RSS

Author Archives: musafir perjalanan

About musafir perjalanan

i love Allah

Dia yang semakin melambai

Ahlan wasahlan ila madrasah Ramadan! Apakah aluan ini perlu diucap sekadar di permulaan Ramadan? Atau masih perlu diucapkan? kerana boleh jadi ada antara kita yang masih belum dapat menjadi pelajar terbaik dalam sekolah Ramadan ini

Tahniah diucapkan buat akhawat yang mengambil keputusan untuk meluangkan Ramadhan tahun ini di Mesir. Bagi saya ia adalah keputusan yang besar kerana anda perlu berpuasa ketika musim panas di Mesir yang mencapai puncaknya sekitar Julai dan Ogos setiap tahun. Tambahan pula anda perlu menahan lapar, dahaga, dan segala perbuatan yang membatalkan puasa sekitar 16-17 jam sehari.

Saya pasti sebahagian dari pembaca yang mengambil jurusan perubatan maklum sekiranya seorang manusia tidak mengambil sebarang makanan dalam tempoh yang lama, badan akan mensintesis glukosa dari sumber bukan karbohidrat terutamanya sel lemak di hati. Apa lagi bukankah ini peluang terbaik untuk berdiet?

Tetapi, bukan ini yang ingin saya tekankan. Sesungguhnya di dalam bulan Ramadhan, terdapat 1001 hikmah yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang menjalani detik demi detik dgn ketaqwaan. Ibadah sahur atau makan pada awal pagi [sebelum azan subuh] yang digalakkan bukan sahaja untuk menyediakan badan menghadapi hari tanpa makanan, tetapi pada hakikatnya adalah waktu terbaik untuk beristighfar dan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin :

يَستغفرُون وبِاللأسْحَارِهُم

” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar”

(Az-Zariyyat : 18)

Allah juga sangat menggalakkan kita memperbanyakkan doa pada bulan yang mulia ini. Yang paling penting, yakinlah dengan doa anda. Rugilah mereka yang leka dan tidak memperbanyakkan doa dan istighfar sewaktu sahur, berpuasa, dan berbuka.

Sabda Rasulullah SAW;

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

 

Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Akhawati fillah,

Ramadhan  merupakan bulan yang bebas dari syaitan. Mereka dikurung dan dibelenggu di neraka dan hanya akan dibebaskan pada waktu maghrib 30 Ramadhan. Ini bermakna anda pada waktu ini adalah diri anda yang sebenar. Tiada hasutan dan bisikan dari syaitan. Teruskan usaha untuk melawan nafsu dalam diri supaya anda menjadi pemenang terakhir.

Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak produktif pada siangnya. Sesungguhnya berlapar dan dahaga hanyalah cabaran yang kecil. Cabaran sebenar terletak pada bagaimana untuk kita bermujahadah dan menjadikan setiap amalan kita penuh dengan ketaqwaan. Bayangkan Ramadhan kali ini adalah yang terakhir. Masa yang kita luangkan untuk menonton televisyen atau berfacebook, apa salahnya kita luangkan untuk bertadarus. Ramadhan bukan selalu. Banyak mutiara yg Al-Qur’an berikan setiap kali kita mentadabbur tafsirnya.

Akhir kalam, semoga semua perkara dalam ‘check list’ Ramadhan anda tertunai. Ramadhan Kareem!

 Oleh : Nur Izzatie Dzulkiflee, tahun 6 Kasr El-Ainy Medical School

 



Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 20, 2011 in Sharing is caring

 

Amal vs Dosa

bismillahirrahmanirrahim

عن ثوبان رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه ‏وسلم أنه قال ” لأعلمن أقواماً من أمتي يأتون يوم القيامة بحسنات أمثال جبال تهامة ‏بيضاً، فيجعلها الله عز وجل هباء منثوراً”. قال ثوبان: يا رسول الله صفهم لنا، جلهم ‏لنا، أن لا نكون منهم ونحن لا نعلم. قال: “أما إنهم إخوانكم ومن جلدتكم، ‏ويأخذون من الليل كما تأخذون، ولكنهم أقوام إذا خلوا بمحارم الله انتهكوها”

Tsauban radhiaallahu’anhu meriwayatkan sebuah hadith yang dapat membuat orang-orang soleh susah tidur dan selalu runsing akan amal-amal mereka. Tsauban radhiaallahu’anhu berkata, Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Aku benar-benar melihat diantara umatku pada hari Kiamat nanti, ada yang datang dengan membawa kebaikan sebesar gunung di Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikannya seperti kapas berterbangan, Tsauban bertanya, Ya Rasulullah, jelaskan kepada kami siapa mereka itu agar kami tidak seperti mereka sementara kami tidak mengetahui, Baginda bersabda; mereka adalah saudara-saudara kalian dan sebangsa dengan kalian, mereka juga bangun malam seperti kalian, akan tetapi apabila mendapat kesempatan untuk berbuat dosa, mereka melakukannya

(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

adakah amalan kita membukit begini??

Jika dihayati dengan hati, pasti hadith ini turut membuatkan kita tidak mampu untuk tidur malam. Memikirkan ibadah yang kurang, mengira nawafil yang entah ke mana. Juga jangan mudah merasa puas jika malam-malam kita telah dikorbankan, wang-wang kita turut didermakan, masa-masa kita telah dikorbankan kerana masa rehat untuk seorang Muslim itu hanya apabila sebelah kakinya telah melangkah ke dalam syurga. Itulah yang dinukilkan oleh Imam Ahmad rahimahullah.

Duhai ikhwah akhawat yang diredhai Allah, usahlah kita mengambil ringan dengan dosa walaupun sekali dan janganlah kita merasa penat untuk berbuat kebaikan walaupun sedetik. Apabila terdetik untuk melakukan amal soleh, maka segerakanlah ia. Belum tentu amal kita yang banyak itu melayakkan kita untuk ke syurga,

Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api Neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah.”(Hadis Riwayat Muslim)

Belum lagi muhasabah tentang ikhlas dalam amal,

jauh lagi untuk menghitung segala dosa seperti yang dilakukan oleh Abu Sufian, barangkali semua kebaikan itu terpadam dek maksiat-maksiat-maksiat yang dilakukan, nauzubillah.

Seruan untuk merasai kebersamaan Allah setiap masa bukan hanya sekali dan bukan hanya diseru oleh Rasullullah, malah Penjaga kita turut berfirman di dalam surah al-An’am ayat 3,

وَهُوَ ٱللَّهُ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَفِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ يَعۡلَمُ سِرَّكُمۡ وَجَهۡرَكُمۡ وَيَعۡلَمُ مَا تَكۡسِبُونَ 

“Dan Allah (yang disembah) di langit dan di bumi, Dia Maha Mengehatui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan dan Dia Maha Mengetahui setiap apa yang kamu kerjakan”

Merasa diawasi bukan mudah, perasaan ini perlu dihadirkan dan ia tidak akan lahir sendiri tanpa disedari. Dikisahkan kepada para sahabat daripada Rasulullah s.a.w melalui perantaraan wahyu, bahawa pada hari akhirat nanti akan datang kelompok manusia yang mempunyai amal yang banyak, banyaknya seperti butiran-butiran pasir dan bijian batu yang membentuk gunung Tihamah (wah, banyaknyaa),  namun bila bertemu Allah, tidak dikira walapun satu amalan-amalan yang banyak ini diumpamakan seperti debu-debu yang berterbangan, tidak kelihatan dan tidak dapat ditangkap. Inilah golongan yang melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah secara tersembunyi. (apatah lagi terang-terangan yang memang tahu dosa)

Antara perkara yang membantu untuk rasa diawasi Allah adalah:

  • Yakin dengan sempurna bahawa semua yang berlaku di dunia, secara terang atau tersembunyi semuanya dalam pengetahuan Allah
  • Yakin seyakin-yakinnya bahawa setiap yang kita lakukan (setiap detik, setiap inci, setiap pergerakan) semuanya akan disebut semula di hari akhirat, setiap satu akan dinilai, jika baik maka baiklah balasannya, jika buruk, maka buruklah balasannya. Oleh itu, rebutlah kebaikan sebelum maut menyapa

Jika rasa perkara di atas seolah-olah tidak dirasai (atau orang kata macam retorik), antara perkara yang boleh menanamkan rasa diawasi itu ialah;

  • Menjaga perkara-perkara yang melahirkan ketaatan pada Allah; seperti solat fardhu, zakat, sedekah, membaca al-Quran, zikir, istighfar, puasa, sentiasa muhasabah diri dan mendenda diri jika melakukan perkara yang tidak disukai. Jika kita sibuk dengan perkara-perkara ketaatan, insyaAllah hati ini akan sentiasa rasa diawasi. Kerana tabiat hati itu tidak boleh dicampuri antara dua urusan, hanya boleh dikuasai oleh satu, sama ada ketaatan atau kemungkaran
  • Biasakan diri dengan jamaah. Elakkan berseorangan kerana syaitan sentiasa akan membisikkan perkara-perkara yang akan menjauhkan kita dengan Allah. Jika kita ada sahabat-sahabat yang soleh, akan ada kelompok yang sentiasa mengingatkan kita yang menyokong kita agar tidak terus tenggelam dan akan bersama-sama mendorong kita kepada ketaatan. Sedang Rasulullah sendiri bersabda, “Jauhilah kamu daripada berseorangan, dan hendaklah kamu bersama jamaah, sesungguhnya syaitan itu bersama dengan mereka yang bersendiri dan jauh daripada mereka yang berdua..” (HR At-Tarmizi)

Ikhwah akhawat yang dirahmati Allah, jika diberi tugasan untuk menyembelih ayam di kawasan yang tidak siapa pun nampak, adakah kita boleh menjumpai tempat tersebut? Adakah tempat yang tidak dilihat oleh sesiapa langsung? Jawapan ada dalam hati masing-masing.

Moga fatrah imtihan akan lebih membuatkan kita rasa diawasi, lazimi solat jemaah, tunaikan hak kepada yang berhak, paling utama yang perlu ditunaikan haknya adalah hak kepada Rabbul Izzati yang meminjamkan kita mata dan akal untuk kita gunakan mencari redha Dia. Bayangkan jika salah satu nikmat ini ditarik….

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang banyak beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya daripada setiap kesusahan jalan penyelasaian, daripada setiap kesempitan jalan keluar dan akan diberikan rezeki dengan cara yang tidak diketahui.
 
Leave a comment

Posted by on June 10, 2011 in Sharing is caring

 

mari berdoa

bismillahirrahmanirrahim..

Pulang dari kelas quran, otak ligat memikirkan ayat “power” yang ustazah titipkan buat kami.

“Kamu taknak medic, taknak pelajaran-pelajaran yang kamu belajar semua tu takpe, asalkan kamu mahu quran”

“Andai ditakdir suatu hari ilmu-ilmu medik itu diangkat oleh Allah daripada kamu, tidak mengapa tapi berdoalah agar Allah tidak membutakan hatimu daripada terus diterangi ilmu-ilmu al-Quran”

Ringkas tapi padat. Namun entri ini bukannya untuk provok semua pembaca supaya meninggalkan semua ilmu yang ada, sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat tentang mempelajari kalam Allah Yang Agung itu.

Namun, menjadi cemerlang itu pasti tanggungjawab setiap Muslim. Memetik sepotong kata-kata yang sering diungkap oleh insan sekeliling, “Dakwah dan tarbiyah itu tetap yang pertama dalam hidup tetapi bukan bermakna study itu yang kedua”. Hmm, bagaimana agaknya tu??

TAWAZUN. Inilah pelajaran yang diperoleh apabila memikirkan ayat di atas. Keduanya tanggungjawab. Lebih indah apabila keduanya saling dikaitkan dan tidak dipisahkan. Bukanlah bermakna di fatrah exam ini, segala perkara berkaitan “memperbaiki diri menjadi lebih baik dan menyeru ke arah kebaikan ini perlu ditinggalkan” tetapi ada ibadah yang lebih utama iaitu belajar untuk peperiksaan, tetapi tanggungjawab asasi Muslim itu tetap harus ditunaikan. Allah beri akal untuk berfikir, malah Allah tambah lagi dengan nikmat teknologi yang sangat canggih. Fikir-fikirkanlah.

Terkenang pesanan arwah, ber’usrah’lah di rumah masing-masing. Mungkin di musim peperiksaan ini, banyak kelas-kelas pengajian dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada peperiksaan, tetapi ajal itu tidak kira masa, maka harus untuk kita terus perbaiki diri dan saling mengingatkan. Ambillah barang 5-6 minit selepas berjemaah untuk mengubat hati yang merindui sesuatu itu. Mungkin kita tidak terasa bahawa hati kita merindui sesuatu, tetapi ditakuti akan menjadi semakin chronic dan akhirnya kekeringan, baru disedari, maka susahlah sikit treatment dia masa tu.

Belajar itu seronok tetapi lebih seronok jika merasai kehadiran Allah ketika belajar. Belajar untuk memenuhi permintaan mak ayah itu menggembirakan tetapi belajar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam itu sangat menggembirakan.

Bersama-sama entri dititipkan lagu khas buat pembaca sekalian, moga terus gigih menuju wawasan. Tujuan kita hanya SATU, tetapi Allah bukakan cara untuk mencapai tujuan itu melalui pelbagai cara. Antaranya ialah apa yang sahabat-sahabat lihat pada diri sahabat-sahabat sekalian dan apa yang sahabat-sahabat sedang lakukan. Allahua’lam.

Selamat maju jaya!!Terus mendoakan dan insyaAllah sahabat-sahabat sekalian sentiasa didoakan yang terbaik atas kamu semua.

 
 

Cabaran Seorang Akhawat

Mentarbiah akhawat memang ada kelainannya berbanding dengan ikhwah. Alhamdulillah, aku diberi izin oleh Allah untuk terlibat dalam mendidik kedua-dua gen ini. Walaupun silibus perbincangannya sama, tapi pengkhususan tetap berbeza. Akhawat akan menjadi isteri kepada seorang ‘pejuang’ yang bukan sahaja memimpin keluarga, bahkan menjadi pemimpin massa. Pastinya tugas mereka seberat ummahatul mukminin dalam memotivasi suami agar terus kukuh dan agresif dalam perjuangan. Kerja sebenarnya kelak adalah menjadi sekolah baru dalam rumahtangga yang bakal melahirkan generasi baru yang mewarisi perjuangan. Mereka bertanggungjawab memastikan kesinambungan perjuangan ini berterusan. Ini tidak menafikan peranan mereka di luar rumah dalam mendidik puteri-puteri sejenisnya.

Kata Hasan al-Banna: “Islam berpandangan wanita mempunyai tugas yang sesuai dengan semulajadi mereka iaitu di rumah dan bersama anak-anak. Sebagai anak gadis dia perlu mempersiapkan dirinya untuk memikul tanggungjawab keluarga di masa depan. Sebagai isteri dia perlu memberikan seluruh tumpuannya kepada rumah dan suaminya. Sebagai ibu dia perlu berkhidmat untuk suami dan anak-anaknya. Dia perlu memberi tumpuan kepada rumahnya. Dia adalah surirumah dan pengurus rumahtangga. Apakah dengan segala urusan rumahtangga ini wanita ada masa lapang untuk melakukan perkara-perkara lain…?” (Risalah Wanita Islam)

Akhawwat, walaupun terkenal amat berminat dengan program-program tarbiah, tapi cabaran yang perlu mereka hadapi untuk terus istiqamah juga sangat hebat. Tatkala serangan musuh banyak tertumpu kepada mereka, potensi untuk gugur sangat tinggi. Lihat saja cara berpakaian dan gaya hidup wanita masa kini. Tidak mustahil memikat hati mereka yang memang sukakan keindahan dan kecantikan.

Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by on April 23, 2010 in Sharing is caring

 

Malam Bina Iman dan Taqwa untuk siswi

Bismillahirrahmanirrahim~

mari bersama menghimpunkan hati-hati untuk mencari cinta Ilahi, melarikan diri daripada urusan duniawi kerana dunia ini tidak sekadar berkisar tentang masa depan dan kejayaan yang diimpikan tetapi kesemua itu terangkum dalam kehidupan yang lebih kekal~moga hati-hati ini dipenuhi dengan cinta akhirat~kerana 2 cinta tidak mampu untuk disatukan di satu sudut bernama hati~

satu cinta menjadi buruan, ikatan ukhuwwah menjadi taruhan, sama membantu membina taqwa dan iman

 
Leave a comment

Posted by on April 18, 2010 in Sharing is caring

 

Tags:

Tak puas hati; isu karikatur

wake up Muslims!!

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya. Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu kebenaran sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah” (Al-Baqarah; 120)

Kalau orang kampung kata, “itulah, kalau dah perangai macam tu, sampai anak cucu macam itulah jugak perangainya.”

Mereka bukan sahaja tidak berpuas hati sejak nabi Muhammad s.a.w diutuskan menjadi rasul malah hingga kini mereka masih dan tetap tidak berpuas hati. Satu-persatu tindakan tidak puas hati mereka itu dizahirkan. Cukuplah penyeksaan Palestin dan negara-negara Islam yang lain menjadi bukti terbesar sifat buruk mereka, malah Allah sendiri sudah banyak memberitahu kita melalui kalam-kalamNya.

Lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad s.a.w. pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, 63, dan dikemukakan sebagai bahan pameran ke sebuah pusat warisan budaya Sweden.

Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama sebuah editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Rabu lepas (10 Mac 2010), tiga akhbar Sweden menyiarkan semula karikatur itu.

Mereka langsung tidak mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku terhadap sebuah akhbar di Denmark satu ketika dahulu (macam lama sangat je). Tapi, apa yang hendak dihairankan, memang itu sifat mereka, dan Allah sendiri menyifatkan mereka sebegitu rupa. Apa yang perlu difikirkan ialah sifat orang Islam. Allah telah memberi hint yang jelas tentang sifat mereka untuk umat Islam sedar dan bangkit daripada tidur yang berpanjangan.

Jumaat lepas, lebih 500 umat Islam mewakili parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) berarak dan berhimpun di depan Kedutaan Besar Sweden, di sini semalam, bagi membantah tindakan tiga akhbar negara itu yang menghina Nabi Muhammad. Namun apakah tanggungjawab mempertahankan Islam dan Kekasih kita hanya tanggungjawab 500 orang ini sahaja. Bukan ingin mengajak semua orang menyertai perarakan dan demonstrasi tapi cukuplah dengan sensitiviti kita sebagai seorang Islam. Perkara paling mudah yang perlu ada dalam tiap hati umat Islam ialah cukup dengan merasa benci terhadap perbuatan mereka dan terus memperkuat hubungan dengan Allah agar iman terus teguh di atas jalan yang satu ini; satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah. Juga perlu untuk kita membantu masyarakat sekeliling untuk menyedari perkara ini agar dasar kebencian kita terhadap perkara yang berlaku berasas dan berdasarkan kefahaman yang jelas. Menjadi tanggungjawab untuk membentuk generasi harapan kita supaya di masa akan datang umat Islam masih lagi sensitif terhadap perkara sebegini. Sedih untuk dibayangkan kiranya satu hari nanti, setelah kita menjadi golongan veteran, perkara ini akan diterima dan menjadi kebiasaan, na3uzubillah min zalik, namun yakin Islam tetap dalam pemeliharaan Allah cuma atas kita untuk berada di dalamnya atau tidak, itu sahaja.

Seterusnya menjadi tanggungjawab kita juga untuk provok mereka seperti yang mereka lakukan terhadap orang Islam. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Osman juga menggesa umat Islam negara ini memboikot semua produk dari Sweden bagi menunjukkan rasa marah dengan tindakan yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam itu.

“Menjadi kewajipan kita untuk mencintai dan melindungi Rasulullah, jadi saya menyeru umat Islam bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia untuk mengenal pasti dan memboikot semua produk dari Sweden.

“Masyarakat Islam juga boleh menghantar bantahan termasuk melalui emel kepada kedutaan Sweden di negara masing-masing bagi mengecam tindakan itu yang begitu tidak bertamadun dan beradab,” katanya.

Ambillah pengajaran terhadap peristiwa akhbar Denmark yang terdahulu, mereka akhirnya memohon maaf secara terbuka terhadap umat Islam, juga tidak dapat dinafikan sensitiviti umat Islam pada masa itu yang berusaha sedaya upaya untuk melemahkan ekonomi mereka dan alhamdulillah DENGAN PERTOLONGAN ALLAH, mereka akhirnya memohon maaf secara terbuka dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. (rindu umat islam yang mempunyai kepekaan yang bersangatan dalam peristiwa Natrah)

~Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul~

::lihatlah rumah-rumah ibadat mereka yang semakin berkembang pesat di tanah kita, Al-Aqsa::

Bina generasi harapan untuk terus mempertahan agama..

Jika sayang nabi, ingin tahu kisah perjalanan susah payah hingga Islam sampai kepada kita, teruslah mengikuti perjalanan junjungan mulia, Muhammad s.a.w di kelas sirah, tiap sabtu, 830 pagi di Beit Khaulah.

 

karnival sukan

Maka isi post kali ini adalah berkaitan dengan tajuk 🙂

Jom ramai-ramai gegarkan Cairo Stadium dengan tapak kaki-tapak kaki mujahidah yang bakal meyambung risalah rasul s.a.w!!!

Bukankah mukmin yang qawi itu lebih disukai dan disayangi Allah berbanding mukmin yang lemah, makanya wahai para mukminah, ayuh ke kaunter tambah nilai untuk menjadi insan yang lebih disayangiNya..

Aktiviti-aktiviti sukan dan balapan yang menarik menanti anda semua, bila lagi nak bakar lemak, kan??!! Ibu mengandung pun ada sukan yang istimewa untuk anda!!

JUMPA DI SANA!!


 
Leave a comment

Posted by on February 28, 2010 in Iklaneka