RSS

KITA BEKERJA DENGAN HATI

25 Dec

Nak berkongsi quote dari seorang ukhti, ‘terkadang kita perlu rela melepaskan seseorang untuk kebaikannya, tak semestinya kita yang mesti menjaganya, cukuplah kalau kita melihatnya dalam kebaikan dari jauh.’

Selama ini saya merasakan cabaran untuk bekerja dengan hati adalah kena sentiasa berhati-hati agar hati ini tak terpalit langsung dengan dosa. Dosa pencacat amal. Orang yang rosak hatinya manakan mampu beramal sebaik Rasulullah dan para sahabat. Betul tak?

Tapi hari ini saya menemui cabaran baru untuk beramal dengan hati.

Cuba teka?

Tak tahu nak jelaskan macam mana. Biasalah, soal hati kan?

Tapi saya akan cuba explain step by step.

Dalam mengajak dan mendidik manusia untuk mengenal dan mencintai Pencipta, kita mestilah mempunyai rasa hubb (sayang) yang tinggi untuk mereka bukan? Ada ke mak ayah yang mendidik tanpa hubb? Sedangkan Jibril di awal penurunan wahyu pun memeluk Baginda sekuat hati untuk mendekatkan hati Baginda kepada Allah. Inikan pula kita.

Hubb ini satu perasaan kan?

Perasaan yang mesti lahir secara semulajadi dari lubuk hati kita untuk manusia. Tak boleh kita reka-reka, apatah lagi untuk olok-olok.

Tanpa hubb yang tinggi manakan mungkin kita sanggup berpenat lelah, berkorban, berfikir dan menyerahkan segala-galanya untuk mad3u kita itu. Betul?

Mana lahirnya rasa hubbunnas itu? Mestilah dari hubbullah kan?

Tapi boleh ke kita nak melebihkan hubbunnas itu lebih daripada hubbullah?

Mestilah tak kan?

Maka di sinilah datang kesukarannya.

Terkadang kita tak sedar, kita terletak hubbunnas itu lebih dari hubbullah. Kita tak sedar mungkin kita sudah mula meminta-minta perhatian daripada dia. Mengharapkan hadiah barangkali? Atau mungkin mengharapkan dia sentiasa menjaga hati kita agar kita gembira selalu. Atau mungkin kita mula merasai yang dialah yang paling memahami kita, membuat kita gembira dan pendamping setia kita setiap waktu dan ketika. Sedangkan kita dahulunya peroleh dan mengharapkan semua itu hanya di mihrab kita bersama Kekasih kita, Allah.

Awas daie-daie sekalian!!!

 

Kita bukan bekerja untuk diganjari di sini. Inikan persetujuan kita?

‘Ikutilah orang yang tidak meminta ganjaran darimu dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk’ (yaasin :21)

Cinta untuk manusia itu cukuplah hanya berpada di dunia. Dalam mencintai mereka, kita mesti letak jauh di sudut hati bahawa, kita satu hari pasti akan kehilangannya. Maka hendaklah sentiasa bersedia untuk kehilangannya. Andai ia hilang, berpadalah dengan kesedihan kerana Allah. Bukan kerana sudah hilangnya insan yang akan membahagiakan hidup kita.

Kitakan masih ada Allah?

Jangan gadaikan cinta Allah demi mengejar cinta manusia. Tapi, kejarlah cinta Allah melalui cinta manusia.

Berilah segala-galanya, tapi jangan sesekali meminta walau sekelumit pun. Hatta hanya berupa secebis perhatian atau seungkap sayang atau penghormatan daripada manusia. Walaupun tak dinafikan memang susah, sebab memang fitrah kita suka untuk disayangi, dihormati, diberi perhatian dan segala-galanya.

Jika dapat, kembalikan semuanya kepada Allah. Ya semuanya. Jangan biar satu pun lekat di hati. Takut-takut kita jadi daie pengumpul pujian lantas terkabur daripada melihat kepincangan amal yang dilakukan.

Peperangan dan pertembungan dalam hati akan selamanya berterusan. Kerana di situ membuktikan taqwa kita. Kerana kita bekerja dengan hati, kita hidup dengan hati dan kita akan mati pun dengan hati kita yang satu ini.

Tak mengapa hilang siapa-siapa dari hati ini, asalkan kita tak hilang Allah. Asalkan kita tak terlepas risalah atau terlepas syurga yang kekal abadi.

‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung’ (at-taubah : 129)

hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah !!!!

wallahua3lam.

~biomphalarialexanderina~

 

 

 
2 Comments

Posted by on December 25, 2010 in Sharing is caring

 

2 responses to “KITA BEKERJA DENGAN HATI

  1. mizstrawberry

    December 29, 2010 at 3:41 pm

    jazakillah ukhti
    kena baca in between the lines 🙂

     
  2. annisa.zahra77@gmail.com

    December 27, 2012 at 3:03 am

    alhamdulillahirobbil ‘alamiin.subhanalloh wal hamdu lilla walaailaha illah huwallohuakbar.,,,,allohu akbar walillahil hamd.

     

Leave a comment