RSS

Author Archives: biomphalarialexanderina

KITA BEKERJA DENGAN HATI

Nak berkongsi quote dari seorang ukhti, ‘terkadang kita perlu rela melepaskan seseorang untuk kebaikannya, tak semestinya kita yang mesti menjaganya, cukuplah kalau kita melihatnya dalam kebaikan dari jauh.’

Selama ini saya merasakan cabaran untuk bekerja dengan hati adalah kena sentiasa berhati-hati agar hati ini tak terpalit langsung dengan dosa. Dosa pencacat amal. Orang yang rosak hatinya manakan mampu beramal sebaik Rasulullah dan para sahabat. Betul tak?

Tapi hari ini saya menemui cabaran baru untuk beramal dengan hati.

Cuba teka?

Tak tahu nak jelaskan macam mana. Biasalah, soal hati kan?

Tapi saya akan cuba explain step by step.

Dalam mengajak dan mendidik manusia untuk mengenal dan mencintai Pencipta, kita mestilah mempunyai rasa hubb (sayang) yang tinggi untuk mereka bukan? Ada ke mak ayah yang mendidik tanpa hubb? Sedangkan Jibril di awal penurunan wahyu pun memeluk Baginda sekuat hati untuk mendekatkan hati Baginda kepada Allah. Inikan pula kita.

Hubb ini satu perasaan kan?

Perasaan yang mesti lahir secara semulajadi dari lubuk hati kita untuk manusia. Tak boleh kita reka-reka, apatah lagi untuk olok-olok.

Tanpa hubb yang tinggi manakan mungkin kita sanggup berpenat lelah, berkorban, berfikir dan menyerahkan segala-galanya untuk mad3u kita itu. Betul?

Mana lahirnya rasa hubbunnas itu? Mestilah dari hubbullah kan?

Tapi boleh ke kita nak melebihkan hubbunnas itu lebih daripada hubbullah?

Mestilah tak kan?

Maka di sinilah datang kesukarannya.

Terkadang kita tak sedar, kita terletak hubbunnas itu lebih dari hubbullah. Kita tak sedar mungkin kita sudah mula meminta-minta perhatian daripada dia. Mengharapkan hadiah barangkali? Atau mungkin mengharapkan dia sentiasa menjaga hati kita agar kita gembira selalu. Atau mungkin kita mula merasai yang dialah yang paling memahami kita, membuat kita gembira dan pendamping setia kita setiap waktu dan ketika. Sedangkan kita dahulunya peroleh dan mengharapkan semua itu hanya di mihrab kita bersama Kekasih kita, Allah.

Awas daie-daie sekalian!!!

 

Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by on December 25, 2010 in Sharing is caring

 

Ramadhan=keampunan

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa’

(al imran 133)

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

(HR Bukhari & Muslim)

Apabila ditanya oleh Aishah radhiAllahu ‘anha tentang apakah yang harus dibaca olehnya sekiranya bertemu dengan Lailatul-Qadr, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam mengajarkan doa khusus berikut untuk memohon keampunan, iaitu:

اللهمّ, انّك عفوّ, تحبّ العفو, فعف عنّي

Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni

Ertinya: “Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku…”

tinggal beberapa lagi je lagi ramadhan akan meninggalkan kita..sedih?

kalau masih lagi tak merasa apa-apa, perlu banyak lagi recheck diri ini..muhasabah kembali hati ini.

ayuh!!! bersegeralah menuju keampunanNya, berlarilah menuju redhaNya. Kita tak punya banyak masa lagi. Bukankah kita hanya musafir di perjalanan ini?

hinakan kita?

sudahlah diri ini selalu sangat berbuat dosa, ditambah pula amal yang tak seberapa, entah diterima entahkan tidak..tapi insan ini masih lagi mempunyai Allah yang tak jemu-jemu menunggu taubat hambaNya.

Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun.”

(HR Bukhari & Muslim)

tapi, itulah insan..lupa akan nikmat Rabbnya. sombong untuk tunduk memohon ampun.

dia lebih suka katil dari tikar sejadah

mata lebih suka tidur daripada  memerah air mata

mulut lebih gemar perkara lagha daripada alquran

hati lebih suka kekasih dunia berbanding Kekasih  di sana

sedarlah!! Allah sedang menunggu kita..

mari kita siapkan diri betul-betul untuk  menghadapNya

jom kita tautkan hati ini erat-erat pada Allah. Jaga sungguh-sungguh nikmat iman dan hidayah ini. Ramai lagi di luar sana masih jauh lagi untuk  menggapainya….

usai baca post ini, sila ambil masa sekejap. tutup mata. bayangkan malaikat maut sedang on the way untuk menjemput kita. ucapkanlah doa-doa terakhir yang kita mahu panjatkan padaNya…sungguh-sungguh…buktikan dengan air matamu, benarkan dengan hatimu bahawa hanya Allah lah yang kamu cintai, yang kamu rindui..

‘sesungguhnya orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Rabbnya,  sedang mereka tidak menyombongkan diri’     (as sajdah : 15)

 

wallahua3lam

 
Leave a comment

Posted by on September 5, 2010 in Sharing is caring

 

HaTi Ini…

Basah kerana kerinduan

Aku rindu apa?

Sungguh susah sekali menafsir hati yang sulit ini. Ku merindui bumi tarbiyahku, tarbiyah yang mendidikku untuk mengenali sebuah ukhuwah fillah. Yang mengajar aku untuk jua mencipta ukhuwwah fillah dalam jalan dakwah-Nya.

Pernah jua ku terfikir, mengapakah ukhuwwah fillah? Oo rupanya menyayanginya kerana hanya Pencipta, bukan untuk mendapat redha insan dunia semata. Memang tak dapat dinafikan hati ini sering kali mendambakan kasih sayang..  namun yang membezakannya ialah kasih sayang apakah yang kita cari? kerana apakah? Adakah cinta yang hakiki?

Kau mencintaiku kerana Allah. Kini aku faham mengapa kau lakukan itu dan ini kepadaku. Aku hairan, tidak penatkah wahai sahabat melayan karenah diriku ini?

Oh tentu sekali tidak jawabnya bukan?

Kerana apa? Aku bertanya.. dan dikau menjawab sambil tersenyum, kerana.. INNI UHIBBUKI FILLAH.

Aku melihat qudwah dalam dirimu. Ya, aku kenal itulah kamu yang sebenar.. yang ikhlas bersahabat denganku, ikhlas nian.. tak sedikit pun aku lihat kamu khilaf dalam niatmu. Kamu adalah kamu. Bukannya kepura-puraan untuk menambat hatiku, tetapi hanya untuk menarik aku dekat lagi pada Tuhan aku.

Aku mengerti sebuah ukhuwwah darimu sahabat. Terima kasih yang tidak terhingga. Terima kasih kerana sudi mengikat sebuah janji bersama-samaku.. untuk kita berpimpinan tangan berlari menuju kasihNya. Aku tahu, kamu takkan membawa aku ke mana-mana melainkan kepada Sang Pencipta. Inilah tafsiran keikhlasanmu kepada aku. Aku tahu, kamu tidak akan membawa aku mengejar hawaku, dan aku jua tahu kamu tidak akan sesekali membenarkan aku memandang dunia.. kerana aku tahu kamu mahu kita sama-sama memandang pada kasih-Nya.

Aku mendengar kamu menangis dalam doamu kerana aku. Kamu sedih melihat aku bergelumang dengan dosa. Kamu gembira melihat aku melakukan kebaikan.Kamu meletakkan dirimu dalam diriku, setiap saat, setiap ketika. Kamu mahu aku sentiasa mendapat yang terbaik dalam hidupku biarpun dirimu tersiksa. Kerana kamu tahu, pengorbananmu itu membawa kita ke jannah-Nya.

Jazakunnallahu khairan kathira sahabat….

Sahabat, marilah kita sama-sama menyambung rantaian ukhuwwah ini, panjangkanlah ia, luaskanlah ia, agar kita dapat menghadap-Nya,menatap wajah-Nya, bukan aku seorang, dan juga bukan kamu seorang, tapi kita bersama-sama…

“Allahumma thabbit qulubana 3ala dinik wa3ala tho3atik wa3ala jihadi fi sabilik”
*doa rabithah*

 
 

Ramadhan bukti kasihNya

Menjelangnya Ramadhan…..


Allah membelenggu semua syaitan

Allah menutup pintu neraka

Allah membuka pintu syurga

Allah menawarkan ganjaran berlipat kali ganda

Allah menjanjikan keampunan buat hamba yang benar-benar mendambakan-Nya

Oo.. sungguh special Allah sediakan Ramadhan buat hamba-hamba yang dicintai-Nya. Sungguh kondusif untuk kita fokus betul-betul pada amal ibadat. Maka apa lagi alasan kita untuk culas daripada ketaatan pada-Nya?

Sangat-sangatlah rugi bagi mereka yang memandang enteng pada bulan yang berkah ini.

Sebagaimana sabda baginda :

“Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata :
Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.”


Ya Allah, kamilah hamba-hamba-Mu yang hina dina. Kami amat memerlukan pertolongan dan dokongan-Mu untuk kekal di jalan-Mu, untuk kekal dalam redha-Mu.

Terima kasih ya Allah kerana menghadiahkan bulan yang terhebat ini buat kami. Janganlah Engkau menjemput kami sebelum sempat kami menghidupkannya hingga ke akhirnya. Izinkan kami kembali kepada fitrah seorang insan yang suci, sebagaimana Engkau jadikannya buat kami di awal penciptaan kami.

Read the rest of this entry »

 
 

Kasihnya Ibu

~Kasihnya Ibu~

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban raga

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asalkan bahagia

 

Read the rest of this entry »

 

syahdunya CINTA padamu duhai kekasih Allah!!!

SALAM MAULIDUR RASUL!
marilah sama-sama kita semarakkan lagi kasih kita pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w atas segala pegorbanan dan kasih sayangnya pada kita..






 
1 Comment

Posted by on February 28, 2010 in Sharing is caring

 

Khutbah Rasulullah Menyambut Ramadhan

 

Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah dengann membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam yang paling utama.

                Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan olehNya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca KitabNya.

                Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari qiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan miskin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Read the rest of this entry »

 
3 Comments

Posted by on September 4, 2009 in Sharing is caring

 

Kata Orang, Masa Muda Cuma Sekali, so..jom kita enjoy….!!!

 Ramadhan  menjengah kembali seperti tahun-tahun sebelumnya. Sudah tiga tahun berturut-turut saya meraikan Ramadhan di Mesir  bersama-sama sahabat seperjuangan yang tercinta. Seronok sehingga tak terkata. Setiap tahun ada sahaja pengalaman baru yang kami rasa. Walaupun aktiviti nampak serupa, tapi semuanya mempunyai kelainan masing-masing.

Bermulanya Ramadhan, otak saya terus mengenang kembali memori Ramadhan di sana. Memang boleh focus seratus-peratus beribadat. Tiada sesiapa pun yang ganggu. Malah rakan-rakan saling memberi semangat untuk memantapkan ibadat.

Lain pula ceritanya di Malaysia. Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by on September 4, 2009 in Sharing is caring

 

RAMADHAN MADRASAH TARBIYAH

 

937567373l

Ini merupakan kali pertama saya menyambut Ramadhan di Malaysia setelah 3 tahun menyambutnya di Mesir. Fuh…mencabar betul. Kenapa?.Sebab Ramadhan di Malaysia jaaaauuuuuh berbeza berbanding Mesir. Banyak betul dugaannya. Dengan rancangan TV yang pelbagai, makanan yang beraneka macam, karenah adik-adik yang meragam…aduih, semua itu bisa menghancurkan semangat Ramadhan ini andai tak di ‘handle’ dengan betul.Semua pun tahu yang Ramadhan di Mesir memang betul-betul menyediakan madrasah tarbiyah yang terbaik untuk kita. Ia betul-betul membantu memantapkan rohani dan jasmani kita.

Bahasa mudahnya, ‘basah betul’. Saat ini, memang saya betul-betul rindukan madrasah Ramadhan di sana. Rindu teramat sangat…

Masakan tidak, tiap kali solat di masjidnya, tak sah kalau tak mengalir air mata, tak sah kalau tak basah sejadah…walaupun dulu-dulu tak faham sangat bahasa arab, tapi tetap terasa zuq di hati tatkala mendengar imam sayu membaca surah serta doa qunut yang panjang berjela-jela..

Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar  makmum teresak-esak mengaminkan bacaan imam dan sangat bersungguh-sungguh beribadat. Saya jamin, sesiapa yang tak faham maksud ayat quran yang dibaca pun akan turut terasa keharuannya. Biarpun imam menghabiskan bacaan sejuzuk semalam, rasa letih langsung tiada!

Paling yang tak dapat saya lupakan, tahun lepas pada malam terakhir Ramadhan, Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on September 4, 2009 in Sharing is caring

 

Madrasah Turathil Anbiya’

 

 
2 Comments

Posted by on July 16, 2009 in Iklaneka

 

Tags: