seruan ke beberapa buah khemah semasa musih haji tersebut berupaya mendapatkan hasil yang dikehendaki, bahkan tidak.. kesemua 26 khemah kabilah dilewatinya. Bahkan menghadapi setiap satunya dengan pelbagai bentuk penentangan. Akhirnya pada hari terakhir musim haji tahun tersebut tatkala kabilah-kabilah ini hampir pulang sempat juga Baginda menghabiskan kabilah yang terakhirnya dan akhirnya inilah sekumpulan syabab dan pemuda yang dengan izin Allah memberi perlindungan dan memulakan penyabaran dakwah di Madinah.

Ia membuka pintu cita-cita ataupun amal bahawa peluang tetap ada. Ia juga menjadi sebab untuk kita berusaha sehingga saat-saat akhir pertarungan. Maha suci Allah!

و لله الأسماء الحسنى فادعواه بها

“pada Allah terdapat nama-nama yang baik. Maka serulah dengan nama-Nya”

 
Leave a comment

Posted by on June 3, 2011 in Sharing is caring, Wheel of life

 

أشبال حول الرسول – Ali bin Abi Thalib

“Azam, mana Mamat?!” mama meninjau sekitar daerah luar halaman Taman Seri Hutan. Anak bongsu berusia 10 tahun itu sering hilang dari pandangannya seusai solat subuh. Si abang tekun membaca sejarah kejatuhan empayar Melayu Melaka 1511, ralit menghafal hikmat-hikmat orang kulit putih tentang majunya empayar Melaka ketika itu. “Rupanya dari tadi menghadap game Habbo!” mama segera megambil buku teks matematik dan meletakkannya di sisi Mamat dan begitulah hari-harinya. Si ibu yang tidak pernah jemu memantau perkembangan akademik anaknya.

Teringat aku kisah pada kisah Si Singa Kecil, Ali B Abi Thalib, jasmaninya mungkin seusia sepertinya 10 tahun,  tetapi jiwanya besar , setelah bersaksikan kalimah Shahadah, ia dipenuhkan dengan keimanan yang tinggi  kepada Rabbnya kepada Rasul-Nya. Pernah diceritakankan bahawa: sesungguhnya dia pernah bersolat bersama Rasulullah , dia, dan ummulmukminin Khadijah bint Khuwailid sahaja, di dalam agama dan bumi Allah ini, tiada yang selainnya hanya mereka!

Usia vs kecintaannya pada Islam

Mungkin tak tergambar difikiran kita, anak-anak yang baru bersekolah rendah telah pun wujud dalam hatinya sebesar-besar kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya, bahkan sanggup menggadaikan nyawa demi-Nya!

Abu Dzar AlGhifari ketika mana mendengar bahawa seorang nabi telah diutuskan, segera meninggalkan ahli keluarga dan saudaranya lalu berhijrah ke Mekah untuk bersama baginda, namun ketika disana, beliau takut andai diketahui oleh musyrikin akan membahayakannya, perkara ini disedari oleh Ali lalu mengajaknya ke rumah, setelah 3 hari barulah Abu Dzar berani bertanyakan tentang Muhammad. Lantas atas keberanian dan  keyakinan serta keimanannya kepada Islam, beliau menceritakan tentang  Rasulullah dan membawanya ke rumah Arqam B Abi AlArqam.dan seterusnya membawa kepada pengislamannya.

Noktah penting pahlawan ini..

Tidak lengkap rasanya kisah hijrah tanpa kisah pemuda berani ini . Biarpun membayarnya dengan nyawa, dia sanggup! Ah…. semuanya demi Al-jannah! Beranikah kita berada di posisi (katil) Rasulullah dalam keadaan tiada jaminan keselamatan dan mungkin nyawa pula akan digadaikan, sedang segerombolan kaum musyrikin mengepung rumah dan siap untuk menyerang dan membunuhnya. Ali memberikan reaksi yang berlainan, “tidak pernah aku berasa nyaman tidur selain dari malam tadi (malam hijrah)” tingginya tawakkal dan penyerahan diri pada Allah, biarpun sinar Islam belum menampakkan cahayanya. Dia telah sanggup , bilakah kita?!

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬#تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُون

“Wahai orang-orang yang beriman ! mahukah aku tunjukkan kamu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? ( iaitu) kamu beriman kepada Allah, dan RasulNya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwanu. Itulah lebih baik baginmu jika mau mengetahui”  (Surah   Assof: 10-11)

Perang Khandak juga menyaksikan kepahlawanannya. Tatkala tiada sebarang penyerang, tiba-tiba  Amru B Abd Wad  tejun ke dalam parit mencabar angkatan tentera muslimin. Siapa berani..?! Dia pahlawan hebat, sekali pukulan sahaja cukup membisakan. SENYAP…..

Lalu bangkit satu suara… dia Ali B Abi Thalib! “Jika dia Amru maka aku Ali!” Sukar rasanya melepaskan orang yang dicintai, Rasulullah berdoa sepenuh hati. Ya Rob! Ya Rob! Maka perlawanan satu lawan satu berlangsung, debu membatasi pandangan mereka, dada mula sesak kerisauan siapakah akan memenanginya. ALLAHUAKBAR…!

Ya ! dia telah berjaya, kerana meyakini Allahlah yang memberinya bantuan, dialah yang berhaq kerana keimanannya. Alhaq pasti menang, yang batil pasti akan jatuh jua..

Dia Akh Rasulullah…

“ya rasulullah, engkau telah mempersaudarakan sahabat-sahabatmu, janganlah mempersaudarakan aku dengan sesiapapun.”maka Rasulullah bersabda”أنت أخي في الدنيا والأخزة’ “

Tingginya darjat Ali disisi Rasulullah.. untuk dicintai  kita harus berkorban, maka untuk dicintai Allah dan Rasul-Nya, maka segala juhud dan usaha harus disalurkan sepenuhnya kepada Allah, tiada titik pertembungan antara haq dan batil!

Wahai sahabat mari matangkan diri! Untuk Allah, Rasulullah dan keseluruhan Ummah!

Jumpa di jannah!

~nur1511~

 
2 Comments

Posted by on January 21, 2011 in Present is the past, Sharing is caring