RSS

Innalillahiwainnailaihiraji3uun

11 Jun

Status x :  ‘Mereka dah tiba di hospital,  Cuma aman, ammar,akram belum sedar diri lagi’

Ini khabar terbaru tentang mereka sehingga post ini ditulis.

Entah mengapa, hari ini bukanlah hari yang djangkakan akan terjadi. Saya(juga sahabat lain) mengharapkan inilah hari yang paling manis dan gembira sekali sepanjang berada di ‘neraka’ tahun 3 ini. Hari ini merupakan hari terakhir  peperiksaan written kami. Sekarang cuma tinggal oral sahaja lagi. Memang sepatutnya seronok.

Namun apa yang Allah rancangkan melebihi segala-galanya.  Beberapa orang sahabat telah ditimpa kemalangan dan ada yang masih tidak sedarkan diri.

Saya terus istighfar apabila mendengar berita ini. Kenapa?

Cuba fikirkan kembali, selepas sahaja peperiksaan sehingga sampainya berita ini di telinga masing-masing apa yang kita lakukan? Saya 99% yakin sangat yang semua warga gen6 ketika itu sedang bersukaria menyambut habisnya peperiksaan written bukan?

Ada yang terus menyerbu terus ke tempat-tepat makan, ada yang pergi melencong ke tempat lain tidak kurang juga yang membelek laptop masing-masing melayan movie dan melayari alam maya. Ketika itu, di manakah  ingatan kita pada yang Esa? Inilah yang saya kesalkan. Sebab saya pun terlagha tadi. Astaghfirullah.

Tup-tup Allah terus khabarkan saya berita yang mengejutkan ini. Terus dapat pengajaran dan teguran daripada Allah. Sebelum itu saya baru je terbaca pasal kisah di Thailand. Allah terus ingatkan saya tentang kematian. Ya kematian. Allah tahu saya terlupa yang kematian itu boleh datang bila-bila masa sahaja.

Hati ini berdoa semoga semuanya selamat. Semoga tiada apa-apa yang buruk terjadi.

Ini bukanlah soal mereka sahaja. Ini soal kita.Sedarlah Allah bagi kita satu pengajaran besar hari ini. Pengajaran yang tak ada sesiapa pun boleh mengajar kita. Suatu pengajaran simple,yang semua orang tahu tetapi hanya sedikit sahaja yang sedar hakikatnya-yakni mati.

Pengajaran yang menyentuh hati. Yang membangkitkan iman. Yang bisa memberi kesan mendalam.

Apa yang pasti ia bukanlah pengajaran buat mereka yang terlibat sahaja. Ia lebih ditujukan buat kita yang  sihat ini.

Mengapakah perlunya ada pengajaran yang memeritkan ini? Hanya satu sahaja sebabnya. Allah mahu menegur hamba-hambaNya yang dah jauh. Hamba yang lupa akan dosa pahala. Hamba yang leka dan alpa dengan kehidupan dunia. Lupa akan hakikat penciptaan. Lupa setiap dari mereka PASTI AKAN KEMBALI, akan meninggalkan dunia selama-lamanya.

Saya sebagai sahabat sebatch lebih-lebih lagi terasa. Saya terfikir mungkinkah apa yang terjadi ini sebab dosa-dosa ahli batch ini? Dosa yang menyebabkan Allah memilih wakil gen6(termasuk ammar sebagai ketua batch) untuk memberi teguran kepada yang lain? Hati saya berat mengatakan inilah sebabnya. Saya tak tahu dosa orang lain. Setiap orang mungkin ada sumbangannya. Termasuklah diri yang lemah ini.

Ampunkan kami Ya Allah!!!!!!

Lidah ini kelu untuk berkata-kata. Cuma bersyukur kerana masih lagi diberi peluang bertaubat. Diberi peluang untuk memikirkan dan membetulkan kesalahan diri.

Saya membayangkan saat ini, malam ini, dada semua warga gen6 penuh dengan keimanan, kekesalan dan taubat kepada Allah. Sungguh berbeza dengan keadaan petang tadi. Mungkin inilah kesan yang Allah mahu tinggalkan pada hati ini. Alhamdulillah.

Terima kasih sahabat atas pengorbanan kalian untuk menyedarkan kami. Ianya pengorbanan yang sukar. Yang tak mampu pun kami balas. Yang sungguh perit untuk kami telan. Semoga jasa kalian Allah sahaja  yang membalasnya.

Buat mereka yang tidak terlibat khasnya warga gen6, marilah kita sama-sama manfaatkan pengajaran yang pahit ini. Berubahlah.  Jangan sia-siakan setiap apa yang berlaku di sekeliling kita. Jom kita tinggalkan maksiat, tinggalkan excessive movies, excessive chatting, excessive berkhayal, excessive lagha dan sebagainya. Lagi baik terus jadikan ini sebagai turning point of our lives.

Jika hati kepingin sangat untuk buat maksiat, tanya balik pada diri, apakah selepas ini masih ada peluang kedua untuk kita? Atau kita mahu orang lain pula dikorbankan untuk menegur kita?

Nauzubillahiminzalik.

Ya Allah selamatkanlah mereka. Sesungguhnya kamilah yang menzalimi diri kami. Ya Allah, jika hidup adalah yang terbaik bagi mereka dan bagi kami, selamatkanlah nyawa mereka. Tetapi  jika kematianlah yang Kau pilih untuk mereka, rahmatilah roh-roh mereka dan tabahkanlah hati kami. semoga amalan kebaikan mereka menjadi qudwah untuk kami teruskan kehidupan ini..

Ya Allah kurniakanlah kami keimanan yang mendalam melalui pengajaranMU ini.

Ameeen.

* tiada apa yang saya harapakan dari post ini melainkan saranan supaya kita bertaubat atas kemaksiatan diri dan orang lain. Marilah mulakan kehidupan baru yang lebih bersih dari sirna-sirna dosa. Marilah menjadi lebih bersedia untuk menghadapi hari kemudian.

sedikit penjelasan : pemergian mereka ke ain sukhnah bukanlah saje2 untuk bersukaria tetapi nak survey tempat untuk program merapatkan ukhuwwah antara ikhwah. jangan salah faham ye..

_______________________________________________________

Terkini : Salam Terakhir (1988-2009)

Yang Telah Tertulis

To our dear visitors, bersama-samalah kita meringankan beban mereka yang terlibat. Anggaran kerugian lebih LE 25 000. Untuk menyumbang, sila klik link di bawah:

Tabung Kecemasan ISMA-Mesir

Derma Kilat PERUBATAN

Wallahul musta3aan, keep praying

 

13 responses to “Innalillahiwainnailaihiraji3uun

  1. along

    June 11, 2009 at 12:36 am

    astaghfirullah…
    terasa kerdil diri, krg mengingati yang Sentiasa Mengingati kita
    jzkk atas peringatan

     
  2. mahoro

    June 11, 2009 at 12:54 am

    astaghfirullahal’azim…
    ighfir zunubana ya Allah
    syukran ats peringtn ini..
    same2 truskn brdoa utk mereka~

     
  3. huda

    June 11, 2009 at 1:58 am

    luruh air mata.rasanya baru minggu lepas terbaca berita kematian arwah Nublan di US, tak sangka Allah nak beri sekali lagi peringatan yg lebih dekat d mata.sayangnya Allah pada kita.masih mahu beri peluang utk kita kembali kpdNya.walhal sering sgt kita lupakanNya.betul kata akak, habis je written exam, ade kah kita terus beribadah spanjang mlm tu sbb nak ganti time2 mase exam yg byk dihabiskan utk study medic? tak.kita capai laptop.kita pegi shopping.kite bersuke ria.

    huhu.peritnya pengajaran ni.
    AMpunkan kami ya Allah T.T

     
  4. atiqahH

    June 11, 2009 at 2:20 am

    amat perit. xterbayang keperitan demi satu pengajaran.

    allahumma innaka 3afuwwun karim, tuhibbul 3afwa fa3fuanna

     
  5. ihsan

    June 11, 2009 at 3:02 am

    amar kwn y dok kt sbelah ak time ktrg f0rm5..
    besday same2 ngn ak..
    skg dah xde..
    ama da prgi jaoh…
    mule2 umi halimaton pergi…
    lps tu ama lak ikot…
    sume y baek ngn ak pergi awl sgt…
    ak xpnh kesah pon mase y ak ade mase diorg masih hidop… sbb ak rase byk lg mase y ak ade utk diorg… skg ak cume bley igt mase lalu antare ak ngn ama… lg 46 hari je besday ktrg.. ama.. ak rindu kt ko.. dtg dlm mimpi ak yea ama bley kite sembang n mlawak same2 mcm dulu.. ak hrp sgt2 tp msti ko da xde mase utk ak kn ama kn..ak d0akn ko dlm golongn org2 y briman.. hrp kite bley jmpe kt syurga jannah =)
    s0 l0ng ammar zulkifli T.T

     
  6. niskala

    June 11, 2009 at 12:55 pm

    Bersyukur Allah masih beri peluang untuk bertaubat tika masih bernafas T_T

     
    • damadelunas

      June 11, 2009 at 4:19 pm

      keep waiting…keep praying…
      Ya Allah…ampunkan kami…
      jangan jadikan dosa kami sebagai hijab rahmat-Mu….
      *sedang mengingatkan diri…sabar..sabar…kita semua milik Allah…argh!!*

       
  7. sinar

    June 11, 2009 at 8:36 pm

    sabarlah wahai diri..
    sebut nama arwah ja..terus mengalir mutiara jernih

     
  8. mizstrawberry

    June 12, 2009 at 12:50 am

    still tak terkata~

    Ucaplah apa yang diajar oleh Allah swt melalui RasulNya di dalam Hadis, “Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir waltahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah).

     
  9. inoue

    June 12, 2009 at 5:44 am

    menitik air mata.terlalu benar apa yang post ni sbutkan…dlm keadaan pnuh kelalaian ,penuh lagha,tiba2 Allah dtgkan ujian ini..ujian yg ckup besar utk setiap yg berada dlm keluarga gen6.menyentap setiap sanubari hingga hampir semua menitis air mata dan smpai ke saat ni masih tak putus2 mdoakan mereka..Terasa dekat dgn ALLAH kerana mereka..Pengorbanan mereka penuh brmakna..

     
  10. hudaidris

    June 12, 2009 at 3:53 pm

    smoga Allah menempatkan ammar di kalangan ahli syurga

     
  11. 'aqilah

    June 12, 2009 at 10:39 pm

    sangat2 memberi kesan yang mendalam!
    setelah sekian lame kita leka m’buat maksiat..
    dan Allah menunggu shj bilakah masanya kita akn bertaubat..dan dengan peringatan yang Allah berikan ini,semoga kita berubah menjadi hamba yang lebih dekat kpdNya…ameen

     
  12. ba

    June 13, 2009 at 5:50 pm

    alhamdulillah…kita telah pon melihat arwah pergi dalam keadaan yang amat baik lagi…malah dia kelihatan sedikit tersenyum…membuatkan diri ini terfikir bagaimana pula keadaan kita akan menghadap pemilik sebenar nyawa ini?

    arwAH telah mengajar kita untuk plan mse hadapan kita. beliau memberi kita jalan untuk memilih satu antara dua pengakhiran-baik atau buruk…

    segala-galanya datang dari maha ESA…ya Allah jadikan kami hamba yang Engkau redhai..ameen

     

Leave a comment